Petua Sebelum Turun Memancing Di Laut


Lautan adalah sangat bahaya dan bukanlah tempat tinggal kita. Lautan juga dihuni oleh pelbagai makhluk syaitan dan iblis.

Bak kata orang, kalau belum cukup ilmu di dada jangan bercakap besar mahupun bersuka ria tanpa beringat-ingat. Oleh itu, harus diingatkan berada di lautan adalah sama seperti berada di tengah hutan.

Ada pantang larangnya juga. Walaupun demikian, bersama-sama ini dikongsikan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh kaki pancing sebelum keluar ke laut. Petua ini sering diamalkan oleh nelayan sampan. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua.

  • Bacalah Bismillah dengan niat yang betul.
  • Bacalah surah Al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w. dengan ikhlas.
  • Nabi Allah Khaidir dianugerahkan Allah s.w.t menjadi seorang yang bijak pandai di alam lautan. Oleh yang demikian, bacalah surat Al-Fatihah kepada Nabi Khaidir a.s dengan niat meminta izin. Kemudian melafazkan salam sebanyak 3 kali kepada Nabi Khaidir a.s apabila bot mula keluar dari kuala. (Assalamualaika ya nabiyul khadir warohmatullahiwabarakatuh)
  • Bacalah surah Al-Fatihah kepada Nabi Sulaiman a.s dengan niat dipermudahkan urusan dengan haiwan-haiwan di darat mahupun di laut.

Kalau diamalkan dengan cara begini insyallah hati kita akan aman dan tenang setiap kali berada di sungai atau laut dan sebagainya. Bersyukurlah dengan apa sahaja rezeki yang dilimpahi kepada kita.

Kalau dapat hasil lumayan jangan lupa bersedekahlah kepada kawan-kawan dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah urusan lainnya akan mudah, rezeki akan melimpah serta berkat dan hasil pancing yang lumayan.

logo-150x150 Petua Sebelum Turun Memancing Di Laut

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Petua Sebelum Turun Memancing Di Laut

Loading...

Tags: #amalan hasil lumayan memancing #amalan murah rezeki memancing #amalan sebelum keluar memancing #amalan untuk selamat pergi memancing #mancing laut dalam #pancing ikan besar di malaysia #pancing ikan laut dalam #pancing laut #petua bawa bot ke laut #petua gi mancing #petua keluar ke laut #petua mancing #petua memancing dilaut

Adakah Kita Akan Kehilangan Hasil Laut Di Masa Hadapan?
Walaupun produk marin secara teknikalnya tidak “lengkap” seperti sumber fosil, penangkapan ikan yang
Penyakit Ikan Marin, Tahap Jangkitan & Punca Kematian
Tahap jangkitan penyakit ikan marin Akut Kadar kematian yang tinggi, bilangan ikan yang
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3

Leave a reply "Petua Sebelum Turun Memancing Di Laut"