Kelengkapan Sebelum Kelahiran Bayi

Baby

Sungguh tak sabar dan sangat excited untuk menerima cahaya mata ni! Itu sahaja yang dapat diungkapkan oleh bakal ibubapa yang akan menimang anak sulung pertama. Anak yang kedua dan seterusnya biasanya tak rasa sangat teruja dengan memperolehi anak yang pertama. Yup! Berdebar sungguh untuk melihat zuriat sendiri. Perwatakan dia macam mana dan macam-macam lah bermain di dalam minda. Sungguh indah sebenarnya sebuah kelahiran ini. Apa yang pasti, kelahiran ini akan disertakan dengan rezeki yang mencurah-curah dari Allah s.w.t.

Fokus untuk mendapatkan kelengkapan baby adalah menumpukan perkara perbelanjaan “value for money”. Kadangkala barangan yang harganya agak berpatutan juga berkualiti melainkan sudah tiada pilihan barangan yang berkualiti. Harus diingatkan bahawa makanan untuk baby adalah PERCUMA iaitu susu ibu sahaja.

Berikut adalah senarai barang yang amat diperlukan oleh seorang bayi yang baru lahir :

1.    Baju Lengan Panjang 100% cotton (6 pasang)
2.    Baju Lengan Pendek 100% cotton (6 pasang)
3.    Singlet Bayi 100 % cotton (4 pasang)
4.    Seluar Panjang Berstokin (6 pasang)
5.    Seluar Panjang Tanpa Stokin (4 pasang)
6.    Seluar Pendek (4 pasang)
7.    Selimut Bertopi (1 unit)
8.    Selimut Tanpa Topi (2 unit)
9.    Barut Perut Baby (6)
10.  Kain Lampin (1 set / 10@12 unit)
11.  Topi Bayi (1)
12.  Sarung Kaki & Tangan (5 pasang)
13.  Stokin Lawa Untuk Berjalan-jalan (2)
14.  Tuala Mandi Bayi (2)
15.  Lapik Plastik Untuk Menukar Baju/Diapers (Plastic Changing Mat 1 unit)
16.  Minyak Yu Yee Cap Limau – disapu pada perut bayi lepas mandi dan mengelakkan kembung perut
17.  Botol Susu kecil Berus Botol – Lebih untung jika beli yang set dan cari yang BPA-Free
18.  Susu Formula Bayi Baru Lahir (Jika bayi sukar minum Susu Ibu) – Pek kecil untuk testing dulu
19.  Breast Pump (Kepada Ibu yang bekerjaya)
20.  Bag bayi (Optional sahaja)
21.  Diapers / Jenis Lampin Pakai Buang Saiz NEWBORN atau XS (1@2 pack dulu takut alergic)
22.  Baby Wet Wipes Pek Besar dan kecil
23.  Bedak Bayi, Shampoo mandi, baby oil (beli set kecil tengok keserasian dulu)
24.  Besen Mandian Bayi
25.  Putik Kapas untuk mencuci kotoran di pusat bayi
26.  Set bantal bayi dan tilam
27.  Set Buai Bayi (Baby mudah lena dalam benda ni)
28.  Bekas Air Thermos
29.  Set Katil Bayi (Optional sahaja)
30.  Kelambu baby

Barang berjenama tidak terkenal, tidak semestinya tak bagus. Tak perlu nak keluarkan duit yang banyak untuk menyambut kelahiran bayi, sedangkan barangan dengan kualiti yang sama boleh diperolehi dengan harga murah. Contohnya seperti botol susu, terdapat botol susu yang harganya hampir RM100.00 sebiji, dan selling point adalah seperti BPA-free dan sebagainya.

Botol susu murah pun ada yang BPA-free. Sama seperti barangan berjenama lain, jenama mahal dan harga mahal bukanlah vital sekiranya kita mahu memberikan anak yang terbaik. Botol yang mahal pun perlu ditukar mengikut kadar yang disarankan. Kecuali mungkin botol kaca tak perlu ditukar-tukar dengan kerap kerana kaca tak seperti plastik. Ia lebih tahan dari plastik.

Kesimpulannya berbalik kepada kemampuan masing-masing dan belilah barangan yang “value for money” dengan wang yang kita belanjakan. Rasanya, lebihan perbelanjaan tersebut boleh disalurkan kepada perkara-perkara yang lebih penting nanti. Sebenarnya banyak benda yang perlu disenaraikan untuk menyambut kelahiran bayi ni, bukan sekadar barangan dia yang dia pun tak kisah kalau tak ada.

Antara perkara yang perlukan persediaan ialah :

a) Bersalin dan di dalam pantang.
b) Kenduri akikah atau cukur jambul.
c) Kecemasan misalnya anak sakit, atau ibu yang sakit.
d) Simpanan masa depan anak.
e) Perkara-perkara yang mungkin akan berlaku diluar jangkaan.

Apapun, yang pasti, kita kena berjimat cermat di waktu kita terlalu excited untuk menyambut kelahiran baby terutama bagi anak sulung. Bagi yang seterusnya, berbaloi dengan hanya menggunakan segala kelengkapan milik abangnya yang tidak digunakan lagi. Ia pasti dapat menjimatkan sedikit wang. Barangan seperti pakaian pula hanya perlu dibeli sekadar pelengkap kerana keadaan baby yang cepat membesar menyebabkan pakaian cepat menjadi sendat. Oleh itu, dahulukan perkara yang utama apabila berbelanja. Ok la itu sahaja entri untuk kelahiran baby.

Loading...

Tags: #beli barang kelngkapan bayi #kelengkapan bayi lahir #list barang baby #list barang untuk bayi pertama #senarai kelengkapan sambut baby #senarai panjang kelengkapan anak sulung

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Kelengkapan Sebelum Kelahiran Bayi"