Ketahui 4 Rahsia Kecantikan Selebriti Nur Fazura

Rahsia Cantik Fazura

Nur Fazura, satu nama yang tidak asing lagi di lapangan seni hiburan tanah air.

Figura cantik jelita ini sentiasa menjadi buruan pengarah dan penerbit tempatan untuk menjayakan sesuatu projek seni termasuklah drama, telemovie ataupun iklan komersil.

Seperti selebriti lain, aktres serba boleh ini turut mementingkan penjagaan diri terutamanya tentang penampilan dan kesihatannya.

Dipetik dari portal Sinar Harian, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini tidak lokek berkongsi petua kecantikan yang diamalnya sejak bergelar anak seni. Let’s find out!

1. Menitikberat penjagaan wajah

“Saya juga seperti orang lain yang menitikberatkan penjagaan wajah. Biasanya saya mengamalkan makan jamu dan lebihkan sayur-sayuran. Ini penting untuk memastikan kulit sentuasa anjal dan terhindar dari masalah kedutan,” katanya.

2. Amalkan minum teh hijau

“Teh hijau atau green tea merupakan minuman yang terbaik untuk mengekalkan tubuh badan saya selama ini. Biasanya saya akan minum sebelum sarapan. Malah, saya juga akan meminum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari selain minum jus epal,” jelasnya.

3. Ikuti kelas pilates

“Saya sebenarnya mengikuti kelas pilates sebanyak tiga kali seminggu sejak beberapa tahun lalu. Bagi saya, senaman ini sangat bagus kesihatan di samping cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan,” katanya.

4. Lulur tubuh badan dan tidak ambil air sejuk

“Saya sering melakukan lulur dan tidak minum minuman yang sejuk. Ini bagi mendapatkan kulit badan yang cantik dan sihat,” jelasnya.

 

Artis Jelita Nur Fazura Gaya Rambut Nur Fazura Laman Sosial Nur Fazura Nur Fazura Cantik Nur Fazura Kekal Cantik Hingga Kini Nur Fazura Terkini Wajah Cantik Nur FazuraFazura Bertudung

Carian Berkaitan

rahsia cantik fazura, petua cantik fazura, rahsia kcantikan muka fazura, tips cantik fazura

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cantik Macam Nur Fazura #gambar nur fazura #gambar nur fazura bertudung #gaya hidup nur fazura #macam mana nak cantik macam fazura #Petua Cantik Nur Fazura #Rahsia Kecantikan Nur Fazura

Cara Membina Kolam Hiasan Di Laman Rumah, Simple & Cantik!
Membina sebuah kolam hiasan sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Cara Membuat Media Tanaman Ringkas Untuk Tanaman
Media tanaman adalah salah satu komponen penting dalam bidang pertanian. Media tanaman digunakan
Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!
Apakah baja NPK? Sistem pemberian huruf dan nombor ini telah diperkenalkan oleh Justus
Cara Mengenali Karakter Seseorang Melalui Gaya Berjalan!
Banyak cara yang dapat dilakukan untuk membaca karakter seseorang. Salah satunya adalah melihat

Comments are closed.