Biodata Cassidy Anderson, Penyanyi Kelahiran Australia Cipta Nama Di Malaysia

Cassidy Anderson, Penyanyi Kelahiran Australia

Berambut perang, bergincu merah dan mengayakan imej era 30-an. Itulah penyanyi kelahiran Australia bernama Cassidy Anderson yang mencipta nama di negara kita.

Bermastautin di Malaysia sejak 2014, figura cun ini bernaung dibawah label Raksasa Records sebagai artis rakaman.

Single sulungnya iaitu Seperti Dia yang dicipta sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong semakin mendapat perhatian para penikmat muzik tanah air dan seringkali dimainkan di corong-corong radio tempatan.

Sebelum bergelar artis rakaman, wanita berusia 29 tahun ini merupakan bintang Youtube di mana beliau banyak menghasilkan pelbagai lagu cover artis-artis terkemuka dunia termasuklah di Malaysia.

Sehingga kini, ‘Minah Salih’ ini telah merakamkan lebih 20 lagu popular bahasa Melayu dan dimuatnaik ke saluran YouTube miliknya.

Jangan buang masa, apakata kita berkenalan lebih dekat dengan Cassidy Anderson ini.

Biodata Ringkas Cassidy Anderson

Nama Penuh: Cassidy Anderson
Nama Komersil: Cassidy Anderson @ Cassidy La Creme
Tarikh Lahir: 1988
Umur: 29 Tahun (2017)
Asal: Sydney, Australia
Kerjaya: Penyanyi & Bintang YouTube
Agama: Kristian
Warganegara: Australia
Mastautin: Malaysia
Label Pengurusan: Raksasa Records

Lagu: Seperti Dia

Laman Sosial Cassidy Anderson

Trivia Menarik Cassidy Anderson

  1. Untuk merakamkan single pertama iaitu Seperti Dia, Cassidy mengikuti kelas bahasa Melayu selama tiga bulan.
  2. Lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz Suip dan Adira merupakan lagu cover pertamanya dalam bahasa Melayu sekitar 2012 lalu.
  3. Turut dipanggil Kasidah oleh para peminat Malaysia kerana ada diantara mereka tidak tahu menyebut namanya.
  4. Pernah bekerja di Universal Studio Singapura selama tiga tahun sebelum pulang ke negara asalnya.
  5. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki Melayu kelahiran Singapura beberapa tahun lalu namun putus ditengah jalan. Malah, figura ini tidak menolak jika bercinta dengan lelaki berbangsa Melayu di masa depan.
  6. Berguru dengan rakannya di Australia bagi memperkukuhkan lagi bahasa Melayu terutamanya dalam penggunaan ayat dan perbendaharaan kata.
  7. Selain menterjemahkan perkataan, Cassidy juga banyak menonton pelbagai rancangan berbahasa Melayu diatas talian seperti drama Vanila Coklat dan kartun Upin Ipin dalam memantapkan bahasanya.
  8. Sebelum fasih berbahasa Melayu, wanita berambut perang hanya mengetahui beberapa ayat sahaja seperti Terima Kasih, Apa Khabar dan Bodoh.
  9. Mempunyai segmen khas dalam saluran YouTubenya iaitu Cassidy Boleh! dimana beliau menjelajah seluruh Malaysia bagi menerokai tempat-tempat menarik, mengenali seni budaya dan makanan tradisional warga tempatan.
  10. Mempunyai lebih 40,000 pengikut diinstagram miliknya.

Foto Menarik Cassidy Anderson

Biodata-Cassidy-Anderson-300x300 Biodata Cassidy Anderson, Penyanyi Kelahiran Australia Cipta Nama Di Malaysia Cassidy-Anderson-dan-wany-hasrita-300x300 Biodata Cassidy Anderson, Penyanyi Kelahiran Australia Cipta Nama Di Malaysia Cassidy-Anderson-lagu-seperti-dia-300x300 Biodata Cassidy Anderson, Penyanyi Kelahiran Australia Cipta Nama Di Malaysia Cassidy-La-Creme-300x300 Biodata Cassidy Anderson, Penyanyi Kelahiran Australia Cipta Nama Di Malaysia keluarga-Cassidy-Anderson-300x300 Biodata Cassidy Anderson, Penyanyi Kelahiran Australia Cipta Nama Di Malaysia Cassidy-La-Creme-warga-australia-300x300 Biodata Cassidy Anderson, Penyanyi Kelahiran Australia Cipta Nama Di Malaysia

azlan-150x150 Biodata Cassidy Anderson, Penyanyi Kelahiran Australia Cipta Nama Di Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Cassidy Anderson #Cassidy Anderson #cassidy anderson instagram #cassidy anderson ombak rindu #Cassidy Anderson Penyanyi Seperti Dia #cassidy anderson profile #cassidy anderson wikipedia #Cassidy La Creme #cassidy la creme age #cassidy la creme biodata #cassidy la creme biography #cassidy la creme wiki #Kenali Cassidy Anderson #Penyanyi Kelahiran Australia Cipta Nama Di Malaysia #Trivia Menarik Cassidy Anderson

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.