Senarai Bintang Gegar Vaganza 4, Bermula 29 Oktober Ini!

Gegar Vaganza 4 2017

Rancangan realiti kesukaan rakyat Malaysia, Gegar Vaganza (GV) bakal kembali ke kaca televisyen anda mulai 29 Oktober ini.

Masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jehan Muse sebagai pengacara, program ini akan disiarkan secara langsung setiap Ahad bermula 9.00 malam menerusi Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Seramai 12 bintang bakal berentap pada musim terbaharu ini iaitu Hazami, Aqasha, Raja Azura, Aisyah, Liza Hanim, Syura, Ferhad, Tia (Jinbara), Elyana, Razlan (Kristal), Haida dan Firman.

Bintang-bintang GV4 bakal diadili berdasarkan persembahan mengikut tema mingguan oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan seorang lagi juri tetap yang bakal diperkenalkan pada konsert pertama nanti.

Untuk musim ini, juara akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi. Sementara itu, naib johan dan tempat ketiga pula bakal meraih wang tunai sebanyak RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Untuk info, GV merupakan program terbitan Astro yang menyaksikan 12 penyanyi profesional dan berpengalaman dalam industri seni muzik negara bersaing antara satu sama lain bagi menyandang gelaran juara.

Program ini bermula sejak tahun 2014 dimana telah mengangkat nama Ayai (Ilusi) sebagai juara GV1, Siti Nordiana sebagai juara GV2 dan Azharina sebagai juara GV3.

Persoalannya, siapakah yang bakal bergelar juara GV4 pada musim kali ini?

azlan-150x150 Senarai Bintang Gegar Vaganza 4, Bermula 29 Oktober Ini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Gegar Vaganza 2017 #Gegar Vaganza 4 #GV2017 #GV4 #GV4 Astro Ria #Nama Peserta GV4 #Senarai Bintang Gegar Vaganza 2017 #Senarai Peserta Gegar Vaganza 4

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.