Ketahui Khasiat Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Disebalik Warnanya!

Khasiat Buah Buahan Mengikut Warna,

Selain mengamalkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti senaman secara konsisten, kita semua turut digalakkan untuk memakan buah-buah dan sayur-sayuran setiap hari mengikut keperluan diri masing-masing.

Namun begitu, tidak semua orang yang menggemari buah-buahan dan sayur-sayuran lebih-lebih lagi buat kanak-kanak yang sedang membesar.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pelengkap makanan harian menjadikan tubuh badan kita semakin sihat dan produktif sepanjang masa.

Untuk pengetahuan para pembaca, setiap buah-buahan dan sayur-sayuaran yang dimakan anda mempunyai khasiat berbeza-beza dan tersendiri berdasarkan warnanya.

Daripada sekadar makan sahaja, jom semak artikel di bawah untuk mengetahui khasiat sebenar buah-buahan dan sayuran-sayuran disebalik warnanya. Take a loook!

1. Merah

Raspberry

Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna merah kaya dengan vitamin C, flavanoid dan resveratrol. Kalau nak tahu, warna merah ini dihasilkan oleh zat yang dikenali sebagai likopen iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas serta aktif membantu mencegah kerosakan sel penyebab kanser seperti rahim, prostat dan mulut. Bukan itu sahaja, kandungan antioksidanya turut berperanan dalam menurunkan kadar kolestrol dan hati.

2. Hijau

Green Apple

Tahukah anda, warna hijau yang terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran seperi kiwi, timun, epal hijau dan kangkung terhasil daripada klorofil yang banyak memberikan manfaat kesihatan kepada manusia. Tidak hanya membantu proses penbentukan sel darah merah, klorofil juga mujarab dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka. Paling penting, ianya dapat melancarkan proses penyahtoksin dalam tubuh badan anda. Selain klorofin, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna hijau turut mengandungi khasiat indoles, saponi serta karotenoid yang boleh mencegah penyakit berbahaya seperti kanser.

3. Biru/Ungu

Burberry

Pigmen antosianin yang terdapat pada beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran seperi anggur, blueberry, terung dan plum menghasilkan warna biru dan ungu. Semakin gelap warna buah atau sayur berkenaan, semakin banyak kandungan pigmen antosianin di dalamnya. Pigmen berkenaan mempunyai khasiat antioksidan dimana mampu mengatasi penyakit kardiovaskular atau penyakit yang berkaitan dengan jantung dan pembuluh darah. Tambahan lagi, kandungan asam ellgaic dan flavonoid dipercayai dapat menghapuskan sel kanser. Buat yang seringkali lupa atau tidak mengingati sesuatu, anda disyorkan memperbanyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna biru serta ungu ini.

4. Kuning/Jingga

Lot Of Carrots

Mesti anda pernah mendengari tentang lobak sangat bagus dalam menjaga kesihatan mata. Ianya disebabkan oleh beta-karoten yang terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning serta jingga yang boleh berubah menjadi vitamin A pada manusia. Vitamin ‘luar biasa’ ini tidak hanya untuk meningkatkan penglihatan sahaja bahkan sangat bermanfaat kepada tulang, gigi mahupun kulit kita semua. Bukan sahaja mengandungi vitamin A, buah dan sayur berwarna biru dan ungu ini memiliki khasiat lain seperti vitamin B Kompleks yang dikenali folat yang menjalankan tugas untuk mencegah berlakunya kecacatan janin pada ibu mengandung.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Kelebihan Buah Mengikut warna #Khasiat buah ikut warna #Khasiat Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Disebalik Warna #khasiat buah-buahan mengikut warna #Khasiat Sebenar Buah-Buahan & Sayur-Sayuran. #Khasiat Setiap Warna Pada Buah #Rahasia Dibalik Warna Buah Buahan #Rahsia Disebalik Warna Buah #Setiap Warna Buah Ada Khasiat Yang Berbeza

13 Penyakit Ini Bakal Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stres Dan Tekanan Emosi
Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat terhindar daripada masalah dan ujian.
Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya
Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan
Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Benarkah Kulit Bawang Mempunyai Manfaat Kesihatan?
Seringkali kita terbaca tentang kegunaan kulit bawang yang pelbagai. Bukan sahaja digunakan sebagai

Comments are closed.