14 Cara Menghilangkan Parut Jerawat Tanpa Kesan Sampingan!

14 Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan!

Jerawat merupakan musuh utama untuk wajah. Pasti sahaja anda akan rasa tertekan jika wajah dipenuhi jerawat, lebih-lebih lagi jika jerawat itu meninggalkan parut dan bekas berlubang pada wajah. Perkara ini sedikit sebanyak akan membuatkan anda hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.

Namun, usah khuatir kerana terdapat banyak cara dan petua yang boleh anda cuba untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah. Berikut adalah beberapa cara dan petua yang boleh anda amalkan.

  1. Lemon

Lemon mempunyai kandungan yang boleh mencerahkan tona kulit, membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah lebih elastik. Lemon adalah asid alfa hidroksil semula jadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat. Caranya adalah dengan memerah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau kulit anda tidak sensitif, anda tidak perlu cairkannya. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

  1. Lidah Buaya

Lidah buaya kaya dengan vitamin semula jadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur.. Kajian saintifik membuktikan bahawa lidah buaya mempunyai bahan yang dapat mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu. Patahkan atau potong daun lidah buaya, sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke parut jerawat. Biarkan lendir itu kering sendiri dan meresap ke dalam kulit. Biarkan lendir atau gel semula jadi itu selama setengah jam, anda boleh mencuci wajah dengan air suam sehingga bersih.

  1. Madu

Madu sememangnya terkenal sebagai pelembap semula jadi yang memberi banyak manfaat dalam bidang kecantikan. Selain membantu mengurangkan parut jerawat, ia juga boleh menjadikan wajah tampak lebih bersinar dan cerah. Untuk mengurangkan parut jerawat, sapu madu asli pada bahagian parut jerawat di wajah anda. Urut wajah secara lembut dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air bersih.

  1. Baking Soda

Baking soda tau nama lainnya natrium bikarbonat selain digunakan dalam masakan juga dapat menghilangkan parut jerawat. Baking soda ini menyerap masuk ke dalam kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik. Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, pastikan tidak terlalu cair. Lumurkan campuran ini ke muka anda. Pastikan anda mencuci muka menggunakan moisturizer selepas melumurkan baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

  1. Minyak Kelapa Dara

Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak kelapa dara dan biarkan sahaja, tidak perlu dicuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat. Jika anda rimas, biarkan setengah jam sebelum dicuci dengan cleanser biasa.

  1. Timun

Timun sangat bagus sebagai penyegar semula jadi untuk kulit. Timun dapat memperbaiki tekstur kulit, menyembuhkan, melembapkan wajah dan membuatkan kulit wajah kelihatan awet muda. Kandungan airnya serta kandungan vitamin A, vitamin C dan magnesium adalah kombinasi yang terbaik untuk kulit. Caranya juga senang iaitu dengan menghiris timun segar dan tepekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari agar kesan parut itu hilang.

  1. Ubi Kentang

Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah. Caranya adalah dengan menghiris ubi kentang dan tempekkan kepada kulit muka. Anda juga boleh membuat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

  1. Bedak Sejuk

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat. Caranya, tumbuk sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Biar pekat dan lumurkan pada wajah. Urutkan campuran pada kulit wajah dan biarkan semalaman. Basuh dengan air sejuk apabila anda bangun pada keesokan pagi. Amalkan setiap hari.

  1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan malah bagus untuk menghilangkan kesan jerawat. Sapukan minyak zaitun terutamanya pada bahagian wajah yang berparut jerawat. Selain mengurangkan parut jerawat, penggunaan yang konsisten juga boleh menjadikan wajah awet muda dan berseri.

  1. Air Tebu

Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru. Campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

  1. Vitamin E

Vitamin E boleh didapati di farmasi dan cara ini adalah sangat senang. Pecahkan kapsul vitamin E. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.

  1. Putih Telur

Sediakan sebiji telur ayam kampung, kemudian pisahkan antara kuning dan putihnya. Campurkan putih telur dan pukul hingga mengembang. Kemudian sapukan pada kulit wajah terutamanya yang berparut disebabkan oleh parut jerawat. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air.

  1. Masker Beras

Ambil segenggam beras yang belum dicuci dan tumbuk hingga halus. Rendamkan semalaman dengan segelas air. Keesokan harinya, buang air jernih yang terdapat di bahagian atas. Gunakan mendapan pekat putih pada lapisan bawah. Campurkan bahan tadi bersama satu sudu kecil madu. Sapukan ke wajah terutamanya pada bahagian yang berparut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air suam. Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

  1. Asam Jawa

Asam jawa juga boleh membantu menjaga kulit wajah dan mengurangkan kesan jerawat. Caranya mudah sahaja. Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan air masak. Pastikan bancuhan itu tidak terlalu cair. Kemudian sapukan ramuan tadi pada kulit yang berparut lebih kurang setengah jam. Biarkan  kering dan bilas dengan air bersih. Walau bagaimanapun petua ini kurang sesuai diamalkan bagi anda yang miliki kulit kering.

Loading...

Tags: #cara hilangkan parut jerawat hitam dengan cepat #cara hilangkan parut luka #cara menghilangkan bekas jerawat dengan cepat dalam 1 hari #cara menghilangkan parut jerawat #cara menghilangkan parut kudis #cara mudah hilangkan parut jerawat #cara nak hilangkan jerawat dalam masa 1 hari #cara nak hilangkan jerawat dengan cepat #hilangkan parut jerawat #hilangkan parut jerawat dalam masa 3 hari #jerawat #mengatasi kulit muka berjerawat #mengatasi kulit muka berparut jerawat #Muka ada kesan parut jerawat #parut jerawat #petua alami hilangkan parut jerawat #petua hilang parut jerawat #Petua Hilangkan Bekas Jerawat Hitam Dan Berlubang #petua hilangkan parut #Petua Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa Seminggu #petua semula jadi hilangkan parut jerawat

Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan
12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!
Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga
Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa
Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa

Comments are closed.