Lagu 1234U, Single Terbaharu Fattah Amin!

Lagu 1234u Fattah Amin

Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017, Fattah Amin telah melancarkan single terbaharunya berjudul 1234U bersama-sama video klip muzik pada 6 Oktober lalu.

Lagu ciptaan Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan ini adalah single keempat aktor kacak ini selepas kejayaan lagu Hero Seorang Cinderella (duet bersama Nur Fazura), Wanita Terakhir dan Hero Untuk Mu (duet bersama Sherry Ibrahim dan RJ).

Lagu ini mengangkat kisah rasa kasih sayang buat insan tersayang dan istimewa dalam hidup seseorang.

Paling menarik, video klip muzik lagu ini telah ditonton sebanyak 100,000 tontonan di saluran YouTube selama 32 jam.

Single berentak catchy ini merupakan lagu runut bunyi OST telefilem Wanita Terindah yang bakal disiarkan di Astro First Eksklusif 480 mulai 2 November 2017. Selain Fattah, telefilem ini turut dibintangi Nur Fazura, Sarah Hildebrand dan bintang cilik, Nik Adam Mika.

Dalam perkembangan lain, jejaka berusia 26 tahun ini sedang sibuk menjalani pengambaran drama Coffee Prince (versi Malaysia) bersama aktres cantik, Janna Nick yang bakal ditayang tidak lama lagi.

Lirik Lagu 1234U – Fattah Amin

Sukar untuk aku percaya
Kini aku telah jatuh cinta
Kau selalu menari di minda
Kau buat aku tertanya-tanya

Kau asak ku berkali-kali
Kau cuit hati dalam emoji
Kau kata kau suka padaku
Tapi cuma dibibir sahaja

Luah saja apa yang kau mahu
Kata padaku
One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four you i adore
Never felt this before
One two three four you
One two three four you

Luah saja apa yang kau mahu
Kata padaku
One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four you i adore
Never felt this before
One two three four you
One two three four you

One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four you i adore
Never felt this before
One two three four you
One two three four you

azlan-150x150 Lagu 1234U, Single Terbaharu Fattah Amin!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #1234U Lagu Baru Fattah Amin #1234U Single Keempat Fattah Amin #Fattah Amin #Lirik Lagu 1234U - Fattah Amin

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.