Brooklyn Beckham, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Putera Sulung David & Victoria Beckham

Biodata Brooklyn Beckham

Young, Handsome and Talented! Itulah tiga perkataan yang boleh penulis ungkapkan mengenai putera sulung kepada pasangan selebriti antarabangsa popular, David dan Victoria Beckham iaitu Brooklyn Beckham.

Sejak kecil hingga hari ini, kehidupan jejaka kelahiran Westminster, England ini dilimpahi cahaya populariti ibu bapanya yang merupakan bekas pemain bolosepak lagenda dan penyanyi kumpulan Spice Girls.

Malahan, kisah cintanya dengan beberapa selebriti muda terkenal sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pihak media dan paparazzi.

Berikut, penulis kongsikan 5 trivia menarik dan ringkasan biodata Brooklyn Beckham buat tatapan para pembaca. Apa tunggu lagi, jom kita semak!

1. Meminati Dunia Fotografi

Walaupun pernah berlatih di Hale End Academy yang dimiliki pasukan bolasepak Arsenal ketika berusia 15 tahun, Brooklyn akhirnya menemui passionnya iaitu dunia fotografi. Beliau meninggalkan dunia bolasepak dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang fotografi dan filem. Menurut media antarabangsa, Brooklyn bakal melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat dalam jurusan Fotografi Fesyen pada September 2017. Kini, Brooklyn menjadi jurufoto bebas untuk jenama Burberry dan Guess serta majalah Cosmopolitan.

2. Terbit Buku Fotografi Sendiri

Kerana minat yang mendalam tentang dunia fotografi, Brookly turut mengeluarkan buku fotografinya sendiri berjudul What I See. Buku tersebut sudah berada di pasaran sejak penghujung Jun 2017 lalu mengisahkan foto-foto tentang perjalanan kehidupan beliau bersama ibu bapa dan adik-beradik yang menjadi simpanannya selama ini. Buku ini turut menerima beberapa komen negatif dari netizen dan sekumpulan jurugambar profesional.

3. Cari Wang Saku Sendiri

Meskipun dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya, Brooklyn di didik oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berdikari dan bertanggungjawab. Beliau pernah membuat kerja sambilan di West London Coffee Shop pada setiap hujung minggu ketika berumur 15 tahun. Malahan, Brooklyn turut mendapat pujian netizen sebagai remaja yang boleh dicontohi oleh semua orang.

4. Sentiasa Diawasi Ibu Bapa

Untuk pengetahuan pembaca, segala aktiviti media sosial Brooklyn akan sentiasa dipantau oleh ibu bapanya. Sehingga kini, jejaka kacak ini mempunyai lebih 10 juta pengikut di Instagramnya. Menurut sang ayah, Brooklyn tidak suka jika memuatnaik gambarnya di media sosial tanpa minta izin dahulu. Selain Brooklyn, ibu bapanya turut memantau adik-beradiknya yang lain iaitu Romeo, Cruz dan Harper.

5. Mempunyai Bapa Pembaptisan Yang Terpengaruh

Bukan hanya memiliki ibu bapa yang sporting dan popular, mantan kekasih Chloe Moretz ini mempunyai bapa pembaptisan yang terkenal dan terpengaruh dalam dunia muzik antarabangsa iaitu Sir Elton Jones. Pelakon popular British, Elizabeth Hurley turut menjadi ibu baptis kepada Brooklyn.

Biodata Ringkas Brooklyn Beckham

Nama Penuh: Brooklyn Joshep Beckham
Nama Komersil: Brooklyn Beckham
Tarikh Lahir: 4 Mac 1999
Umur: 18 Tahun (2017)
Asal: Westminster, England
Adik Beradik: Anak sulung dari empat beradik
Kerjaya: Jurufoto & Model
Nama Bapa: David Beckham
Nama Ibu: Victoria Beckham
Agama: Kristian
Warganegara: British

Laman Sosial Brooklyn Beckham

Gambar Menarik Brooklyn Beckham

anak-david-beckham-300x300 Brooklyn Beckham, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Putera Sulung David & Victoria Beckham Brooklyn-Beckham-300x300 Brooklyn Beckham, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Putera Sulung David & Victoria Beckham hobi-anak-david-beckham-300x300 Brooklyn Beckham, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Putera Sulung David & Victoria Beckham keluarga-david-beckham-victoria-dan-brooklyn-e1501182555380-300x300 Brooklyn Beckham, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Putera Sulung David & Victoria Beckham

azlan-150x150 Brooklyn Beckham, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Putera Sulung David & Victoria Beckham

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak david beckham #Biodata Brooklyn Beckham #Brooklyn Anak David Beckham #Brooklyn Beckham #Brooklyn Beckham images #Brooklyn Beckham Instagram photos and videos #gambar family brooklyn beckham #siapa Brooklyn Beckham #Trivia Menarik Brooklyn Beckham

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.