Biodata Aidit Noh, Dari Modeling Ke Dunia Lakonan

Biodata Aidit Noh, Dari Modeling Ke Dunia Lakonan

Selepas menjuarai program mencari model iaitu Him For Hatta pada April 2014, jejaka bernama Aidit Noh semakin mencuri perhatian para peminat tempatan.

Selain aktif di pentas peragaan dan iklan komersil, jejaka berusia 24 tahun ini turut berjinak-jinak di dunia seni lakonan.

Antara drama dan telefilem lakonannya adalah Kisah Dari Mekah, Sesal Separuh Nyawa dan Meh Sandar Pada Aku.

Meskipun dikurnia rupa paras yang kacak dan ketinggian seorang peragawan, anak jati Kuala Lumpur ini mahu dikenali menerusi bakatnya.

Sepanjang empat tahun bergelar anak seni, pemilik nama Ahmad Aidit Noh ini pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan Ayda Jebat dan Dynas Mokhtar.

Biarpun sibuk dengan karier seni, Aidit tidak mengabaikan pelajarannya dimana beliau kini menuntut di Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-MIAT Sepang, Selangor dalam jurusan kejuruteraan pesawat.

Malah, figura berbintang Scorpio ini menjalankan dua bisnes iaitu serum wajah dan kurta denim.

Jangan buang masa lagi, jom kita berkenalan lebih dekat dengan Aidit Noh menerusi ringkasan biodata dibawah.

Biodata Ringkas Aidit Noh

Nama Penuh: Ahmad Aidit Noh
Nama Komersil: Aidit Noh
Tarikh Lahir: 29 Oktober 1993
Umur: 24 Tahun (2017)
Zodiak: Scorpio
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon & Model
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: The Aviators

Drama/Telefilem: Dosa Perempuan, Sweetie Nanie, Cinta Nasi Ambeng, Sesal Separuh Nyawa, Jodoh Sebelah Pintu, Kelip-Kelip Kota London, Kisah Dari Mekah, Meh Sandar Pada Aku, Girlfriend Dari Negara dan banyak lagi.

Host TV: Fashion Mania & Agrotrek

Anugerah & Pencapaian:

  • Juara Program Him For Hatta 2014.

Laman Sosial Media Aidit Noh

Foto Aidit Noh

Aidit-Noh-300x300 Biodata Aidit Noh, Dari Modeling Ke Dunia Lakonan Biodata-Aidit-Noh-300x300 Biodata Aidit Noh, Dari Modeling Ke Dunia Lakonan foto-Aidit-Noh-300x300 Biodata Aidit Noh, Dari Modeling Ke Dunia Lakonan siapa-Aidit-Noh-300x300 Biodata Aidit Noh, Dari Modeling Ke Dunia Lakonan

azlan-150x150 Biodata Aidit Noh, Dari Modeling Ke Dunia Lakonan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aidit Noh #aidit noh body #aidit noh dan isteri #aidit noh dan kekasihnya #aidit noh instagram #aidit noh wikipedia #asal aidit noh #Biodata Aidit Noh #Biodata Ringkas Aidit Noh #kekasih aidit noh #Kenali Aidit Noh #Laman Sosial Media Aidit Noh #Profil Aidit Noh #tarikh lahir aidit noh

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.