Telefilem Berjudul Gadis Kampung Paling Popular Di TV3

Tajuk Gadis Kampung Paling Popular

Telefilem berjudul Gadis Kampung Paling Popular

Janna Nick akan muncul dalam telefilem terbaru bertajuk Gadis Kampung Paling Popular yang akan ditayangkan di slot Cerekarama TV3.

Telefilem ini mengisahkan Maya seorang gadis kampung yang baru berhijrah ke bandar. Dia juga seorang yang pemalu dan bersuara lunak. Maya bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah, yang juga mula mengubah hidup Maya kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa. Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan anaknya dengan seorang ahli perniagaan di kampungnya.

Namun, Maya menolak. Panggilan Lady Wawa dan gaya hidupnya disorok daripada pengetahuan keluarganya. Bermulalah kehidupan Maya sehingga dia menjadi bintang YouTube yang terkenal sehingga ke pengetahuan Azad. Azad menyukai Maya dalam diam dan dia menyatakan bahawa Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan yang tidak jujur. Maya yang berkecil hati kerana Lady Wawa itu adalah dirinya, pergi membawa diri dan bersedih.

Telefilem yang diarahkan oleh Eyra Rahman ini membariskan pelakon seperti Janna Nick, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Daaim Jailani, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Aizat Hassan, Firdaus Nadxaman

Ringkasan :
Judul : Gadis Kampung Paling Popular
Waktu Siaran : Sabtu, 17 Disember 2016, 9.00 malam
Siaran : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Eyra Rahman
Penerbit : Nuansa Sdn Bhd

Gadis-Kampung-Paling-Popular-TV3-150x150 Telefilem Berjudul Gadis Kampung Paling Popular Di TV3 janna-nick-Gadis-Kampung-Paling-Popular-150x150 Telefilem Berjudul Gadis Kampung Paling Popular Di TV3 Pelakon-Gadis-Kampung-Paling-Popular-150x150 Telefilem Berjudul Gadis Kampung Paling Popular Di TV3

logo-150x150 Telefilem Berjudul Gadis Kampung Paling Popular Di TV3

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Telefilem Berjudul Gadis Kampung Paling Popular Di TV3

Loading...

Tags: #drama janna nick gadis kampung paling popular #gambar pelakon drama #janna nick Gadis Kampung Paling Popular #senarai pelakon Gadis Kampung Paling Popular #sinopsis gadis kampung paling popular

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Telefilem Berjudul Gadis Kampung Paling Popular Di TV3"