Shalma Ainaa, Pengacara Cantik Motif Viral & Alternatif

Shalma Ainaa, Motif Viral & Alternatif

Kelibat wanita bernama Shalma Ainaa mula mencuri perhatian netizen apabila mengendalikan program hiburan HLive! sekitar 2014 bersama-sama Dahlia Shazwan, Nabil Mahir dan Alif Farhan.

Namun, anak kelahiran Kuala Lumpur ini terpaksa mengundurkan diri sekitar daripada dunia hiburan setahun kemudian untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

Selepas tamat pengajian, si cantik ini kembali ke tanah air bagi mengembangkan bisnes butiknya iaitu Shals yang turut diuruskan oleh kakaknya, Shalmanisa di mana menawarkan pakaian ready-to-wear, beg tangan dan aksesori wanita.

Meskipun sibuk dengan dunia perniagaan, wanita berusia 26 tahun masih lagi aktif dalam bidang pengacara. Terbaharu, pemilik nama Shalma Ainaa Bruhanuthen ini mengemudikan dua program terbitan Astro Ria iaitu Motif Viral dan Alternatif.

Terdahulu, pelakon drama Urusan Hati Cik Drama Queen ini juga terlibat sebagai pengurus kewangan untuk program Semanis Fondant dengan beberapa chef selebriti popular tempatan termasuklah Datuk Fazley, Chef Adu Amran dan Brian Chen.

Jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik wanita berbintang Scorpio ini.

Biodata Ringkas Shalma Ainaa

Nama Penuh: Shalma Ainaa Bruhanuthen
Nama Komersil: Shalma Ainaa
Umur: 26 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 13 November 1991
Zodiak: Scorpio
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Pengacara, Pelakon & Usahawanita
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Hos TV: Motif Viral, Alternatif & HLive!

Drama/Telefilem: Riuh Raya Kak Mar, Bus Stop & Urusan Hati Cik Drama Queen.

Laman Media Sosial Shalma Ainaa

Trivia Menarik Tentang Shalma Ainaa

  • Graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Fesyen di University of Middlesex dan Diploma Pengurusan Pemasaran Fesyen dari Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.
  • Menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati bernama Wan Imar Izzat pada 17 September 2016 selepas mengikat tali pertunangan pada 10 April 2016.
  • Untuk pengetahuan para pembaca, suami Shalma adalah seorang penyanyi baharu yang bernaung di bawah KRU Music dan muncul dengan single pertamanya berjudul Pinggiran Syurga.
  • Suaminya juga merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016 lalu.
  • Beliau suka mengumpul beg tangan tanpa mengira jenama mewah atau tidak.
  • Juara program pencarian model majalah berbahasa Inggeris, Cleo Magazine pada 2010.
  • Adiknya iaitu Shalma Eliana merupakan seorang penyanyi.
  • Menyumbangkan suaranya untuk watak Zara dalam filem pecah panggung, Jurassic Park dalam versi bahasa Melayu.
  • Beliau memilih dua model antarabangsa iaitu Cara Delevigne dan Kendall Jenner sebagai ikon fesyennya.
  • Selain fesyen, figura ini juga aktif bermain futsal jika ada masa terluang.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Shalma memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram.
azlan-150x150 Shalma Ainaa, Pengacara Cantik Motif Viral & Alternatif

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Alternatif Astro Ria 104 #Biodata Shalma Ainaa #Images for Shalma Ainaa #Isteri Wan Imar Izzat #Kenali Shalma Ainaa #Motif Viral Astro Ria 104 #Penyanyi Wan Imar Izzat #Profil Shalma Ainaa #Shalma Ainaa #shalma ainaa bruhanuthen #shalma ainaa dewi remaja #shalma ainaa family #shalma ainaa kahwin #shalma ainaa motif viral #Shalma Ainaa Pengacara Alternatif #Shalma Ainaa Pengacara Motif Viral #shalma ainaa seksi #shalma ainaa umur #Trivia Menarik Shalma Ainaa

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.