Tanda-tanda Makhluk Halus Menghampiri Kita!

Tanda Tanda Makhluk Halus Menghampiri Kita!

Cerita mengenai makhluk halus seperti jin kafir, syaitan dan iblis sentiasa menjadi topik hangat dan kewujudannya juga sentiasa menjadi misteri kepada kita. Dalam masyarakat melayu, istilah yang diberikan pada jelmaan jin kafir atau syaitan adalah hantu. Tapi, ramai yang salah faham tentang ini mungkin kerana pengaruh filem dan sebagainya dengan menyatakan roh manusia yang mati menjadi hantu.

Pendapat dan kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Roh orang mati tiada kaitannya dengan hantu mahupun apa-apa gangguan mistik. Apabila meninggal dunia, roh akan ke alam lain dan apa yang cuba menyesatkan dan menakut-nakutkan manusia adalah kerja syaitan dan jin kafir yang mengambil kesempatan atas kejadian yang berlaku.

Sebagai contohnya, apabila berlaku kemalangan yang ngeri melibatkan kematian, tempat itu dikatakan berhantu dengan jelmaan dan gangguan misteri. Sebenarnya, ia tiada kaitan dengan si mati, hanya syaitan dan jin kafir yang berada pada tempat dan masa kejadian mengambil kesempatan dengan menjelma dan menakut-nakutkan manusia agar menyesatkan dan memesongkan.

Walaupun ramai yang mengatakan tidak pernah bertemu makhluk halus, ramai pula yang menempuh pengalaman yang penuh misteri dan menggerunkan itu. Mendengar ceritanya sahaja membuat kita berasa seram dan ketakutan, apatah lagi jika merasakan kehadiran makhluk ghaib tersebut di sekitar kita.

Berikut adalah tanda-tanda kewujudan makhluk halus di sekitar kita.

  1. Tiba-tiba rasa ada ‘orang’ lain bersama kita

Pernahkah anda rasa seperti diperhatikan atau merasakan wujud sesuatu berdekatan dengan anda tanpa dapat melihatnya? Sedangkan pada masa itu, anda bersendirian. Manusia adalah makhluk yang mempunyai energi atau tenaga. Energi ini dapat mengesan energi lain yang hadir di sekitarnya.

  1. Bulu meremang dan menegak

Kadang-kadang, secara mendadak kita dapat merasakan bulu roma di lengan dan leher menegak ke atas dan meremang. Ini biasa disebut dengan istilah merinding. Hal ini terjadi dengan tiba-tiba dan pada waktu yang sama, kita mula merasa pelik dan takut. Unsur dan energi negatif dari makhluk halus akan membuatkan bulu roma menegak. Jika anda menutup televisyen dan letakkan tangan anda di permukaan skrin televisyen sebaik sahaja ditutup, pasti bulu di tangan berdiri kerana wujudnya cas-cas negatif di permukaan skrin. Begitulah juga dengan makhluk halus, tanda kehadirannya berdekatan dengan kita ialah tindakbalas bulu badan kita yang merinding dengan tiba-tiba.

  1. Ketukan

Jika terdengar ketukan di pintu atau di dinding bilik atau rumah, itu antara tanda popular makhluk halus cuba berinteraksi dengan kita. Ketukan nampaknya menjadi bentuk paling umum adanya komunikasi antara manusia dan makhluk alam ghaib. Kebanyakan kes di rumah berpenunggu, kebanyakan bunyi ketukan adalah kes biasa dan gangguan ‘basic’ yang sering berlaku. Makhluk halus melakukan itu untuk mendapatkan perhatian manusia dan sekaligus untuk menakutkan manusia.

  1. Dengar nama dipanggil

Kadang-kadang kita terdengar suara memanggil nama kita dan suara itu seolah-olah di tepi telinga kita. Suara itu mungkin sekadar berbisik tetapi jelas. Sebenarnya itulah ketikanya makhluk halus sedang berusaha menyapa kita.

  1. Bau aneh dan asing

Pernahkah anda dengan tiba-tiba dapat menghidu bau yang aneh secara tiba-tiba? Bau harum yang semerbak, bau harum yang tajam menyakitkan hidung, bau busuk keterlaluan dan sebagainya. Jika ya, itu ertinya makhluk halus itu berada dekat dengan kita. Dalam pengalaman yang diceritakan oleh seorang rakan penulis, pengalamannya selama 14 tahun dengan hijab terbuka dan dapat melihat makhluk halus, memang terdapat makhluk halus dengan bau-bau yang pelbagai. Dengan bau busuk yang teramat seperti daging yang busuk, bau hanyir, bau harum yang teramat dan tambahnya, terdapat juga makhluk halus yang baunya dapat dihidu dari jarak jauh sekitar 1 hingga 2 kilometer.

  1. Terdengar bunyi yang aneh

Kita akan terdengar bunyi-bunyi aneh atau suara riuh rendah di tempat tersebut. Tetapi apabila pergi mendekati, tiada apa pun di sana. Bunyi aneh yang sering dikaitkan dengan kewujudan jin dan makhluk alam ghaib antaranya seperti bunyi tapak kaki, bunyi kerusi meja ditarik, bunyi guli atau pasir berterabur, benda terjatuh dan hempasan pintu.

Loading...

Tags: #Bau aneh dan asing #Bulu meremang dan menegak #cara melihat makhluk halus dengan cepat #cara mengetahui makhluk halus yang mengikuti kita #ciri ciri makhluk halus datang #hantu #keuntungan diikuti makhluk halus #makhluk ghaib #makhluk halus penjaga manusia #mengenali gangguan makhluk halus #mengesan hantu #mengesan makhluk halus #petanda wujud makhluk halus berdekatan anda #tanda tanda ada makhluk halus dalam badan #tanda tanda makhluk halus dalam rumah #tanda-tanda ada hantu berhampiran #Tanda-tanda ada makhluk halus berdekatan kita #tanda-tanda kewujudan makhluk halus dekat sekitar kita #Tiba-tiba rasa ada ‘orang’ lain bersama kita

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.