Akhirnya Janna Nick Milik Ashraf Muslim, Biar Aku Jadi Penunggu

Gambar Kahwin Janna Nick Ashraf Muslim

Drama Berjudul Biar Aku Jadi Penunggu

Drama bersiri ini adalah adaptasi daripada novel karya Arsha. Bakal menyaksikan gandingan mantap Ashraf Muslim dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Arahan daripada pengarah terhebat, Michael Ang. Nantikan tayangannya di slot Akasia TV3.

Drama mengisahkan Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.
Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah seperti Janna Nick, Ashraf Muslim, Fahmy Reza, Azar Azmi, Shah Iskandar, Miera Lyana, Ziha Salleh, Mahmod Ali Bashah, Sharifah Shahora, Nik Adam Mika, Octovia Manrose

Ringkas drama :

Watak Utama : Janna Nick (Iffat Hamani), Ashraf Muslim (Afeef Adwan)
Judul : Biar Aku Jadi Penunggu
Jumlah Episod : 28
Tahun : 2016/2017
Siaran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Michael Ang
Terbitan : Saphire Screen Sdn Bhd

Biar-Aku-Jadi-Penunggu-tampil-janna-nick-pakai-tudung-150x150 Akhirnya Janna Nick Milik Ashraf Muslim, Biar Aku Jadi Penunggugambar-kahwin-janna-nick-ashraf-muslim-drama-biar-aku-jadi-penunggu-150x150 Akhirnya Janna Nick Milik Ashraf Muslim, Biar Aku Jadi Penunggujanna-nick-ashraf-muslim-drama-biar-aku-jadi-penunggu-150x150 Akhirnya Janna Nick Milik Ashraf Muslim, Biar Aku Jadi Penunggupelakon-Biar-Aku-Jadi-Penunggu-150x150 Akhirnya Janna Nick Milik Ashraf Muslim, Biar Aku Jadi Penunggusedutan-drama-biar-aku-jadi-penunggu-150x150 Akhirnya Janna Nick Milik Ashraf Muslim, Biar Aku Jadi Penunggu

logo-150x150 Akhirnya Janna Nick Milik Ashraf Muslim, Biar Aku Jadi Penunggu

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Akhirnya Janna Nick Milik Ashraf Muslim, Biar Aku Jadi Penunggu

Loading...

Tags: #ashraf muslim #Drama Biar Aku Jadi Penunggu #gambar kahwin ashraf muslim janna nick #janna nick #novel Biar Aku Jadi Penunggu #pelakon drama biar aku jadi penunggu #sinopsis drama biar aku jadi penunggu #sinopsis drama tv 3

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Akhirnya Janna Nick Milik Ashraf Muslim, Biar Aku Jadi Penunggu"