Biodata Niezam Zaidi, Pelakon Melayu Berbakat

Biodata Pelakon Niezam Zaidi

Siapakah sebenarnya pelakon kacak ini iaitu Niezam Zaidi? Niezam Zaidi mula mendapat perhatian orang ramai apabila berlakon dalam Drama Inikah Cinta dan Ainur Mardhiyah. Mohd Niezam bin Mohd Zaidi atau Niezam Zaidi terkenal dengan hasil kerja filem lakonannya yang kebanyakannya terbitan Metrowealth Pictures.

Niezam dilahirkan di Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan dibesarkan di Kampung Seri Manjoi. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Beliau meminati bidang lakonan semenjak kecil apabila terlibat dalam satu dokumentari (SUMBANGSIH) pendek pada umur 8 tahun dan itu menjadi satu titik permulaan untuk berkecimpung dalam bidang lakonan dan dunia seni.

Oleh sebab terlalu minat, selepas tamat persekolahan, beliau terus menjejak kaki ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk mencapai cita-cita sebagai seorang pelakon.

Pekerjaan pertama sebagai Cashier di KFC Bukit Bintang telah membuka mata Niezam bahawa betapa susahnya untuk hidup di bandar besar dan sekali gus menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berusaha.

Dari situ Niezam secara perlahan-lahan menyertai casting untuk menambahkan lagi pengalaman dan mencuba nasib sehingga akhirnya terpilih untuk menyertai bengkel lakonan anjuran FINAS sebelum diberi tawaran untuk berlakon dalam drama dan filem arahan David Teo terbitan Metrowealth Pictures. Itulah sedikit kisah permulaan pelakon berbakat ini.

Biodata Niezam Zaidi

Nama penuh : Mohd Niezam bin Mohd Zaidi

Nama glamour : Niezam Zaidi

Tarikh lahir : 26 Oktober 1992

Umur : 26 (2018)

Asal : Ipoh, Perak

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Tinggi : 179 cm

Berat : 62 kg

Kerjaya: Pelakon

Drama : Bini-biniku Perkasa, Diari Platun, Takdir Qismah, Diandra, Dia suamiku, Dewi Lasak, Mencintaimu, Inikah Cinta, Rumi & Jawi, Ainur Mardhiyah, Namaku Bedah, Gempur Wira

Telefilem : Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana, Misteri Bulan Madu, Kem Cuci Tangan, Qada & Qadar, Beringin, Karma, Rajuk, Menantuku Rock, Lemas, Bukan Cinta Biasa, Cik Celah Bedah, Last kopek

Filem : Budak Pailang, Pada Suatu Cinta Dahulu, Dua Kalimah, 99 Kali Rindu, Adnan Sempit 3, Longkai, Highland Tower, Kelibat, Gudang Kubur, Jalan Puncak Alam, Matmoto, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kawanku Mati Dalam Rumah Sewa

Pencapaian : Dicalonkan untuk kategori Hero Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster ke-2 pada tahun 2013 untuk filem Budak Pailang.

Instagram :  https://www.instagram.com/niezamzaidi/

Gambar Menarik Niezam Zaidi

Niezam-Zaidi-askar-300x300 Biodata Niezam Zaidi, Pelakon Melayu Berbakat Niezam-Zaidi-gambar-300x300 Biodata Niezam Zaidi, Pelakon Melayu Berbakat Niezam-Zaidi-hensem-300x300 Biodata Niezam Zaidi, Pelakon Melayu Berbakat Niezam-Zaidi-pakai-cap-300x300 Biodata Niezam Zaidi, Pelakon Melayu Berbakat Niezam-Zaidi-pelakon-300x300 Biodata Niezam Zaidi, Pelakon Melayu Berbakat Niezam-Zaidi-300x300 Biodata Niezam Zaidi, Pelakon Melayu Berbakat

Loading...

Tags: #biodata niezam zaidi #Gambar Menarik Niezam Zaidi #kisah niezam zaidi sebelum terkenal #niezam zaidi #niezamzaidi

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Niezam Zaidi, Pelakon Melayu Berbakat"