Biodata CK Faizal, Host Program HLive!

Biodata CK Faizal, Host Program HLive!

Jika pernah menyaksikan rancangan hiburan Astro iaitu HLive, pasti anda mengenali salah seorang pengacaranya bernama CK Faizal.

Selain HLive!, CK Faizal atau nama lengkapnya Che Kamarul Faizal Che Kamaruddin turut diberikan kepercayaan untuk mengendalikan program seperti Bas Ria, Trek Selebriti dan Spotlight AF Megastar 2017.

Sebelum bergelar pengacara dan wartawan penyiaran, bakat jejaka berusia 34 tahun ini dicungkil menerusi program realiti On Air sekitar 2013.

Meskipun tidak menjuarai program berkenaan, On Air 2013 sedikit sebanyak membuka pintu rezeki buat anak jati Perak ini untuk mencipta nama di arena seni hiburan tempatan.

Jom kita berkenalan dengan pengacara serba boleh ini.

Biodata Ringkas CK Faizal

Nama Penuh: Che Kamarul Faizal Che Kamaruddin
Nama Komersil: CK Faizal
Tarikh Lahir: 9 September 1983
Umur: 34 Tahun (2017)
Asal: Seri Manjung, Perak
Kerjaya: Pengacara, Wartawan Penyiaran Hiburan, Penerbit Rancangan, Penyanyi, Pelakon, Penulis Lirik & Usahawan
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Rancangan TV: HLive!, Spotlight AF Megastar 2017, Bas Ria, Trek Selebriti, Diari AF2016, Terlajak AF, Gala TV, Misi Lawak Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016, Karpet Merah Festival Filem Malaysia (FFM) 25, Lezeez dan banyak lagi.

Lagu/Single: Bujang Duda (berduet dengan iR Radzi).

Drama/Telefilem: Menantu Malam Raya.

Laman Media Sosial CK Faizal

Trivia Menarik Tentang CK Faizal

  • CK Faizal Lover adalah nama kelab peminatnya.
  • Lagu berjudul Bujang Duda berduet bersama iR Radzi adalah percubaan pertama CK Faizal sebagai seorang penyanyi.
  • Selain menyanyi, figura ini turut berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Telefilem bertajuk Menantu Malam Raya adalah lakonan sulungnya.
  • Pernah menjadi pengacara di Peaceyall.FM
  • Merupakan rakan sekerja Hazeman Huzir, Dahlia Syazwan, Donna Muslim, Eleena Sui, Adriana Adnan, dan Yaya Zahir (Host HLive!).
  • Pernah berkhidmat sebagai pramugara MAS satu masa dahulu.
  • Pemegang Diploma Sains dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Turut menjalankan bisnes produk kosmetik dibawah jenama Coomel.
  • Memiliki lebih 50,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik CK Faizal

CK-Faizal-300x300 Biodata CK Faizal, Host Program HLive! foto-CK-Faizal-300x300 Biodata CK Faizal, Host Program HLive! gambar-selfie-CK-Faizal-300x300 Biodata CK Faizal, Host Program HLive! wajah-tampan-CK-Faizal-300x300 Biodata CK Faizal, Host Program HLive!

azlan-150x150 Biodata CK Faizal, Host Program HLive!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #asal ck faizal #Biodata CK Faizal #Che Kamarul Faizal #CK Faizal #CK Faizal Host Bas Ria #CK Faizal Host HLive! #ck faizal instagram #CK Faizal Penyanyi Bujang Duda #ck faizal profile #ck faizal wikipedia #isteri ck faizal #Kenali CK Faizal #Laman Media Sosial CK Faizal #nama penuh ck faizal #nama sebenar ck faizal #program HLive #tarikh lahir ck faizal #Trivia Menarik Tentang CK Faizal

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.