5 Trivia Menarik Tentang Tania Hudson, Heroin ‘Abang Long Fadil 2’

Biodata Tania Hudson Lengkap

Setelah lama menghilangkan diri dari radar seni hiburan tempatan, Tania Hudson kini kembali aktif di pentas lakonan setahun yang lalu.

Memulakan kerjaya sebagai anak seni mulai 2009, bakat yang dimiliki aktres cantik menawan ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

Selain sibuk membintangi beberapa drama bersiri tempatan, filem lakonan figura berdarah campuran Melayu-Australia ini berjudul Abang Long Fadil 2 bakal menjergah di pawagan-pawangan berdekatan mulai 24 Ogos 2017.

Menerusi filem tersebut, Tania memainkan watak sebagai Yana yang merupakan seorang wartawan dimana cuba membantu Abang Long Fadil yang dijayakan oleh Zizan Razak untuk mencari identiti pembunuh upahan bernama Tiger.

Di samping Abang Long Fadil 2, pelakon berbintang Libra ini juga bakal tampil dalam filem KL Special Force yang akan ditayang hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Berikut, penulis kongsikan trivia menarik tentang Tania Hudson buat tatapan para pembaca. Take a look!

1. Adik Kepada Natasya Hudson

Untuk pengetahuan para pembaca, Tania merupakan adik kepada pelakon, pengacara dan model cantik persis bak bidadari iaitu Natasya Hudson. Figura ini merupakan anak bongsu dari dua adik-beradik.

2. Model Iklan Komersil

Sebelum serius bergelar seorang pelakon, Tania memulakan kerjaya seninya dengan membintangi beberapa iklan komersil televisyen sejak berusia 18 tahun. Antara iklan-iklan yang menampilkan wajahnya adalah Hotlink, F&N, Kamera Ixus dan Seawhite Skincare.

3. Pernah Mengidap Penyakit Arteriovenous Malformation (AVM)

Aktres ini pernah mengidap penyakit AVM iaitu sejenis pengumpulan saluran darah secara tidak normal sejak kecil lagi. Setelah menjalani beberapa rawatan dan pembedahan beberpa tahun lalu, Tania semakin pulih dan tidak bergantung pada ubat-ubatan lagi.

4. Diserang Pernah #Lofattah Di Media Sosial

Anak jati Ipoh, Perak ini pernah diserang peminat fanatik #lofattah di media sosial beberapa bulan lalu gara-gara dituduh menjadi punca kerentakan hubungan cinta antara Neelofa dan Fattah Amin. Namun, pelakon drama Cucu Tauke Beras ini menyangkal dakwaan netizen sebagai orang ketiga dalam kisah cinta selebriti popular berkenaan.

5. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Demi menjaga kesihatan diri, wanita berusia 32 tahun ini mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan pelbagai aktiviti iaitu bersenam di gimnasium serta menyertai program lasak seperti memanjat bukit dan meredah sungai bersama kawan-kawan. Malah, Tania turut mempraktikkan amalam meminun air putih lapan gelas sehari dan mengambil beberapa vitamin secara rutin.

Biodata Ringkas Tania Hudson

Nama Penuh: Tania Nadira Mohd Redzuwan Hudson
Nama Komersil: Tania Hudson
Tarikh Lahir: 7 Oktober 1985
Umur: 32 Tahun (2017)
Asal: Ipoh, Perak
Adik Beradik: Anak bongsu daripada dua beradik
Kerjaya: Pelakon & Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu (Berdarah Campuran Melayu-Australia)
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Encik Suami Mat Salih Celup, Cucu Tauke Beras, Mahram, Surat Dari Langit Biru, Mayang Mengurai, Tiramisu, Nadira, Tika Cinta Berbisik, Lagu Kita dan banyak lagi.

Filem: Balistik, Abang Long Fadil 2, KL Special Force dan Paradoks.

Laman Sosial Tania Hudson

Foto Menarik Tania Hudson

biodata-tania-hudson-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Tania Hudson, Heroin 'Abang Long Fadil 2' gadis-cantik-tania-hudson-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Tania Hudson, Heroin 'Abang Long Fadil 2' gambar-cantik-tania-hudson-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Tania Hudson, Heroin 'Abang Long Fadil 2' rayban-tania-hudson-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Tania Hudson, Heroin 'Abang Long Fadil 2'

 

azlan-150x150 5 Trivia Menarik Tentang Tania Hudson, Heroin 'Abang Long Fadil 2'

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Abang Long Fadil 2 #adik beradik natasha hudson #Biodata Tania Hudson #Kenali Tania Hudson #Tania Hudson #tania hudson 2017 #tania hudson age #Tania Hudson Heroin Abang Long Fadil 2 #tania hudson instagram #tania hudson profile #tania hudson umur #tania hudson wiki #Tania Nadira Hudson #tania nadira hudson biodata #Tania Nadira Mohd Redzuwan Hudson #Trivia Menarik Tania Hudson

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.