Biodata Ariz Lufias, Dari Dunia Nyanyian Ke Pentas Lakonan

Biodata Ariz Lufias Forteen

Jejaka bernama Ariz Lufias mula dikenali selepas menyertai kumpulan nyanyian popular iaitu Forteen yang turut dianggotai oleh Izzue Islam, One dan Ameer.

Satu demi satu lagu nyanyian kumpulan ini berjaya mencuri perhatian dan mengungguli beberapa carta muzik di stesen-stesen radio tempatan.

Antara lagu-lagu popular kumpulan ini adalah Kita, Berdua Bersatu, Linangan Terakhir, Dekat Tapi Jauh dan banyak lagi.

Sedar atau tidak, Ariz bersama ahli kumpulan Forteen sudah memasuki tahun ketujuh di dalam industri seni suara tanah air.

Anak kelahiran Melaka ini bakal mengeluarkan single solo pertamanya berjudul Pergi tidak lama lagi.

Di samping menyanyi, figura kacak ini turut melebarkan bakatnya di pentas lakonan.

Bermula dengan beberapa watak sampingan, lelaki berkulit cerah ini kini diberikan kepercayaan untuk memegang karakter utama bagi sesebuah drama dan telefilem tanah air.

Jom baca ringkasan biodata dan trivia menarik dengan figura berbintang Gemini ini.

Biodata Ringkas Ariz Lufias

Nama Penuh: Saiful Ridzuan Abdul Hamid
Nama Komersil: Ariz Lufias/Ariz Forteen
Umur: 28 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 10 Jun 1989
Zodiak: Gemini
Asal: Malim, Melaka
Menetap: Kuala Lumpur
Adik Beradik:
Kerjaya: Penyanyi & Pelakon
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Dekat Tapi Jauh, Berdua Bersatu, Linangan Terakhir, Kita, Apa Ini Cinta, Tidak Pernah Berjumpa, Ketika Ini, Seperti Dulu, 10 Jari Aidilfitri, Dikau Saja dan banyak lagi.

Drama/Telefilem: Mencintaimu Mr Photographer, Sein & Luna, Tak Beli Tak Cinta, Vice-Versa dan banyak lagi.

Filem: Minah Moto.

Teater: Bahara Emas, Ombak Rindu…Tiada Penghujung dan Projek Kahwin.

Laman Media Sosial Ariz Lufias

Trivia Menarik Tentang Ariz Lufias

  • Ariz menterbalikan namanya iaitu Saiful kepada Lufias sebagai nama pentasnya.
  • Bakat nyanyiannya dicungkit menerusi platform YouTube.
  • Masih bernaung di bawah label KRU Records bersama kumpulan Forteen sejak 2011.
  • Lufiaslight adalah nama kelab peminatnya.
  • Berjinak-jinak dengan dunia lakonan sejak 2016 selepas membintangi Teater Ombak Rindu…Tiada Penghujung.
  • Pernah dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan dengan pelakon dan penyampai radio Suria.FM, Zulin Aziz.
  • Memuatnaik pelbagai lagu cover popular tempatan dan luar negara di laman media sosialnya seperti Pejamkan Mata (Dayang Nurfaizah), Jampi (Hael Husaini), Menanti Janji (Ronnie Hussien), Mencari Cinta Sejati (Cakra Khan), Perfect (Ed Sheeran) dan banyak lagi.
  • Suka melancong dan bermain permainan video jika ada masa terluang.
  • Mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram dan hampir 70,000 pengikut di Twitter miliknya.

Foto MenarikĀ  Ariz Lufias

wajah-Ariz-Lufias-300x300 Biodata Ariz Lufias, Dari Dunia Nyanyian Ke Pentas Lakonan Ariz-Lufias-300x300 Biodata Ariz Lufias, Dari Dunia Nyanyian Ke Pentas Lakonan Ariz-Lufias-foto-300x300 Biodata Ariz Lufias, Dari Dunia Nyanyian Ke Pentas Lakonan Ariz-Lufias-berbaju-melayu-300x300 Biodata Ariz Lufias, Dari Dunia Nyanyian Ke Pentas Lakonan

azlan-150x150 Biodata Ariz Lufias, Dari Dunia Nyanyian Ke Pentas Lakonan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Ariz Forteen #ariz forteen dan zulin aziz #Ariz Lufias #ariz lufias 2017 #ariz lufias biodata #ariz lufias dan kekasih #ariz lufias dan tunang #Ariz Lufias Forteen #ariz lufias girlfriend #ariz lufias tinggi #ariz lufias umur #Biodata Ariz Lufias #Biodata Ringkas Ariz Lufias #Kenali Ariz Lufiaz #Laman Media Sosial Ariz Lufias #Trivia Menarik Tentang Ariz Lufias

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.