Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan

Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan

Syed Saddiq merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau adalah bekas Juara Debat Asia. Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang dan juga bekas pensyarah di universiti itu. Beliau adalah menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun selepas sebelum ini, Najib Razak pada usia 28 tahun.

Beliau telah menceburi bidang politik dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Atas kepercayaan pemimpin atasan parti, beliau telah dilantik sebagai Ketua Armada, satu sayap Pemuda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya umum ke-14 bagi kerusi Parlimen Muar dan telah dipilih ke Parlimen. Beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018, menggantikan Khairy Jamaluddin yang memegang jawatan tersebut selama tiga tahun. Pelantikan ini menjadikan Syed Saddiq sebagai ahli Kabinet termuda dalam sejarah politik Malaysia, sekaligus membenamkan rekod yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Berikut ialah biodata Syed Saddiq. Jom kita kenali beliau.

Biodata & Profil YB Syed Saddiq

  • Nama penuh beliau ialah Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman.
  • Syed Saddiq Dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor.
  • Merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik.
  • Bapa beliau merupakan warga Singapura, seorang buruh binaan yang berulang dari Johor ke Singapura untuk bekerja.
  • Ibu beliau seorang guru Inggeris yang mengadakan kelas tuisyen sehingga lewat malam untu mendapatkan wang tambahan.

Pendidikan

  • Royal Military College (Sekolah Menengah)
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa.
  • Mejadi felo akademik di Universti Temple, Philadelphia dalam bidang Pluralisme agama dan seni dialog.
  • Mendapat tawaran biasiswa Blavatanik dan ditawar menyambung pengajian peringkat master di Unversiti Oxford.

Anugerah

  • Anugerah Perdana Belia Negara (Anugerah Berprestij Belia Diiktiraf Perdana Menteri).
  • Anugerah Merdeka (Menteri Belia Dan Sukan).
  • Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian.
  • Anugerah Kepimpinan Pelajar Kebangsaan.
  • Anugerah Rektor IIUM (Sebanyak 3 kali).
  • Anugerah Platinum Pertama IIUM (Sumbangan Cemerlang Kepada Universiti).

Pendebat Terbaik Dunia

  • Pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia.
  • Pendebat Terbaik Asia (3 Kali Berturut-turut).
  • Pendebat Terbaik Australia, Cambridge & Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL).
  • Individu Asia Pertama dilantik sebagai Ketua Hakim (Cambridge Inter Varsities di UK).
  • Ketua Hakim (Kejohanan Debat Universiti Dunia di Netherlands).

Pengalaman

Syed Saddiq telah dijemput untuk mengadakan seminar di lebih daripada 25 negara seperti Afrika Selatan, Pakistan, Filipina, Taiwan, China, Qatar, & lain-lain untuk mengajar debat dan pembangunan belia. Beliau juga telah bercakap di TedxYouth dan pelbagai simposium anti rasuah.

Pada 2017, beliau menolak tawaran biasiswa bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England untuk terus aktif dalam politik. Setahun kemudian, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada usia 25 tahun, Syed Saddiq sekali lagi melepaskan tawaran biasiswa yang lain, kali ini menolak tawaran Biasiswa Chevening untuk meneruskan Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.

Hobi

  • Suka mengajar
  • Membaca Buku
  • Peminat setia kucing
  • Mendengar Lagu Selena Gomez

Kegiatan  

Seawal usia 23 tahun, Syed Saddiq merupakan salah seorang pengasas bersama dan menjadi ketua pemuda bagi parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau kini bekerja sebagai pemikir polisi awam dan pada masa yang sama bekerja separuh  masa di 3 tempat berbeza. Beliau melatih pasukan debat dan bersyarah secara berkala di luar negara (Qatar, China, Indonesia, Filipina)

Inspirasi

Bertugas sebagai Pegawai Penyelidik kepada Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad

Laman sosial

Gambar Menarik YB Syed Saddiq

Biodata-Syed-Saddiq-menteri-belia-dan-sukan-300x300 Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan Biodata-Syed-Saddiq-300x300 Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan debat-Syed-Saddiq-300x300 Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan icon-Syed-Saddiq-300x300 Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan kehidupan-Syed-Saddiq-300x300 Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan keluarga-Biodata-Syed-Saddiq-300x300 Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan

Loading...

Tags: #ahli parlimen muar #biodata syed saddiq #fakta menarik tentang syed saddiq #kenali syed saddiq #menteri belia dan sukan #menteri termuda #syed saddiq #yb syed saddiq

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Leave a reply "Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan"