Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya

Biodata Pengasas Sugarscaft

Sejarah Jenama Sugarscarf

Jenama tudung dan pakaian muslimah Sugarscarf diasaskan oleh Puan Nur Atiqah binti Sulaiman atau nama lain Eyqa Sulaiman. Beliau berasal daripada Muar, Johor dan kini menetap di Cyberjaya. Hadir daripada keluarga yang susah mendorongnya mencari pendapatan tambahan ketika belajar di Universiti Multimedia (MMU) pada tahun 2006.

Pada peringkat awalnya, Puan Nur Atiqah binti Sulaiman hanya menjalankan perniagaan secara sambilan sahaja, tetapi di atas sambutan yang diterima ke atas jualannya, beliau telah memperkembangkan lagi perniagaannya secara atas talian dengan modal permulaan RM800 bagi membuka butik jualan di laman internet.

Usaha berterusan Puan Nur Atiqah binti Sulaiman bagi meluaskan perniagaannya berhasil apabila jenama Sugarscarf miliknya semakin mendapat perhatian umum pada tahun 2008. Ini telah mendorong beliau untuk lebih fokus dalam perniagaan produk pakaian wanita muslim ini. Walaupun pada peringkat awal perniagaan ini kurang mendapat sokongan daripada kedua ibubapanya, namun berkat kesungguhan Puan Nur Atiqah binti Sulaiman telah membuahkan hasil. Kini perniagaan ini dikongsi bersama adiknya Amirah Sulaiman, juga merupakan pengasas jenama Shawl by V Snow.

Pada 2012, jenama tudung Sugarscarf telah mula mendapat tempat dalam kalangan peminat fesyen muslimah apabila signatur jenamanya yang dinamakan sebagai Madison menjadi fenomena. Gabungan tudung dalam (inner) dan selendang menjadi pilihan wanita muslim kerana ia memudahkan pengayaan tudung dan seterusnya memperindahkan gaya pemakaian hijab. Bagi menampung permintaan pelanggan yang mahu melihat barangan yang dijual atas talian, Puan Nur Atiqah binti Sulaiman telah membuka lagi empat butik Sugarscarf bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Jenama tudung Sugarscarf bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah jenama ini turut menjadi pilihan penggemar hijab daripada luar negara. Kini, Sugarscarf telah terlibat dalam pertunjukan fesyen peragaan tudung di United Kingdom secara eksklusif khusus untuk pelanggannya dan blogger antarabangsa.

Pada tahun 2016, jenama Sugarscarf telah melancarkan dua label tudung barunya iaitu Hope by Sugarscarf dan Amoris Scarf khas bagi pengayaan wanita canggih dan yakin. Selain tudung, Sugarscarf juga mempunyai produk pakaian muslimah dikenali sebagai Pretty Please by Sugarscarf.

Biodata Pengasas Sugarscarf

pengasas-Tudung-Sugarscarf-eqya-sulaiman-1-e1502474006184-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya
Nama Penuh Pemilik / Pengasas: Puan Nur Atiqah binti Sulaiman
Nama Mesra : Eyqa Sulaiman
Umur : 31 tahun (2016)
Asal : Muar, Johor
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Pendidikan : Berkelulusan daripada Universiti Multimedia (MMU)
Kerjaya : Usahawan
Nama Syarikat : Sugarscarf International Sdn. Bhd. (1159313-K)
Logo : logo-sugarscaft Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya
Misi syarikat : “To celebrate amazing women who wears scarves around the globe”
Tagline : Iconic headscarves
Jenama Produk : Sugarscarf
Jenis Produk : Semi Instant Scarves, Long scarves, Clothes
Anugerah : Top 10 Google Most Trending Online Shopping 2015

Biodata Pengasas ShawlbyVS

amirah-sulaiman-shawlbyvsnow-e1502474032719-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya

Nama Penuh Pengasas Shawl by V Snow : Nur Amirah binti Sulaiman
Nama Mesra : Amirah Sulaiman
Asal : Muar, Johor
Kerjaya : Usahawan
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia

Cawangan Selangor
12A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor
Masa Perniagaan : Setiap hari kecuali Isnin (10.00 AM – 8.00 PM)
03-55233149

Cawangan Kuala Lumpur
No 48, Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
Masa Perniagaan : Setiap hari kecuali Isnin (10.00 AM – 8.00 PM)
03-41317425

Cawangan Johor Bharu
No 12 Jln Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 82100 Johor Bahru (di kawasan Jakel bahagian belakang)
Masa Perniagaan : Setiap hari kecuali Isnin (10.00 AM – 8.00 PM)
07-2445707

Cawangan Bangi
No 3A-51-1 (Lot 38, Ground Floor) Jalan Medan Pusat Bandar 8, 43650 Bandar Baru Bangi.
Masa Perniagaan : Setiap hari kecuali Isnin (10.00 AM – 8.00 PM)
010-5332454

Cawangan lain
Modvier, Fashion Valet, Zalora Malaysia, Maleeqa Exclusive dan Gondola 31

Laman Sugarcraft

Gambar Menarik Jenama Sugarscarf

gambar-Amirah-Sulaiman-ShawlbyVS-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjayaeyqa-dengan-model-tudung-sugarscaft-e1502474074625-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjayapengasas-Tudung-Sugarscarf-eqya-sulaiman-e1476473829938-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah BerjayaAmirah-Sulaiman-pengasas-jenama-ShawlbyVS-e1502474092123-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjayawajah-amirah-sulaiman-promosi-tudung-sugarscaft-e1502474110444-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjayagambar-pengasas-sugarscaft-e1502474128795-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjayaeyqa-sulaiman-sugarscaft-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjayagambar-amirah-dan-eqka-sulaiman-usahawan-tudung-sugarscaft-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah BerjayaNur-Atikah-Sulaiman-pemilik-Sugarscarf-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya       gaya-tudung-sugarscaft-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjayamarvelous-tudung-sugarscaft-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjayamodel-tudung-sugarscaft-madison-classic-300x300 Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya

Loading...

Tags: #biodata amirah sulaiman #biodata eyqa sulaiman #biodata usahawan wanita #cawangan sugarscaft #gambar pengasas shawlbyVSnow #gambar pengasas sugarscaft #gambar tudung sugarscaft #gaya tudung sugarscaft baru #jenama tudung sugarscaft #madison by sugarscaft #model tudung sugarscaft #pemilik sugarscaft malaysia #pengasas Shawl by V Snow #pengasas tudung muslimah terkenal #profil tudung sugarscaft #usahawan tudung berjaya #watak utama dalam syarikat sugarscaft

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Pengasas Sugarscaft, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya"