Kisah Usia 40 Hari Dajjal

Kemunculan Dajjah Laknatullah

Beriman kepada hari akhirat adalah rukun Iman yang ke enam. Bahkan beriman kepada adanya hari akhirat tidak cukup dengan hanya mengetahui kewujudan hari kiamat tetapi perlu mengcakup dengan segala kejadian yang berkaitan baik sebelumnya atau setelahnya.

Di antara kejadian-kejadian sebelum kiamat yang wajib kita percaya ialah tanda-tanda kiamat samada telah terjadi atau belum terjadi sebagaimana disebut dalam Al-Quran dan Hadith. Antara kejadian yang akan terjadi ialah dengan timbulnya makhluk yang akan menyebarkan fitnah terbesar di muka bumi ini yang kita sebut dan kita kenali selama ini sebagai Dajjal.

Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa fitnah yang ditimbulkan oleh Dajjal adalah fitnah paling besar sejak kejadian manusia sebagaimana dinyatakan dalam banyak hadith sahih. Sabda Nabi Muhammad s.a.w;

“Hey manusia, sesungguhnya tidak akan ada fitnah yang terjadi di muka bumi sejak Allah menciptakan keturunan Adam yang fitnahnya jauh lebih besar daripada fitnah yang ditimbulkan oleh Dajjal dan sesungguhnya tidaklah Allah mengutuskan seorang nabi pun kecuali nabi itu selalu mengingatkan umatnya dari fitnah Dajal ini dan Aku adalah nabi paling akhir dan kalian adalah umat yang terakhir dan Dajal ini akan keluar di tengah-tengah kalian samada mahu atau tidak mahu.”

Hadith ini mengisyaratkan kepada kita bahawa fitnah yang dtimbulkan oleh Dajjal adalah sehebat-hebat fitnah yang terjadi di muka bumi ini. Oleh kerana itulah, maka Rasullah s.a.w. secara khusus menjelaskan masalah ini dalam banyak hadithnya.

Lalu timbul pertanyaan, apakah Dajjal itu, baik dari segi makna ataupun dari segi kewujudan nyata? Sebab banyak orang yang memahami bahawa Dajjal ini yang dijelaskan dalam hadith ini dengan makna yang simbolik.

Disebutkan bahawa Dajjal ini adalah Yahudi atau disebutkan Dajjal ini adalah Amerika pada zaman sekarang. Seluruh sifat Dajjal ditakrifkan bahawa sebelah matanya cacat, ertinya mereka yang berfikir dunia tanpa akhirat. Oleh yang demikian, kebanyakkan orang mentafsirkan bahawa Dajjal ini adalah Yahudi ataupun Amerika.

Padahal dari keterangan yang ada dari hadith nabi yang sahih tentang Dajjal, mustahil bahawa Dajal ini adalah satu simbolik atau satu simbol. Maka, mustahil bahawa Dajjal ini adalah Amerika, mahupun Yahudi.

Disebutkan juga bahawa Dajjal ini tinggalnya empat puluh (40) hari tinggalnya di alam dunia. Sedangkan Amerika  tinggalnya entah sudah berapa ratus tahun wujudnya. Manakala Yahudi pula telah berapa ribu tahun wujudnya di alam dunia.

Oleh yang demikian, banyak ulama mentakrifkan Dajjal dari banyak aspek termasuk dari aspek makna mahupun aspek sebenar. Adapun dari segi bahasa, Dajjal maknanya ialah al-qarib ertinya berdusta atau kedustaan.

Disebutkan oleh Iman Ibnu Hajar dalam kitab beliau juzuk ke 11 halaman 91. Dajjal mampu menutup kebenaran dengan kebatilan yang dibawa olehnya. Dajjal dalam hadith sering juga diberi gelaran al-massi sebagaimana gelaran yang diberikan kepada nabi Isa a.s. Dajjal disebut al-massi kerana salah satu di antara kedua matanya terhapus. Seseorang yang sebelah wajahnya terhapus atau tidak memiliki sebelah mata.

Berbeza dengan Nabi Isa a.s juga disebutkan sebagai al-massi tetapi dari segi subjek (yang menghapus) kerana beliau mampu menghapuskan penyakit dengan izin Allah s.w.t dan pada Dajjal disebut al-massi iaitu objek yang dihapus.

Sifat fizikal mahupun karektor Dajjal disebut di dalam kitab sahih iaitu Dajal memiliki bentuk yang aneh yang berbeza dari kebanyakkan manusia serta memiliki kelebihan yang tidak dimiliki oleh manusia biasa.

Dari segi fizikalnya, dijelaskan dalam banyak hadith di antaranya Rasullah s.a.w menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah b. Omar r.a diriwayatkan oleh Iman Al-Bukhari dalam kitab sahihnya menyatakan bahawa Rasullah s.a.w pernah melihat Dajal di dalam mimpinya dan mimpi yang dialami oleh Rasullah s.a.w adalah wahyu. Lalu beliau menceritakan keadaan fizikal Dajjal ini.

Kata beliau;

“Dajjal ini adalah seorang lelaki yang pendek, kedua lutut dan pehanya berjauhan, kulitnya berwarna merah, kerinting rambutnya, sebelah matanya cacat dan satu matanya seperti buah anggur yang terbonjol keluar.”

Penjelasan Rasullah s.a.w berkenaan keadaan Dajjal tidak seperti Allah s.w.t yang nyata tidak dapat dilihat menyangkal pengakuan Dajjal yang mengaku dirinya sebagai tuhan. Dajjal memiliki kemampuan luar biasa yang menunjukkan dirinya sebagai tuhan sehingga orang yang tidak mempercayainya akan menjadi percaya.

Kehebatan Dajjal seterusnya ialah, Dajjal mampu melakukan pergerakan yang sangat pantas. Bayangkan dalam tempoh empat puluh (40) hari, Dajjal mampu menakluki seluruh dunia kecuali dua (2) tempat yang dijaga rapi oleh malaikat iaitu di Mekah dan Madinah.

Kata Rasullah s.a.w lagi;

“Tiada tersisa suatu tempat, kecuali telah ditakluki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Tidaklah Dajjal akan mendatangi dua (2) tempat ini walaupun sehelai sisiknya kecuali di sanalah akan ditemui para malaikat yang membawa pedang yang terhunus.”

Di dalam sebuah hadith Imam muslim, Rasullah s.a.w. menyatakan bahawa;

“Ketangkasan pergerakan Dajjal adalah seperti hujan yang ditiup oleh angin amat kencang. Kelebihan Dajjal seterusnya ialah dia mempunyai syurga dan neraka. Syurganya merupakan air yang sangat mengiurkan manakala nerakanya ialah api yang menyala-nyala. Dajjal membawa api dan air di masa manusia tidak memiliki air akibat kemarau yang panjang. Jangankan air sungai yang mengalir deras, setitis air pun tidak mereka miliki pada ketika itu. “

Dalam sebuah hadith Rasullah s.a.w berkata lagi;

“Beberapa saat sebelum munculnya Dajjal, ada tiga (3) tahun masa bencana. Pada masa yang disebutkan ialah pada ketika itu, manusia mengalami kebuluran yang sangat dasyat. Pada tahun pertama Allah s.w.t menyuruh langit supaya menahan 1/3 daripada curahan hujannya dan menyuruh bumi sehingga bumi tidak menumbuhkan 1/3 daripada tumbuh-tumbuhannya.” 

Pada tahun kedua, Allah s.w.t menyuruh langit supaya menahan 2/3 daripada curah hujannya dan menyuruh bumi menahan 2/3 dari tumbuh-tumbuhannya. Manakala pada tahun terakhir, atau saat menjelang kemunculan Dajjal, Allah s.w.t menyuruh langit untuk menahan seluruh curah hujannya dan menyuruh bumi untuk menahan seluruh tumbuh-tumbuhannya. Sehingga tiada lagi air yang menitis walaupun setitis. Tidak akan ada tumbuhan yang tumbuh walaupun sebatang. Pada saat itulah, manusia akan bertanya bagaimana manusia boleh hidup pada zaman seperti itu?

Maka Rasullah s.a.w berkata lagi;

“Tahlil, takbir dan tahmid cukup bagi mereka untuk menggantikan posisi makan.”

Hadith sahih mengambarkan bahawa saat ketika kemunculan Dajjal, manusia mengalami masa kesengsaraan yang sangat hebat. Tidak memiliki air dan makanan. Di saat tersebut, Dajjal muncul dengan membawa air dan api. Yang hanya terlihat ialah air tapi sebenarnya ialah api dan yang terlihat seperti api tapi sebenarnya ialah air yang dingin.

Diceritakan juga pada ketika itu ramai yang menjadi pengikut Dajjal oleh kerana tidak tahan menahan godaan air di saat yang amat sangat kehausan. Maka, sesiapa yang meminum air yang dibawa oleh Dajjal, dia akan menjadi pengikut setia Dajal sampai akhir hayatnya.

Keistimewaan seterusnya yang dimiliki oleh Dajjal ialah dia boleh bekerjasama dengan syaitan untuk menpengaruhi orang sehingga dengan bantuan syaitan, Dajjal ini seolah-olah mampu menghidupkan kembali orang yang telah mati. Lalu orang yang dihidupkan kembali itu mempengaruhi orang lain untuk beriman kepada Dajjal. Padahal orang yang dibangkitkan kembali itu sebenarnya adalah syaitan dari kalangan jin yang menyerupai orang yang sudah mati.

Dalam satu hadith disebutkan juga, Rasullah s.a.w berkata;

“Sesungguhnya di antara fitnah Dajjal adalah dia akan berbicara dengan seorang arab.”

Lalu Dajjal mengatakan;

“Bagaimana pendapatmu kalau aku mampu membangkitkan kembali ibumu dan bapamu yang sudah mati? Apakah kamu akan bersaksi bahawa aku ini adalah tuhanmu?”

Orang ini kemudiannya menjawab;

“Ya, saya akan bersaksi bahawa kamu adalah tuhan.”

Lalu menjelmalah syaitan dalam bentuk bapa dan ibu orang tadi. Kemudian, bapa dan ibu yang jelmaan syaitan tadi berkata kepada orang tersebut;

“Wahai anakku, ikutilah dia, ikutlah Dajjal ini kerana sesungguhnya dialah tuhanmu. “

Dengan cara seperti itulah, ramai manusia yang beriman kepada mengakui ketuhanan Dajjal. Kehebatan seterusnya Dajjal ialah dia boleh memerintahkan haiwan dan benda-benda mati supaya mentaati perintah Dajjal. Sebagaimana diceritakan dalam sebuah hadith.

Kata Rasullah s.a.w.;

“Dajjal akan mendatangi suatu kaum, kemudian mereka mengikuti Dajal. Lalu Dajal memerintahkan langit supaya menurunkan hujan bagi mereka. Dajal juga menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Dajjal juga mampu menyuruh angin untuk bertiup dan sebagainya.”

Ini memperkukuhkan lagi kepercayaan Dajjal bahawa dirinya adalah tuhan. Maka, ramai yang menjadi pengikut Dajal oleh kerana kelebihan tersebut. Kelebihan Dajah seterusnya ialah dia mampu membunuh seorang pemuda. Setelah itu, pemuda itu dihidupkannya kembali.

Disebutkan juga dalam hadith ketika Dajjal terhalang dari memasuki Mekah dan Madinah. Lalu dia berhenti di sebuah tempat yang dekat dengan Madinah. Pada ketika itu, keluarkan seorang pemuda yang terbaik pada zaman tersebut.

Lalu pemuda itu berkata ;

“Aku bersumpah sesungguhnya engkaulah Dajal yang diceritakan oleh Rasullah s.a.w dalam hadithnya. Maka, pemuda ini tahu bahawa dia itu adalah Dajal. Lantas mengikari dengan hebat”

Lalu Dajjal berkata kepada pengikutnya dan kepada orang yang berada pada tempat tersebut;

“Bagaimanakah kalian kalau pemuda ini aku bunuh, kemudian aku hidupkan kembali. Adakah kalian akan ragu berkenaan hal ini? Adakah kalian ragu akan ketuhananku?”

Mereka semua menjawab;

“Tidakkk!”

Kemudian, dibunuhnya pemuda ini oleh Dajjal. Setelah itu dihidupkan kembali. Setelah itu, apa kata pemuda ini? Pemuda ini berkata;

“Demi Allah, sesungguhnya aku lebih yakin bahawa engkau ini Dajjal. Aku lebih yakin pada dirimu pada hari ini. Tidak ada lagi orang yang lebih yakin daripada aku bahawa diri engkau adalah Dajjal”.

Jadi dengan ini, setelah dihidupkan kembali, pemuda ini bukanlah percaya kepada Dajjal malah lebih mengingkari Dajal dan mempengaruhi orang lain supaya tidak beriman kepada Dajjal. Lalu Dajjal ingin membunuh pemuda ini buat kedua kalinya tetapi dia tidak mampu. Dalam hadith lain, Rasullah s.a.w menceritakan bahawa pemuda ini dibunuh dengan cara digergaji sehingga tubuhnya terbelah dua. Kemudian Dajjal berjalan di antara kedua belah tubuh pemuda itu lalu berkata;

“Bangkit lagilah kamu!”

Lantas tubuh yang berbahagi dua itu bercantum kembali dan bangkit lagi. Setelah bangkit, pemuda itu berkata lagi;

“Aku tidak bertambah apapun berkenaan dirimu malah bertambah yakin bahawa engkaulah Dajjal”.

Kemudian Dajjal ingin menyembelihnya untuk kedua kali. Akan tetapi dia tidak mampu melakukannya. Akhirnya dia mengambil tubuh pemuda itu dan dilemparkannya ke dalam api. Orang yang melihat peristiwa itu menyangka bahawa pemuda itu telah dihumban ke neraka. Padahal sebenarnya pemuda itu dilemparkan ke syurga. Dikatakan juga oleh Rasullah s.a.w bahawa pemuda itu dikurniakan syahid yang paling agung disisi Allah s.w.t.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan keistimewaan Dajjah yang boleh menyebabkan orang percaya dan menjadi pengikutnya. Oleh yang demikian, kita semua mengetahui bahawa Dajal bukanlah lawan kepada manusia biasa. Dajal tidak mungkin dapat dibunuh oleh manusia biasa tetapi yang mampu mengalahkan Dajjal pasti seseorang yang luar biasa yang diutuskan oleh Allah s.w.t.

Satu-satunya yang boleh membunuh Dajjal adalah seorang nabi yang pernah hidup, turun ke muka bumi dan belum meninggal sehingga sekarang dan menunggu suatu saat untuk turun lagi dan salah satu misinya adalah membunuh Dajjal. Dia ialah nabi Allah Isa a.s sebagimana terungkap di dalam banyak ayat dan hadith bahawa nabi Isa a.s belum meninggal sampai sekarang.

Tentang belum meninggal dan terbunuhnya nabi Isa a.s dijelaskan dalam beberapa ayat. Diantaranya, Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 157 – 158.

Firman Allah s.w.t ;

“Mereka tidak membunuhnya mahupun menyalibnya akan tetapi yang mereka bunuh dan salib itu adalah orang yang diserupakan dengan nabi Isa a.s. Dan sesungguhnya orang-orang yang bersengketa dan berbeza pendapat berkenaan nabi Isa a.s, mereka pun berada dalam keraguan tentang hal itu. Mereka tidak memiliki ilmu kecuali hanya sekadar mengikuti sangkaan dan mereka tidak membunuhnya secara menyakinkan bahkan Allah s.w.t mengangkatnya nabi Isa a.s ke arah diriNya.”

Manakala dalam Surah An-Nisa’ ayat 159;

“Dan takkan ada satu pun ahli kitab kecuali pasti akan beriman kepada nabi Isa a.s. Beriman bahawa beliau itu nabi dan bukan anak Allah sebelum beliau mati. Sebelum nabi Isa a.s mati, seluruh ahli kitab akan beriman kepada beliau, beriman sebagai nabi dan bukan sebagai anak Allah s.w.t.”

Sekarang kita lihat, adakah semua ahli kitab beriman kepada nabi Isa a.s? Tidak sama sekali. Seluruh ahli kitab tidak beriman kepada nabi Isa a.s bahkan masih menyakini bahawa beliau adalah anak Allah s.w.t dan itu merupakan intisari agama mereka. Padahal ayat ini menyatakan bahawa tidak ada seorang pun ahli kitab kecuali dia akan beriman kepada nabi Isa a.s sebelum beliau mati.

Kalau nabi Isa a.s sekarang dianggap sudah mati, seluruh ahli kitab tidak beriman kepada beliau. Ini menunjukkan bahawa beliau belum mati tetapi diangkatkan oleh Allah s.w.t ke langit dan suatu saat akan diturunkan kembali dan salah satu misinya ialah untuk membunuh Dajal.

Cerita tentang turunnya nabi Isa a.s dijelaskan dalam banyak hadith diantaranya Rasullah s.a.w berkata;

“Bahawa nabi Isa a.s akan diturun di atas menara putih di sebelah timur Damasqus”

Bahkan hadith sahih meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w bersabda;

“Sesungguhnya antara aku dan Isa a.s, tidak ada lagi nabi. Dan sesungguhnya dia akan turun. Dan apabila kamu melihatnya maka, kenalilah dia.”

Ini semuanya menunjukan bahawa nabi Isa a.s akan turun di suatu saat. Tetapi bilakah turunnya nabi Isa a.s? Nabi Isa a.s akan turun pada waktu kaum muslimin yang dipimpin oleh imam mereka yang dikenali sebagai Imam Mahdi di waktu kaum muslimin berkumpul di Madinah untuk menunaikan solat subuh serta mempersiapkan diri mereka untuk berperang melawan pasukan Dajjal. Maka, pada saat itulah Nabi Isa b. Maryam turun dan bersolat bersama-sama kaum muslimin yang diimamkan oleh Imam Mahdi tersebut.

Selesai solat, lalu nabi Isa a.s mengarahkan supaya pintu gerbang Madinah dibuka dan di sebalik pintu itu muncullah Dajjal yang disertai oleh 70 ribu orang-orang yahudi yang semua sudah memegang pedang masing-masing.

Ketika Dajjal melihat nabi Isa a.s, maka melelehlah tubuhnya seperti melelehnya garam di air lalu dia melarikan diri. Kemudian, Nabi Isa a.s mengejar Dajjal dan akhirnya sampai di sebuah tempat yang dinamakan Babulut yang terletak di timur Palestin. Lalu di sanalah Dajjal dibunuh oleh nabi Isa a.s. Maka Allah s.w.t memenangkan kaum muslimin dan mengalahkan yahudi.

Loading...

Tags: #al-masih #Asal Usul Dajjal #asal usul dajjal menurut al quran #cerita tentang dajjal #ciri-ciri fizikal dajal #dajal al massi #dajal al qarib #dajjal turun ke bumi #gambar dajjal pada hari kiamat #keadaan fizikal dajal #kisah 40 hari dajal #kisah dajjal akan muncul #kisah dajjal semasa kecil #kisah kehebatan dajal laknatullah #kisah yakjuj makjuj #kota babulut palestin #peperangan akhir zaman #peperangan menentang musuh dajal #peperangan nabi Isa menentang dajal #siapakah dajal akhir zaman #siapakah dajjal sebenarnya

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Kisah Usia 40 Hari Dajjal"