Biodata Ben Ladin, Penyanyi Lagu Hikayat Benladin

Biodata Ben Ladin, Hikayat Benladin

Siapakah dia Ben Ladin penyanyi lagu Hikayat Benladin? Lagu Hikayat Benladin kini sedang meletop di corong-corong radio tempatan dan video lirik rasmi lagu rap ciptaan Malique dan Dedeq ini sudah mencatat lebih 6 juta tontonan sejak ia mula dipaparkan di YouTube pada 19 Julai 2018 yang lalu.

Ben Ladin mula melibatkan diri dalam dunia hiburan sekitar usia 11 tahun. Ketika itu, beliau menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil 5 dan pernah mencuri perhatian ramai apabila tampil berduet dengan Datin Alyah menerusi lagu Permata.

Selepas pertandingan tersebut, Ben Ladin cuba mengembangkan karier nyanyiannya tetapi nampaknya rezeki lebih memihak kepada bidang lakonan. Namun kini, Ben Ladin muncul dengan single terbaru ciptaan komposer dan penyanyi hip hop terkenal iaitu Malique.

Biodata Ben Ladin

Nama Penuh: Muhammad Benladin Munshi Shaihan

Nama Popular: Ben Ladin

Umur: 17 tahun (2018)

Tarikh Lahir: 2001

Pendidikan: Belajar dari rumah (home schooling) sejak sekitar Tingkatan 1

Agama: Islam

Warganegara: Malaysia

Bangsa: Melayu

Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon

Lagu/Single: Hikayat Benladin

Drama: Kahwin Muda (2016), Amsyar (2016), Jangan Ikut Aku (2017)

Instagram: https://www.instagram.com/mohd_benladin/

Twitter:  https://twitter.com/@benladin09

Lirik lagu Ben Ladin – Hikayat Benladin

[Intro]
Benladin…Benladin

[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

[Verse 1]
Suara dah bergema
Suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga
Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor
Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari ekperimentasi radiasi bunyi
Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada (ohhhh…)

[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

[Verse 2]
Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong
Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut
Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri

[Bridge]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada (di mana)
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

[Outro]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
Oohhh…oohhh (Benladin…Benladin)
(Benladin…Benladin)

Gambar Menarik Ben Ladin

Biodata-Ben-Ladin-lengkap-300x300 Biodata Ben Ladin, Penyanyi Lagu Hikayat Benladin Biodata-Ben-Ladin-lirik-lagu-300x300 Biodata Ben Ladin, Penyanyi Lagu Hikayat Benladin Biodata-Ben-Ladin-300x300 Biodata Ben Ladin, Penyanyi Lagu Hikayat Benladin gambar-Biodata-Ben-Ladin-300x300 Biodata Ben Ladin, Penyanyi Lagu Hikayat Benladin hikayat-benladin-300x300 Biodata Ben Ladin, Penyanyi Lagu Hikayat Benladin lirik-Biodata-Ben-Ladin-300x300 Biodata Ben Ladin, Penyanyi Lagu Hikayat Benladin

Loading...

Tags: #ben #ben ladin #biodata ben ladin #biodata penyanyi ben ladin #gambar ben ladin #hikayat benladin #ladin #Lirik lagu Ben Ladin #lirik lagu hikayat benladin

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Ben Ladin, Penyanyi Lagu Hikayat Benladin"