Resepi Masakan Siakap Kukus Tiga Rasa Versi Thai

Siakap Stim 3 Rasa

Resepi Siakap Kukus Tiga Rasa Versi Thai

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dikukus)
  • 100 ml air (jika ikan dikukus)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukupnya

Bahan dicincang halus :

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan dihiris halus :

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 – 5 biji cili padi

Bahan menyediakan sos :

  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos plum (atau sos ikan)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar jus limau nipis/lemon
  • 1 sudu kecil kicap manis

Cara memasak :

  1. Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang disapu dengan sedikit minyak dan air.
  2. Kukuskan sehingga ikan masak.
  3. Sementara itu, di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan cincang sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau dengan sekata.
  5. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
  6. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
  7. Masakan sedia dihidangkan dengan nasi putih.
Loading...

Tags: #cara masak ikan siakap 3 rasa #cara masak Siakap Kukus Tiga Rasa #menu Siakap Kukus Tiga Rasa ala thai #resepi Siakap Kukus Tiga Rasa #Siakap Kukus Tiga Rasa

Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular

Leave a reply "Resepi Masakan Siakap Kukus Tiga Rasa Versi Thai"