Biodata Shah Iskandar, Aktor Berbakat Kelahiran Singapura

Biodata Shah Iskandar, Aktor Berbakat Kelahiran Singapura

Pemilik nama Shah Iskandar Mahfuz atau lebih dikenali sebagai Shah Iskandar adalah seorang pelakon, pengacara dan model.

Kelibat figura kelahiran Singapura ini mula mendapat perhatian selepas membintangi drama kepolisian popular tempatan iaitu Gerak Khas dan membawa watak sebagai Inspektor Hisyam beberapa tahun lalu.

Bermula dari situ, namanya mula dikenali dan terus mewangi di lapangan seni tanah air sehingga hari ini.

Buah tangan terbaharunya iaitu drama bersiri Dendam Aurora sedang rancak ditayangkan menerusi slot Tiara di Astro Prima 105 setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada 6.00 petang.

Berikut, penulis kongsikan ringkasan biodata dan trivia menarik tentang aktor berbakat besar ini.

Biodata Ringkas Shah Iskandar

Nama Penuh: Shah Iskandar Mahfuz
Nama Komersil: Shah Iskandar
Tarikh Lahir: 1 Mei 1982
Umur: 35 Tahun (2017)
Zodiak: Taurus
Asal: Woodlands, Singapura
Menetap: Malaysia
Adik Beradik:
Kerjaya: Pelakon, Model & Pengacara
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu Singapura
Warganegara: Singapura

Drama/Telefilem: Dendam Aurora, Syurga Tak Sempurna, Surat Buat Maisara, Nora Elena, Biar Aku Jadi Penunggu, Kasih Dari Langit, Cik Cinderella Dan Encik Tengku, Umairah, Sopeah Jin, 13 Tiang Cinta, Plan B, Detik Berputar, Gerak Khas, Si Capik, Nasi Dagang Lembu Korban, Driver MD, Takbur Seorang Isteri, Teduhan Kasih, Jika Itu Takdirku dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Shah Iskandar

Trivia Menarik Tentang Shah Iskandar

  • Seorang yang pendiam tetapi peramah.
  • Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati bernama Siti Sarah Mohd Noor pada 16 Januari 2016.
  • Pernah berkhidmat sebagai seorang guru pendidikan khas.
  • Graduan jurusan perfileman di Politeknik Ngee Ann, Singapura.
  • Pernah menyertai program realiti mencari bakat lakonan iaitu Anugerah Skrin Singapura dimana dinobatkan tempat ketiga menerusi pertandingan tersebut.
  • Pelakon TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 & 2014.
  • Datuk Yusof Haslam merupakan orang yang bertanggungjawab membawa dan memperkenalkan aktor ini di dunia seni hiburan tempatan.
  • Sukakan barangan yang diperbuat daripada kulit.
  • Mempunyai seramai lebih 200,000 pengikut di instagram dan lebih 90,000 pengikut di twitter miliknya.

Foto Menarik  Shah Iskandar

gaya-rambut-Shah-Iskandar-300x300 Biodata Shah Iskandar, Aktor Berbakat Kelahiran Singapura Menarik-Tentang-Shah-Iskandar-300x300 Biodata Shah Iskandar, Aktor Berbakat Kelahiran Singapura Shah-Iskandar-pelakon-300x300 Biodata Shah Iskandar, Aktor Berbakat Kelahiran Singapura wajah-Shah-Iskandar-300x300 Biodata Shah Iskandar, Aktor Berbakat Kelahiran Singapura

azlan-150x150 Biodata Shah Iskandar, Aktor Berbakat Kelahiran Singapura

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Shah Iskandar #Dendam Aurora Astro Prima 105 #Foto Menarik  Shah Iskandar #Kenali Shah Iskandar #Laman Media Sosial Shah Iskandar #Shah Iskandar #Shah Iskandar Aktor Kelahiran Singapura #Shah Iskandar Dendam Aurora #Shah Iskandar Mahfuz #Trivia Menarik Tentang Shah Iskandar

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.