4 Filem Melayu Wajib Anda Tonton Sepanjang Ogos Ini

Filem Melayu Ogos 2017

Di samping Hollywood dan Bollywood, filem Melayu juga mempunyai daya tarikannya tersendiri.

Pada bulan Ogos ini, pelbagai filem Melayu sama ada romantis, komedi atau aksi bakal menghiasi pawagan-pawagan berdekatan anda.

Berikut, penulis senaraikan empat filem Melayu yang wajib anda tonton sepanjang Ogos ini. Here they are!

1. Hijabister Ballet

hijabistar-ballet-movie-e1501409800526 4 Filem Melayu Wajib Anda Tonton Sepanjang Ogos Ini

Bakal ditayang pada 3 Ogos 2017, filem arahan Syed Zulkifli Syed Masir ini dibintangi oleh Betty Benafe, Aman Graseka, Puteh Maimun Zahra, Aida Khalida dan ramai lagi. Filem berdurasi selama 1 jam 47 minit ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis bernama Adele Shakiri dalam menempuh cabaran untuk menyatukan hijab dan balet. Dalam merealisasikan impian berkenaan, Adele menerima pelbagai tentangan kuat dari orang sekelilingnya. Oleh itu, Adele membuat keputusan untuk melarikan diri ke Perth, Australia namun tentangan yang dihadapinya lagi hebat dari negaranya sendiri. Adakah Adele berjaya menyatukan balet dan hijab? Jangan lupa saksikan di pawagan berdekatan anda.

2. Pencuri Hati Mr Cinderella

filem-pencuri-hati-mr-cinderella-e1501409784886 4 Filem Melayu Wajib Anda Tonton Sepanjang Ogos Ini

Masih ingat dengan drama Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun yang mencipta fenomena 20 tahun dahulu. Menariknya, drama itu akan ditayang semula menerusi filem Pencuri Hari Mr Cinderella pada 10 Ogos ini. Selain Ahmad Idham dan Haliza Misbun, filem ini turut dijayakan oleh Faye Khusairi, Atikah Suhaime, Eizlan Yusof, Cat Farish dan Hairul Azreen. Filem ini menceritakan kesinambungan apa yang berlaku pada kehidupan Salman dan Nurul sepanjang 20 tahun lalu dengan pelbagai kejutan dan konflik yang dihadapi oleh mereka.

3. Balun

balun-2017-e1501409763548 4 Filem Melayu Wajib Anda Tonton Sepanjang Ogos Ini

Filem aksi arahan Bob Singah ini bakal menjenguk pawagan pada 17 Ogos 2017. Filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat tanah air seperti Beto Khusairi, Izara Aisyah, Reen Rahim dan Eizlan Yusof. Mengisahkan tentang Hassan yang kematian ibu bapa sejak kecil pulang ke kampung halaman setelah tamat melanjutkan pelajaran di luar negara. Kepulangannya untuk menuntut kembali tanah milik arwah ayahnya yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman. Untuk mendapatkan kembali haknya, Hassan ditimpa pelbagai halangan dan dugaan. Dapatkan Hassan memperolehi haknya semula?

4. Abang Long Fadil 2

filem-Abang-Long-Fadil-2-e1501409738868 4 Filem Melayu Wajib Anda Tonton Sepanjang Ogos Ini

Abang Long Fadil 2 merupakan salah satu filem yang dinanti-nanti oleh para peminat sepanjang tahun ini. Dibintangi oleh Zizan Razak, Dato’ AC Mizal, Tania Hudson, Syamsul Yusof, Wak Doyok, Shuib Sepahtu dan Achey Bocey, filem sekual arahan Shafiq Yusof ini akan ditayangkan pada 24 Ogos 2017 di pawagan seluruh negara. Memaparkan kisah Fadil yang terjerumus ke dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan Wak Doyok. Disebabkan salah faham pihak polis, Fadil terpaksa menyamar dan menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan bernama Tiger bagi menyelamatkan dirinya. Untuk membersihkan namanya kembali, Fadil perlu mencari identiti sebenar Tiger. Filem aksi komedi ini dijangkakan box office dan melakar sejarah baru dalam industri perfileman tanah air.

 

azlan-150x150 4 Filem Melayu Wajib Anda Tonton Sepanjang Ogos Ini

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Abang Long Fadil 2 #balun #filem melayu 2017 #Filem Melayu Ogos 2017 #Filem Melayu Terbaik Ogos 2017 #Filem Melayu Wajib Tonton #Filem Melayu Wajib Tonton Ogos 2017 #Hijabister Ballet #Pencuri Hati Mr Cinderella #Senarai Filem Melayu Sepanjang Ogos 2017 #sinopsis filem balun #sinopsis filem melayu 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.