Lelaki! 11 Item Fesyen Ini Wajib Anda Miliki

Wak Doyok

Apa itu Fesyen? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fesyen didefinasikan sebagai gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran orang ramai.

Berbicara tentang fesyen, golongan lelaki biasanya mudah dan tidak cerewet dibandingkan wanita. Cukup memandai dengan beberapa koleksi pakaian di almari untuk dipakai hari-hari membuatkan mereka berasa nyaman dan tidak pening kepala.

Lelaki! tidak salah jika sesekali anda berbelanja untuk tampil hebat dan bergaya. Sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan diri apabila anda bersua mata dengan masyarakat.

Berikut, penulis senaraikan 11 item fesyen yang wajib dimiliki seseorang lelaki masa kini. Take a look, guys!

1. Kemeja Putih Polos

Kemeja berwarna putih polos ini merupakan item wajib yang perlu dimiliki oleh semua lelaki diluar sana. Bukan susah untuk membeli kemeja berwarna putih ini jika anda berkunjung ke kedai-kedai pakaian.

Bukan sahaja sesuai untuk ke temuduga pekerjaan malahan boleh dipakai ketika menghadiri majlis-majlis formal seperti makan malam atau majis anugerah. Menariknya, item ini boleh disuai padankan dengan semua jenis busana yang dimiliki anda tanpa sebarang kesulitan.

Penulis sarankan agar anda mempunyai dua atau tiga kemeja seperti ini untuk kemudahan di masa hadapan.

2. T-shirt Polos

Selain kemeja berwarna putih, t-shirt polos ini juga perlu ada dalam almari anda. Pilih t-shirt yang bahannya diperbuat daripada 100% cotton supaya kulit anda dapat bernafas dan mudah menyerap peluh.

Sebagai contoh, anda boleh mengayakan bersama seluar jeans denim. Pastinya kelihatan santai dan bergaya di mata wanita.

3. Seluar Jeans Gelap

Seluar jean berwarna gelap adalah seluar yang menjadi must-have items buat golongan Adam. Sekurang-kurangnya, anda mesti memiliki seluar jeans berwarna biru gelap atau hitam dalam koleksi peribadi.

Ini kerana, seluar jeans boleh digunakan ketika anda liburan mahupun acara semi formal. Antara seluar jeans pilihan lelaki masa kini adalah jenis Slim Cut, Straight Cut dan Skinny. Paling penting, seluar jeans tetap relevan walaupun ditelan perubahan zaman.

4. Seluar Slack

Buat lelaki yang bekerjaya, seluar slack menjadi pilihan utama untuk tampil kemas dan bergaya ke pejabat. Seluar jenis ini juga sesuai untuk menghadiri sebarang majlis formal, mesyuarat atau makan malam.

Selain lelaki, kaum hawa di luar sana juga suka memakai seluar slack untuk pergi bekerja.

5. Blazer/Kot Berwarna Gelap

Setiap lelaki perlu ada sekurang-kurangnya satu blazer atau kot di dalam almari masing-masing. Anda boleh menggunakan blazer untuk mencipta penampilan yang elegan, profesional atau kasual.

Untuk kelihatan segak dan berkarisma, padankan blazer berwarna gelap bersama kemeja dan seluar slack berserta aksesori pilihan anda.

6. Tali Leher (Tie)

Tali leher juga memainkan peranan penting buat lelaki untuk berfesyen. Biasanya, tali leher akan dikenakan ketika memakai baju kemeja lengan panjang, seluar slack dan blazer.

Selari dengan trend masa kini, tali leher hadir dengan pelbagai jenis fabrik, rekaan dan corak. Namun begitu, tali leher berwarna gelap dan polos tetap menjadi pilihan.

7. Tali Pinggang

Dengan memakai tali pinggang, seseorang lelaki kelihatan kemas dan stylish. Jika anda ragu-ragu untuk memilih warnanya, sesuaikan saja dengan warna kasut formal anda.

Penulis sarankan agar anda memilih tali pinggang jenis kulit kerana ia lebih tahan lama dan lebih berkualiti.

8. Jam Tangan

Untuk pengetahuan semua, jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu malahan sebagai pemanis dalam penampilan seseorang lelaki.

Jika kamu lelaki yang sporty, pilihlah jam tangan jenis digital manakala jam tangan jenis anolog sesuai buat jejaka yang tampil elegan dan profesional.

9. Kasut Formal

Tentu kurang sopan jika pergi ke majlis-majlis yang yang memerlukan anda mengikut dress code formal dengan memakai kasut sneakers. Oleh itu, kasut formal seperti kasut kulit berwarna gelap menjadi penyelamat buat anda.

Pelbagai jenis material dan rekaan kasut formal di pasaran yang anda boleh miliki. Dari harga puluhan hingga ke ratusan ringgit mengikut kesesuaian bajet anda.

10. Baju Batik

Selain blazer dan kemeja, baju batik menjadi alternatif yang sesuai buat lelaki jika ke majlis-majlis formal mahupun santai.

Di Malaysia sendiri, bukan sahaja penjawat awam bahkan kakitangan swasta turut mengamalkan pemakaian baju batik pada setiap hari Khamis ke pejabat. Sesekali tampil dengan memakai baju batik mencipta satu kelainan buat si pemakai.

11. Baju Melayu

Baju Melayu pada hari ini dilihat bukan sahaja digunakan untuk meraikan sambutan hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha semata-mata malahan ia sesuai dipakai apabila ke kenduri kahwin atau acara keagamaan.

Menariknya, fesyen baju Melayu hari ini berubah dengan inovasi-inovasi yang kreatif dan menarik untuk dipakai oleh lelaki masa kini. Penulis pasti anda mempunyai lebih dari dua helai baju Melaju sebagai koleksi peribadi di almari pakaian.

Sumber foto: Instagram @wakdoyok

azlan-150x150 Lelaki! 11 Item Fesyen Ini Wajib Anda Miliki

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #fesyen basic bagi lelaki #fesyen lelaki #Fesyen Lelaki Masa Kini #pakaian lelaki wajib dimiliki #pakaian wajib lelaki perlu ada

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Lelaki! 11 Item Fesyen Ini Wajib Anda Miliki"