Pantang Larang Selepas Bersalin & Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Ibu Lepas Bersalin

Amalan berpantang selepas bersalin dapat membantu agar tubuh ibu kembali segar semula. Berpantang adalah perkara wajib bagi mana-mana ibu yang baru bersalin atau yang baru keguguran.

Jumlah hari berpantang adalah berbeza mengikut keadaan ibu berpantang itu sendiri. Ada yang gemar memilih untuk berpantang 44 hari, ada yang berpantang 60 hari dan tidak kurang juga yang berpantang selama 100 hari.

Terdapat beberapa pantang larang ketika berpantang atau selepas bersalin yang harus diamalkan oleh ibu. Ternyata pantang larang ini bukanlah untuk memudaratkan, tetapi untuk memberi manfaat kepada tubuh badan dan sistem peranakan ibu, mengelakkan ibu dari bentan, sakit dan perkara buruk yang tidak diingini serta mengembalikan ia kepada keadaan normal. Berikut adalah pantang larang selepas bersalin;

  1. Sewaktu tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak. Ibu jari  kaki tidak boleh terhantuk. Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk. Pada satu-satu tempat, jika terhantuk, boleh menyebabkan ibu pitam, tumpah darah atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
  2. Jangan duduk mencangkung kerana ia akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar.
  3. Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang kerana berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala. Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan.
  4. Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-ibu dalam pantang di larang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
  5. Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh di makan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayur sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
  6. Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya, boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
  7. Dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
  8. Tidak dibenarkan tidur di waktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit.
  9. Ibu-ibu yang baru bersalin, dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran. Jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
  10. Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut.
  11. Jangan terlalu aktif. Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
  12. Rapatkan kaki bila tidur. Jika tidur hendaklah kaki dirapatkan. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
  13. Ketika mandi hendaklah duduk di bangku. Ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
  14. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #amalan berpantang #amalan selepas bersalin #berpantang selepas bersalin #berpantang selepas melahirkan anak #hari berpantang #ibu berpantang #melahirkan anak #pantang larang bersalin #Pantang Larang Selepas Bersalin #Penjagaan Ibu Selepas Bersalin #petua ibu sihat selepas bersalin #risiko selepas berpantang

Makanan Dilarang Semasa Berpantang, Para Ibu Patut Tahu!
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk merawat,
Cara Mengatasi Penyakit Gatal Dan Ruam Pada Kulit Bayi
Ruam merah atau gatal pada si kecil selalu muncul pada bayi baru lahir. Tahukan
Cara Mengatasi Bulu Hidung Memanjang & Kesannya Terhadap Penampilan Anda!
Bulu halus yang tumbuh di hidung memang sangat penting dalam proses pernafasan. Selain
Petua Kekal Kurus Selepas Bersalin, Ramai Yang Berjaya Cuba Cara Ini!
Berat badan yang meningkat dan badan berisi merupakan masalah umum bagi para ibu

Comments are closed.