Resipi Nasi Beriani Gam Johor

Resipi Nasi Beriani Gam Johor

Bahan-bahan untuk nasi :

  • 5 cawan beras basmathi/beras panjang
  • 1 cawan minyak sapi
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 1 inci kayu manis
  • 5 bunga lawang
  • 1 sudu teh jintan manis
  • setengah sudu teh saffron
  • 6 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 10 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 1 inci halia (hiris halus)
  • 5 sudu makan rempah beriyani (pes)
  • Segenggam biji gajus
  • Segenggam kismis
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara memasak nasi:

  1. Pijarkan minyak sapi.
  2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis hingga berbau harum.
  3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau.
  4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata.
  5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata.
  6. Masukkan saffron, gula dan garam. Kacau rata.
  7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak.

Bahan-bahan untuk lauk :

  • 1 kilo daging batang pinang (potong dalam anggaran 6cm × 6cm x 5cm)
  • 5 biji kentang (belah dua)
  • 8 biji telur rebus keras
  • Setengah cawan minyak sapi
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 1 inci kayu manis
  • 5 bunga lawang
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 2 biji bawang besar (bawang Holland) (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
  • Segenggam biji gajus
  • Segenggam kismis
  • Air
  • Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yogurt
  • Garam secukup rasa
  • 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara memasak lauk :

  1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis dan sebagainya) hingga naik bau.
  2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
  3. Masukkan daging, kentang dan air (paras air 1 inci atas paras daging dan kentang). Didihkan.
  4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan bahan bahan lain dan 3 hingga 4 cawan air lagi. Kacau rata.

Peralatan :

  • Alat kukusan
  • Kain muslin, untuk mengalas kukusan
  • Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
  • Kanji/perekat (masak tepung kanji)

Cara- cara :

  1. Masukkan lauk yang separa masak ke dalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita masukkan air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata.
  2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 lapis).
  3. Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan.
  4. Tutupkan pengukus. Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk.
  5. Celupkan kain kapas dengan kanji.
  6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap.
  7. Letak atas api yang perlahan.
  8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam.
  9. Buka lilitan dan buka penutup pengukus.
  10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak.
  11. Jika nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan. Tambah air untuk lauk jika perlu.

Cadangan Hidangan :

  1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan.
  2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut.
  3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut.
  4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
  5. Kuah beriyani tadi dihidangkan berasingan
  6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

Info :

Memasak nasi beriani gam ini perlu dicuba beberapa kali untuk dapatkan kepekatan kuah yang tepat. Kalau pertama kali mencuba resepi ini, anda perlu selalu memeriksa lauknya. Jika agak kering, tambahkan air, gaulkan rata dan sambung proses mengukus.

Carian Berkaitan

resepi kuah beriani ayam
Loading...

Tags: #aneka resepi nasi #beriani #beriani gam #biryani gam #masakan melayu #nasi beriani gam johor bahru #resepi masakan nasi #resepi nasi #Resepi nasi beriani #resepi nasi beriani gam #resepi nasi beriani gam asli #resepi nasi beriani gam Johor #resepi nasi beriani gam original

10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular
Resipi Nasi Khoumok (Khao Mok Gai)
Bahan-bahan rempah khoumok : 2 sudu besar rempah kari 1 sudu besar serbuk
Resipi Nasi Ayam Hainan
Cara penyediaan stok ayam : Rebus tulang ayam untuk dapatkan stok. Lebihan stok

Comments are closed.