Biodata Dzawin, Pengacara Ceria I-Star 2017

Biodata Dzawin, Pengacara Ceria I Star 2017

Sudah lama tidak menyaksikan kelibat pelawak popular bernama Dzawin di kaca televisyen selepas memenangi tempat ketiga program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017.

Sebelum MLM 2017, figura berkaca mata ini pernah menyertai rancangan Stand Up Comedy Indonesia (SUCI) 2014 dan menyandang tempat ketiga dalam program berkenaan di samping bergiat aktif di pentas lawak di sana.

Terkini, jejaka kelahiran Bogor, Indonesia ini muncul sebagai pengacara program mencari bakat si cilik iaitu Ceria I-Star 2017 bersama-sama Nabil Ahmad dan PU Yeop di Astro Ceria 611 mulai 7 Oktober lalu.

Jom kita berkenalan dengan pemilik nama Dzawin Nur Ikram ini.

Biodata Ringkas Dzawin

Nama Penuh: Dzawin Nur Ikram
Nama Komersil: Dzawin
Tarikh Lahir: 22 Ogos 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Asal: Bogor, Indonesia
Kerjaya: Pelawak & Pengacara
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia
Mastautin: Malaysia

Rancangan TV: Ceria I-Star, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Temasya Sukan Ke Laut, Combreak, SUCI Playground, SUPER dan Comic Story.

Pencapaian:

  • Tempat ketiga di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017.
  • Meraih Gempak Man of the Match di MLM 2017 (minggu kedua).
  • Tempat ketiga di Stand Up Comedy Indonesia (SUCI) 2014.

Laman Media Sosial Dzawin

Trivia Menarik Dzawin

  • Graduan jurusan pendidikan dari Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia.
  • Lulusan sekolah agama dan tahfiz al-Quran.
  • Mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Dzawin Rangers.
  • Menggemari muzik berentak country dan balada.
  • Tidak cerewet terhadap makanan dan fesyen.
  • Gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung jika ada masa lapang. Antara gunung yang pernah ditawan oleh figura ini adalah Gunung Merbabu, Gunung Mahameru dan Gunung Sindoro.
  • Turut menghasilkan sebuah buku kerohanian berjudul Santri Jahil Iyah.
  • Sangat meminati filem Bollywood terutamanya lakonan Amir Khan.
  • Memiliki lebih 100,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Dzawin

foto-Dzawin-Nur-Ikram-300x300 Biodata Dzawin, Pengacara Ceria I-Star 2017 foto-dan-Biodata-Dzawin-Pengacara-Ceria-I-Star-2017-300x300 Biodata Dzawin, Pengacara Ceria I-Star 2017 Dzawin-Nur-Ikram-300x300 Biodata Dzawin, Pengacara Ceria I-Star 2017 Dzawin-Nur-Ikram-main-guitar-300x300 Biodata Dzawin, Pengacara Ceria I-Star 2017

azlan-150x150 Biodata Dzawin, Pengacara Ceria I-Star 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Dzawin #blog dzawin #dzawin di malaysia #Dzawin Host Ceria I-Star 2017 #dzawin instagram #dzawin maharaja lawak mega #Dzawin Maharaja Lawak Mega 2017 #Dzawin MLM 2017 #Dzawin Nur Ikram #dzawin nur ikram instagram #Dzawin Pengacara Ceria I-Star 2017 #dzawinur #kata kata dzawin #Kenali Dzawin #Laman Media Sosial Dzawin #pacar dzawin nur ikram #Pelawak Dzawin #Profil Dzawin Nur Ikram

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.