5 Aktiviti Sederhana Yang Boleh Dilakukan Ibu Hamil Agar Kekal Aktif & Sihat!

Aktiviti Buat Ibu Mengandung

Di dalam tempoh kehamilan merupakan masa dimana seseorang wanita mengalami pelbagai perubahan pada badannya.

Ianya bermula dari perubahan tubuh badan, emosi sehinggalah pola pemakanan dan aktiviti seharian mereka. Perubahan ini kadang-kala boleh menyebabkan ibu-ibu hamil cepat sensitif dan tertekan.

Bagi mengatasi masalah sensitif dan tertekan di kalangan wanita hamil, terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka sepanjang fasa kehamilan.

Dipetik dari laman parents.com, inilah 5 aktiviti sederhana yang boleh dilakukan oleh ibu hamil agar kekal aktif dan sihat. Check it out!

1. Ikuti Kelas Kehamilan

Buat ibu-ibu hamil terutamanya yang pertama kali mengandung, penulis sarankan agar menyertai atau mengikuti kelas-kelas kehamilan yang turut dianjurkan oleh pihak hospital atau badan-badan bukan kerajaan.

Selain dapat berkenalan antara ibu-ibu hamil yang lain, kelas ini juga dapat memberi pelbagai ilmu tentang kehamilan khususnya proses bersalin daripada doktor-doktor bertauliah dan pakar motivasi.

2. Amalkan Pemakanan Seimbang

Sepanjang proses kehamilan, para ibu digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya dari segi pengambilan makanan yang seimbang. Makan makanan bernutrisi tinggi seperti yang disarankan oleh doktor. Misalnya, memperbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jauhi makanan yang tidak menyihatkan demi kesihatan anda dan janin di dalam kandungan.

3. Jaga Berat Badan

Meskipun sedang hamil, para ibu tetap perlu berusaha menjaga berat badan sepanjang proses kehamilan. Namun, jangan sampai sibuk menjaga berat badan lalu mengabaikan kesihatan janin. Ingat, kawal berat badan anda dengan menjaga pola pemakanan seharian dan memenuhi keperluan nutrisi janin dalam kandungan.

4. Isi Masa Terluang Dengan Hobi

Tidak melakukan sebarang aktiviti atau kegiatan sepanjang fasa kehamilan terutamanya ketika di rumah boleh membuatkan sang ibu cepat bosan, pening atau mual. Untuk mengatasi masalah ini, para ibu hamil bolehlah melibatkan diri dengan melakukan sebarang hobi kesukaan.

Namun, sila pastikan hobi yang dilakukan mestilah ringan dan tidak memudaratkan kesihatan kandungan dan ibu sendiri. Sebagai contoh, memasak, menulis, melukis, menyulam dan sebagainya.

5. Bicara Dengan Janin

Walaupun janin dalam kandungan tidak dapat membalas setiap sapaan yang diberikan ibunya, jangan sesekali lupa untuk berbicara dengannya. Berkomukasi dengan janin dapat membuatkan sang ibu berasa cukup bahagia dan selesa. Paling menarik, aktiviti ini boleh meningkatkan kecerdasan anak anda di dalam kandungan.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aktivitas Untuk Ibu Hamil Muda #Aktiviti Apa Yang Ibu Mengandung Boleh Lakukan #Aktiviti Sederhana Buat Ibu Hamil #ibu hamil #Kegiatan Ringan Buat Wanita Hamil

Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Benarkah Kulit Bawang Mempunyai Manfaat Kesihatan?
Seringkali kita terbaca tentang kegunaan kulit bawang yang pelbagai. Bukan sahaja digunakan sebagai
Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan
Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea selalunya digunakan sebagai pewarna semula jadi
Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan

Comments are closed.