Elak Gigi Menjadi Kuning? Anda Perlu Kurangkan Makanan & Minuman Ini!

Penyebab Gigi Kuning

Memiliki gigi yang sihat dan putih adalah impian setiap manusia di muka bumi ini. Oleh itu, amalan menggosok gigi dua kali sehari dan membuat pemeriksaan di klinik gigi sangat penting untuk menjaga kesihatan gigi anda.

Namun begitu, terdapat banyak sebab berlakunya masalah gigi bertukar warna kekuningan. Salah satunya, menerusi pemakanan yang tidak terkawal.

Tahukah anda, masalah kekuningan gigi dapat diatasi jika anda mengurangkan memakan makanan dan minuman ini. Nak tahu dengan lebih lanjut, sila semak artikel dibawah!

1. Aiskrim

Aiskrim merupakan makanan kegemaran setiap manusia di muka bumi ini yang memiliki rasa manis tersendiri dan membuatkan kita jadi ketagih. Siapa sangka, aiskrim boleh menyebabkan gigi kita menjadi kekuning-kuningan. Ianya disebabkan kandungan pewarna dan sirap yang digunakan dalam proses pembuatan aiskrim.

2. Minuman (Teh, Kopi & Soda)

Bagi anda yang menggemari meminum teh dan kopi pastinya akan merasai kesan buruknya pada gigi. Walaupun kedua-dua minuman ini mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan tetapi teh dan kopi boleh membuatkan gigi kita kelihatan kekuningan. Di samping itu, minuman bersoda yang menyegarkan turut menjadi penyumbang utama kepada gigi kita bertukar warna.

3. Sos

Sangat ganjil apabila memakan kentang goreng, burger atau keropok lekor tanpa menggunakan sos. Tahukah anda, tekstur kental dan adunan pekat yang terdapat pada sos cili atau sos tomato boleh meninggalkan noda dan membuat gigi anda berwarna kuning.

4. Gula-Gula Getah

Percaya atau tidak, mengunyah gula-gula getah juga mampu memudaratkan kesihatan gigi kita. Malah, pewarna yang terdapat pada gula-gula getah boleh melekat dengan mudah pada gigi dan sekiranya dibiarkan begitu sahaja boleh membuatkan gigi menjadi kekuning-kuningan. Selain bertukar warna, anda juga berpotensi mendapat masalah gigi berlubang.

azlan-150x150 Elak Gigi Menjadi Kuning? Anda Perlu Kurangkan Makanan & Minuman Ini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Faktor-faktor yang Membuat Gigi Menjadi Kuning #gigi kuning tak normal #gigi menjadi kuning dan hodoh #Hentikan Kebiasaan Pemicu Gigi Kuning #Jenis Makanan Penyebab Gigi Kekuningan #kenapa gigi kuning #Makanan & Minuman Buat Gigi Anda Bertukar Warna Kekuningan #Penyebab Gigi Berwarna Kuning Permanen Berkarang #Penyebab Gigi Kuning Dan Cara Mengatasinya #Tips Elak Gigi Jadi Kekuningan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.