Kenali 7 Tanda Ini Sekiranya Bekas Kekasih Masih Cintakan Anda!

7 Tanda Ini Sekiranya Bekas Kekasih Masih Cintakan Anda!

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai perasaan ingin dicintai dan mencintai antara satu sama lain.

Namun begitu, tidak semua bernasib baik dalam cinta meskipun sudah lama menjalinkan hubungan.

Biarpun sudah putus, kadang-kala anda terasa rindu terhadapnya. Begitu juga dengan si dia yang diam-diam merindui dan masih menyimpan perasaan cinta terhadap anda.

Selepas lama membawa haluan masing-masing, mantan kekasih muncul kembali dan mula mendekati diri anda.

Persoalannya, adakan si dia masih lagi mencintai anda atau sekadar ingin berkawan semata-mata. Jika ragu-ragu, kenali 7 tanda ini sekiranya bekas kekasih masih mencintai diri anda. Take a look!

1. Seringkali Telefon Atau Kirim Mesej

Pernahkan anda mengalami situasi dimana tiba-tiba menerima kiriman mesej seperti SMS atau panggilan telefon daripada bekas kekasih dengan alasan tersalah hantar atau tersilap mendial nombor telefon anda. Sekiranya hal ini berlaku berkali-kali, boleh jadi si dia masih merindui dan mengharapkan untuk menjalinkan hubungan dengan anda kembali.

2. Perhatikan Bahasa Tubuhnya

Apabila anda secara tidak sengaja bertemu dengan mantan kekasih, sila perhatikan bahasa tubuhnya ketika si dia dekat dengan anda. Lihat bagaimana caranya melayan dan berbicara dengan anda. Jika si dia kelihatan berusaha menarik perhatian dan mempamerkan kasih sayangnya, ternyata bekas kekasih masih mempunyai perasaan cinta terhadap anda.

3. Mengimbas Memori Silam Bersama

Bekas kekasih yang masih mencintai anda akan cuba untuk mengimbas kembali memori silam ketika bersamanya. Apabila berbicara, pastinya si dia akan merujuk kepada peristiwa lama dengan anda. Memori-memori ini sedikit sebanyak menunjukkannya ingin membina semula hubungan dengan anda seperti sebelum ini.

4. Mengetahui Segala Aktiviti Harian Anda

Sekiranya bekas kekasih mengetahui segala tentang rutin kehidupan sebelum diberitahu oleh anda, pastinya si dia mengikuti semua aktiviti di laman media sosial anda atau meminta informasi daripada kawan-kawan atau ahli keluarga. Kalau nak tahu, hanya bekas kekasih yang mencintai buah hatinya sanggup menyelidiki segala-galanya mengenai diri anda.

5. Mengubah Sikap Buruknya

Terdapat pelbagai sebab kenapa sesebuah perhubungan antara kekasih putus di tengah jalan. Salah satunnya si dia mempunyai sikap buruk seperti cemburu buta atau masih berperangai kebudak-budakan. Jika bekas kekasih mahu kembali, maka si dia akan memberitahu anda tentang perubahan sikap tetdahulunya. Dengan perubahan yang lebih baik sudah tentu mantan kekasih berharap agar anda kembali ke pangkuannya.

6. Melakukan Perkara Yang Tidak Disengajakan

Demi meraih cinta anda, si dia akan melakukan apa sahaja terutamanya membuat perkaraja sengaja tidak disengajakan di mata anda. Sebagai contoh, datang ke restoran kesukaan anda meskipun si dia tidak menyukai makanan di sana sebelum ini.

7. Cepat Respon Di Laman Media Sosial Anda

Siapakah yang paling cepat respon dan sentiasa memberi ‘like’, ‘retweet’ atau ‘comment’ di laman media sosial anda? Sekiranya jawapan yang paling banyak disandang oleh bekas kekasih, hal ini menunjukkan bahawa mantan kekasih merindui anda sehingga tidak mahu melepaskan detik penting di laman media sosial milik anda.

Carian Berkaitan

tanda bekas kekasih ingin kembali, tanda bekas kekasih rindu, tanda bekas bf masih cinta, keluarga bekas kekasih masih menyukai anda, sebab kekasih lama ingin kembali

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Bertemu Kekasih Lama #Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama #cinta #Dikejar cinta lama #Ketahui Tanda-Tanda Mantan Kekasih Masih Cintakan Anda #masalah cinta #tanda kekasih lama masih cintakan anda #Tanda Masih Rindu Pada Bekas Kekasih #Tanda-Tanda Bekas Kekasih Masih Cintakan Anda

10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
GST Dan SST, Apa Bezanya? Ini Fakta Patut Anda Tahu!
Selepas kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU)
Cara Menggunakan Aplikasi Grab Malaysia. Perjalanan Anda Lebih Mudah & Lancar!
Ingin ke mana-mana tanpa kenderaan sendiri atau pengangkutan awam? Kini, semuanya mudah dan
Cara Membuat Aduan Jika Ditipu Peniaga. Sebagai Pengguna, Anda Perlu Tahu!
Apa yang berlaku jika anda mendapati barang yang anda beli mengalami kerosakan dan

Comments are closed.