Biodata Aprena Manrose, Aktres Antagonis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, TV3

Trivia Menarik Aprena Manrose

Dek kerana watak antagonis dalam drama berantai Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, nama Aprena Manrose semakin dikenali ramai.

Rata-rata peminat drama Melayu memuji lakonan ‘wanita jahat’ yang dilakonkan oleh figura cun melecun ini.

Untuk pengetahuan pembaca, aktres berbintang Taurus ini rupa-rupanya adik kepada pelakon drama Dendam Aurora dan Encik Suami Mat Salih Celup iaitu Octavia Manrose.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan dengan Aprena Manrose ini.

Biodata Ringkas Aprena Manrose

Nama Penuh: Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman
Nama Komersil: Aprena Manrose/Syahera Manrose
Tarikh Lahir: 25 April 1993
Umur: 24 Tahun (2017)
Zodiak: Taurus
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Pelakon
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Suamiku Paling Sweet, Tundukkan Playboy Itu, Duda Pujaan Dara, Nota Silam, Destinasi Ukhwah, Hati Belum Berkubur, Kelas 3 Cempaka, Petunjuk, Cinta 11 Syarat dan banyak lagi.

Laman Sosial Aprena Manrose

Trivia Menarik Aprena Manrose

  1. Merupakan anak kepada raja dangdut negara, Iwan Dangdut dan pelakon popular era 80-an, Rosnah Mohd Noor.
  2. Nama Manrose adalah gabungan nama ayah dan arwah ibunya.
  3. Ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat memanggilnya dengan gelaran Baby.
  4. Sepupu kepada Raysha Rizrose, Nelydia dan Uqasha Senrose.
  5. Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan hati bernama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.
  6. Pernah menjayakan filem pendek Hari Raya Aidilfitri 2017 berjudul Lagi Lagi Bahulu Emak di saluran YouTube MyNic iaitu sekuel kepada iklan Bahulu Emak yang ditayangkan pada 2016.
  7. Membintangi video muzik Salam Musik bertajuk Dewi Seraya dan Sufi Rasyid berjudul Kisah Dua Muka.
  8. Memiliki lebih 100,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Aprena Manrose

Aprena Manrose Pakai Tudung Aprena Manrose Pelakon Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Aprena Manrose Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Biodata Aprena Manrose Wajah Pelakon Aprena Manrose Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman

Carian Berkaitan

aprena manrose adik beradik, adik beradik aprena manrose, ayah aprena manrose, aprena, aprena manrose biodata

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aprena Manrose #aprena manrose adik beradik #aprena manrose instagram #Aprena Manrose Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin TV3 #aprena manrose seksi #Biodata Aprena Manrose #biodata octavia manrose #Kenali Aprena Manrose #Trivia Menarik Aprena Manrose #umur aprena manrose

Biodata Sabri Yunus, Pengarah & Otai Komedi Terkenal
Telefilem Pok Ya Cong Codei mula menjadi tular dan mendapat sambutan luar biasa
5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang
Ternyata ramai selebriti popular tanah air yang berasal dari Pulau Pinang selain Johor,
Biodata Hazman Al-Idrus, Pelakon Kacak Drama Kekasih Paksa Rela
Siapa yang menonton drama berantai Kekasih Paksa Rela di TV3, pastinya mengenali jejaka
Anugerah Juara Lagu 32 (AJL), Ini Fakta Menarik Buat Tatapan Pembaca!
Demam Anugerah Juara Lagu (AJL) kini kembali! Bakal bersiaran pada 11 Februari 2018

Comments are closed.