Biodata Intan Sarafina, Penyanyi Wanita Popular Kelahiran Johor

Biodata Intan Sarafina

Selepas lapan tahun hilang dari radar seni hiburan tanah air, nama Intan Sarafina kembali meledak ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV) 3 pada tahun lalu.

Bermula dari situ, karier nyanyiannya yang dahulu sepi tanpa khabar berita kembali bersinar terang sehingga ke hari ini.

Anak kelahiran Johor ini juga turut melancarkan single baharunya berjudul Jika Aku Untuk Mu pada penghujung September lalu. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Farouk dan Amylea AF3 ini boleh didengarkan di corong-corong radio tempatan.

Apa tunggu lagi, jom kita intip ringkasan biodata dan trivia menarik bintang filem Janji Diana ini.

Biodata Ringkas Intan Sarafina

Nama Penuh: Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya
Nama Komersil: Intan Sarafina
Tarikh Lahir: 2 Julai 1981
Umur: 36 Tahun (2017)
Asal: Stulang Darat, Johor
Kerjaya: Penyanyi & Pelakon
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Jika Aku Untuk Mu, Duhai Malam, Kembali, Selamanya, Janji Seorang Kekasih, Suratan Buatmu, Rayuan Mata Buaya, Jawapan Oh Ya Ya, Aku Rindu

Drama/Telefilem/Filem: Suara Hati, Yusoff, Asmara, Misteri Sofa Lama, Janji Diana dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Intan Sarafina

Trivia Menarik Intan Sarafina

  • Menamatkan zaman solonya dengan pemuda pilihan hati bernama Iskandar Ezzahuddin pada 2008.
  • Hasil perkahwinan ini, Intan dan suaminya dikurniakan tiga oranh cahaya mata iaitu Megat Evan Raez (8 tahun), Megat Ifrafel Raez (6 Tahun) dan Megat Noah Raez (3 Tahun).
  • Meraih gelaran Artia Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2000.
  • Pernah menyertai program realiti iaitu One In A Million 2 tetapi tersingkir di peringkat awal pertandingan berkenaan.
  • Turut menyertai program Super Karoks Kool.FM bersama Elyana menerusi kumpulan Hey Ladies sekaligus menjuarai rancangan tersebut.
  • Suaranya dikatakan persis penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
  • Sebelum bergelar seorang penyanyi dan pelakon, Intan pernah berkhidmat sebagai seorang pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.
  • Kaki joging dan gemar menyertai program marathon dan larian.
  • Bernaung di bawah label pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.
  • Mempunyai seramai lebih 100,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Intan Sarafina

Intan-Sarafina-2017-300x300 Biodata Intan Sarafina, Penyanyi Wanita Popular Kelahiran JohorIntan-Sarafina-dan-anak-300x300 Biodata Intan Sarafina, Penyanyi Wanita Popular Kelahiran JohorIntan-Sarafina-peserta-GV3-300x300 Biodata Intan Sarafina, Penyanyi Wanita Popular Kelahiran JohorLaman-Media-Sosial-Intan-Sarafina-300x300 Biodata Intan Sarafina, Penyanyi Wanita Popular Kelahiran Johor

azlan-150x150 Biodata Intan Sarafina, Penyanyi Wanita Popular Kelahiran Johor

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak intan sarafina #Biodata Intan Sarafina #Biodata Ringkas Intan Sarafina #Intan Sarafina #Intan Sarafina Gegar Vaganza 3 #intan sarafina instagram #intan sarafina kembali #Kenali Intan Sarafina #Laman Media Sosial Intan Sarafina #Profil Intan Sarafina #Trivia Menarik Intan Sarafina #ungku intan sarafina binti ungku yahya duhai malam #ungku intan sarafina binti ungku yahya lagu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.