Biodata Ariff Bahran, Penyanyi Lagu Kata Akhirmu

Biodata Ariff Bahran, Lagu Kata Akhirmu

Ariff Bahran merupakan penyanyi yang mula meningkat naik di Malaysia. Ariff Bahran mula dikenali setelah dalam menyanyikan lagu Kata Akhirmu. Single pertama beliau menjadi runut bunyi bagi drama Cinta Hati Batu (TV3) dan berjaya meraih lebih 5.5 juta tontonan di laman YouTube sehingga 20 November 2017. Ariff Bahran juga mempunyai hampir 90 ribu pengikut di laman Instagram.

Ariff Bahran juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Bahranators yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong karier seninya. Ariff Bahran atau mesra disapa Bahran memulakan karier sebagai penyanyi ketika berusia 16 tahun selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian berkumpulan, Pop Krew (TV9), rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil. Bahran menganggotai kumpulan BAEQ yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Bahran, Arill Fesol, Eizaz dan Que serta merupakan anak didik kepada penyanyi pop Malaysia, Stacy Anam dalam pertandingan itu.

Ariff Bahran mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama. Bahran juga masih menuntut di International University of Malaya-Wales (IUMW) dalam jurusan seni.

Biodata Ariff Bahran

Nama penuh : Muhammad Ariff Bahran Ahmad

Nama panggilan : Ariff Bahran

Umur : 20 tahun (2018)

Tarikh lahir : 15 Januari 1998

Pekerjaan : Penyanyi

Genre : pop, balada

Asal : Petaling Jaya, Selangor

Syarikat rakaman : RUSA Music

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Tahun aktif : 2017-kini

Senarai lagu : Kata Akhirmu

Instagram : https://www.instagram.com/ariffbahran/

Twitter : https://twitter.com/bahraann

Lirik Lagu Ariff Bahran – Kata Akhirmu

Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku membuktikan
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku persembahkan

Cinta yang kau pinta
Menurut telahanmu

Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu

Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku meruntuhkan
Egomu yang sering menggunung
Dan menolakku jauh darimu

Dimanakah ia
Tempatku dihatimu

Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu

Tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Kucoba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu sayang

Takkan pernah ku mengalah
Untuk menjadi yang terbaik

Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu

Tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Kucoba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu

Andai kau menyedari
Besarnya cinta ini
Dan ku terus menanti
Kata akhir darimu

Gambar Menarik Ariff Bahran

Ariff-Bahran-foto-300x300 Biodata Ariff Bahran, Penyanyi Lagu Kata Akhirmu Ariff-Bahran-gambar-300x300 Biodata Ariff Bahran, Penyanyi Lagu Kata Akhirmu Ariff-Bahran-kata-akhirmu-300x300 Biodata Ariff Bahran, Penyanyi Lagu Kata Akhirmu Ariff-Bahran-senyum-300x300 Biodata Ariff Bahran, Penyanyi Lagu Kata Akhirmu

Loading...

Tags: #ariff bahran #Ariff Bahran gambar #Ariff Bahran Kata Akhirmu #BAEQ #biodata ariff bahran #Lirik Lagu Ariff Bahran #lirik lagu kata akhirmu #Muhammad Ariff Bahran Ahmad #penyanyi lagu kata akhirmu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Ariff Bahran, Penyanyi Lagu Kata Akhirmu"