Kencing Tidak Lawas? Ini Tanda-tanda, Punca & Cara Mengatasinya!

Tanda Kencing Tak Lawas

Pernahkah anda berasa seperti tidak puas semasa membuang air kecil atau berasa hendak membuang air kecil lagi walaupun baru sebentar tadi anda telah membuangnya? Masalah ini dikenali sebagai kencing yang tidak lawas.

Kencing tidak lawas menyebabkan masalah sementara semasa membuang air kecil dan mudah untuk dirawat. Tetapi terdapat juga kes lain yang lebih serius dan berterusan.

Adakalanya kencing yang tidak lawas atau puas ini menyebabkan anda terasa air kencing menitis tanpa disedari menyebabkan anda berasa tidak selesa dan was-was terutama ketika hendak mengerjakan ibadah solat. Masalah kencing tidak lawas ini boleh berlaku sama ada kepada kaum lelaki atau perempuan.

 Tanda-tanda kencing tidak lawas

Berikut adalah beberapa tanda biasa masalah kencing tidak lawas termasuk kencing tidak lawas yang disebabkan oleh jangkitan dalam salur kencing.

  • Kerap ke tandas
  • Kencing tidak puas
  • Tidak dapat menahan kencing
  • Kencing terasa panas dan pedih
  • Sakit pada bahagian ari-ari
  • Kadang-kala alami kencing berdarah

Tanda-tanda pundi kencing lebih aktif (overactive bladder) :

  • Kencing tidak puas
  • Kencing tidak habis
  • Kerap berkunjung ke tandas hingga pada kadar lebih 10 kali sehari
  • Tidak dapat menahan kencing
  • Kadang kala berlaku kebocoran kencing jika ditahan lama

Punca Masalah Kencing Tidak Lawas

  • Proses Penuaan

Otot pundi kencing anda akan menjadi lebih lemah dan kencing tak lawas menjadi semakin kerap apabila usia anda meningkat.

  • Kanser

Kanser prostat yang selalu berlaku kepada lelaki atau kanser pundi kencing yang terjadi sama ada pada lelaki atau wanita, boleh menyebabkan lemah kawalan kencing. Terdapat kes dimana rawatan kanser akan menyebabkan kencing tidak lawas sebagai kesan sampingan.

  • Penyakit batu karang

jika anda mempunyai penyakit batu karang, ia juga menjadi punca masalah kencing tidak lawas.

  • Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal seperti bersenam, ataupun batuk, bersin, malah ketawa boleh juga menyumbang kepada masalah kencing tidak lawas. Aktiviti ini telah menyebabkan otot sfinkter yang berperanan menakung air kencing anda dalam pundi kencing menjadi lemah dan melepaskan air kencing secara tidak sengaja.

  • Gaya hidup

Gaya hidup seperti minum minuman beralkohol, minuman yang mengandungi kafein, atau terlalu banyak air kencing boleh menyebabkan kehilangan sementara kawalan kencing. Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah, penenang otot, sedatif, dan beberapa ubat-ubatan jantung juga boleh membawa kepada masalah kencing tidak lawas.

Cara Mengatasi Kencing Tidak Lawas

  1. Ambil sebiji nenas yang kurang masak,kupaskan kulitnya,bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Kemudian ambil 2 potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama 2 gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.
  2. Ambilkan air basuhan beras yang terakhir,kemudian tuangkan ke dalam gelas. Minumlah air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda sembuh.
  3. Rebus biji air barli dengan air sehingga kembang. Boleh ditambah sedikit gula untuk menambah rasa. Amalkan minum air barli yang telah suam. Air barli dapat membantu melegakan masalah kencing tidak lawas dan juga dapat menyejukkan badan.
  4. Air rebusan daun sirih juga dapat merawat masalah kencing tidak lawas. Anda hanya perlu mengambil beberapa helai daun sirih dan kemudian rebuskan dengan air. Biarkan sampai mendidih. Selepas itu amalkan minum air rebusan daun sirih itu.
  5. Minum air suam. Badan perlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Jadi untuk memastikan proses buang air kecil lancar, anda perlu lebihkan minum air suam. Anda akan dapati masalah kencing tidak lawas beransur hilang. Pastikan juga anda mengambil zat yang mencukupi dan sempurna untuk tubuh.
  6. Bila anda mengalami masalah kencing tidak lawas, elok jika anda membuat senaman. Anda boleh pilih untuk perbanyakkan berjalan kaki atau buat Squat Jump , iaitu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali. Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman adalah bertujuan untuk menguatkan otot-otot. Badan yang kurang aktif juga boleh menyebabkan pembuangan air kecil seolah tersekat.
  7. Elak memakai pakaian yang ketat. Amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa kerana pakaian yang terlalu ketat terutamanya di bahagian pinggang ataupun memakai seluar yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan aliran air kencing tersekat.
  8. Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada urine yang tertinggal.
Rujukan :
http://www.wom.my
http://www.notawanita.com
IMG_20171206_114610-150x150 Kencing Tidak Lawas? Ini Tanda-tanda, Punca & Cara Mengatasinya!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #kencing tak lawas #kencing tidak lawas #masalah kencing tidak lawas #merawat kencing tak lawas #petua atasi kencing tidak lawas #punca masalah kencing tidak lawas #rasa tak puas kencing #sebab kencing tak lawas #sebab kencing tak puas #tanda-tanda kencing tak lawas

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.