Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih

Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih

Sarah Suhairi mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu cover song tempatan dan luar negara sebelum mendapat tawaran sebagai artis rakaman yang mana cover lagu berjudul Shape Of You (duet bersama Asad Motawh dan Betty Afryna) mendapat tontonan tertinggi di saluran YouTube miliknya. Jika di instagram pula, Sarah menggunakan hashtag #SarahSunday untuk setiap cover yang dihasilkan.

Seawal usia 9 tahun, Sarah Suhairi telah mengikuti kelas muzik untuk bermain piano (sehingga berusia 12 tahun). Daripada kelas muzik tersebut, pengetahuan Sarah Suhairi terhadap muzik terus meningkat apabila beliau telah meneroka secara sendiri bagaimana untuk bermain alat muzik ukulele dan gitar ketika berusia 14 tahun. Penyanyi yang berasal dari Rawang, Selangor ini juga mempunyai hobi yang menarik iaitu menunggang kuda (seawal tingkatan dua).

Sarah Suhairi yang juga peminat lagu-lagu K-pop ini, kini merupakan artis di bawah label MVM Production ini semakin dikenali menerusi rancangan realiti televisyen Big Stage di Astro Ria. Pedih merupakan lagu pertama beliau ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran.

Biodata Sarah Suhairi

Nama penuh : Sarah binti Suhairi

Nama panggilan : Sarah Suhairi

Tarikh lahir : 3 April 2000

Umur : 18 tahun (2018)

Asal : Rawang, Selangor

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Syarikat rakaman : MVM Production

YouTube : https://www.youtube.com/channel/

Instagram : https://www.instagram.com/sarahsuhairi/

Twitter : https://twitter.com/sarah_suhairi

Facebook : https://www.facebook.com/sarahsuhairiofficial/

Lirik lagu Pedih – Sarah Suhairi

Tiadaku sangka engkau berubah
Lupakan janji kita
Katamu dulu engkau milikku
Hati menyatu sayang
Entah mengapa engkau berubah
Tiada lagi kasih
Mana silapnya cinta kuberi
Tiada lagi kau genggam kini
Tiada lagi cinta
Tinggallah ku sendiri
Menahan rasa sakit ini pedih
Pergilah engkau pergi
Jangan pernah kembali
Biarku pujuk hati sepi
Mana silapnya cintaku beri
Tiada lagi kau genggam kini
Tiada lagi cinta
Tinggallah ku sendiri
Menahan rasa sakit ini pedih
Pergilah engkau pergi
Jangan pernah kembali
Biar kupujuk hati sepi
Mungkin kau tidak layak tuk diriku
Mungkin takdirku bukan untukmu
Kau khianati cinta suciku
Tiada lagi kita
Menahan rasa sakit
Pergilah engkau pergi
Jangan muncul kembali
Biar kupujuk hati
Tinggallahku sendiri
Menahan rasa sakit ini
Pergilah engkau pergi
Jangan pernah kembali
Biarku pujuk hati sepi pedih

Gambar Menarik Sarah Suhairi

Sarah-Suhairi-big-stage-300x300 Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih Sarah-Suhairi-gambar-300x300 Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih Sarah-Suhairi-pedih-300x300 Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih Sarah-Suhairi-penyanyi-300x300 Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih Sarah-Suhairi-tudung-300x300 Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih Sarah-suhairi-Penyanyi-Lagu-Pedih-300x300 Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih

Loading...

Tags: #biodata sarah suhairi #lagu sarah suhairi #lirik lagu pedih sarah suhairi #lirik lagu sarah suhairi pedih #penyanyi lagu pedih #sarah suhairi #Sarah Suhairi big stage #Sarah Suhairi gambar

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih"