Biodata Ramona Zamzam, Pelakon Berdarah Melayu, Pakistan, Jerman Dan Thailand

Biodata Ramona Zamzam, Pelakon Berdarah Melayu, Pakistan, Jerman Dan Thailand

Wajah cantik pelakon ini mungkin sudah tidak asing lagi di kaca televisyen. Malah bakat lakonannya juga mampu memukau penonton. Ramona berdarah kacukan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand lahir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan membesar di Ipoh, Perak. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem.

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model pada 2002 dan kemudiannya memulakan kerjaya lakonan pada 2006 ketika berusia 14 tahun dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam filem Castello yang ditayangkan pada 2006.

Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik. Ketika berusia 4 tahun, Ramona pernah bersekolah di sekolah Cina. Ramona berkelulusan dalam bidang perniagaan di Kolej SEGI (kini Universiti SEGi). Pada 2002, ketika berusia 12 tahun dan masih bersekolah, Ramona Zamzam memulakan kerjaya peragaan dengan menjadi penghias muka depan majalah kanak-kanak, Bintang Kecil. Empat tahun kemudian, Ramona memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Castello arahan Bade Hj. Azmi.

Pada 2010, Ramona menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 bersama-sama Neelofa, Syatilla Melvin, Anzalna Nasir dan Izara Aishah yang mana beliau memenangi tempat kelima. Penampilan televisyen pertama beliau ialah pada 2011 menerusi drama Begitukah Cinta di TV3. Beliau seterusnya memegang watak sebagai Shireen dalam drama Cinta Jangan Pergi.

Beliau berkahwin dengan lelaki pilihannya, Rami Alashkar yang berasal dari Palestin pada 1 Mei 2015. Pada Disember 2017, beliau melahirkan anak sulungnya yang bernama Ivanna Alashkar.

Biodata Ramona Zamzam

Nama popular : Ramona Zamzam

Nama penuh : Ros Ramona Qadira Binti Mohd Zamzam

Tarikh lahir: 25 Jun 1990

Umur Ramona Zamzam: 28 tahun (2018)

Agama : Islam

Bangsa : Melayu kacukan

Pendidikan: Diploma Pengurusan Perniagaan – Segi College

Kerjaya: Pelakon dan model

Tempat tinggal : Damansara, Kuala Lumpur

Asal: Ipoh, Perak

Pasangan : Rami Alashkar (berkahwin 2015)

Nama anak : Ivanna Alashkar

Filem : Castello, 2 Hati 1 Jiwa, Sepah The Movie, Jengka, Hospital, KL Special Force

Drama : Begitukah Cinta, Nora Elena, Tanah Kubur (Musim 4) – episod “Makan Hasil Isteri”, Nilapura, Cinta Jangan Pergi, Cinta Jannah, Tuan Rumah Pembantu Rumah, Cinta Ilahi, Hantu Kampung Manggis, Plan Cinta Tak Jadi, Embok Belum Terbakar, Anakku Diva, My Sweet Lavender

Telefilem : Jangan Tak Pulang, Lara Qaseh, Yeop… Kaya Ke?, Bingkai Kaca, Roti Canai Kuah Rendang, Telah Ku Ikhlaskan, Seindah Takdir

Rancangan Televisyen : Ketuk-Ketuk Ramadan (TV1), Kebun Bandar (TV1)

Instagram Ramona Zamzam: https://instagram.com/ramona_zamzam/

Twitter Ramona Zamzam: https://twitter.com/Ramona_Zamzam

Gambar Menarik Ramona Zamzam

ramona-zamzam-gambar-terkini-300x300 Biodata Ramona Zamzam, Pelakon Berdarah Melayu, Pakistan, Jerman Dan ThailandRamona-Zamzam-bertudung-300x300 Biodata Ramona Zamzam, Pelakon Berdarah Melayu, Pakistan, Jerman Dan Thailand Ramona-Zamzam-gambar-300x300 Biodata Ramona Zamzam, Pelakon Berdarah Melayu, Pakistan, Jerman Dan Thailand Ramona-Zamzam-keluarga-dan-anak-300x300 Biodata Ramona Zamzam, Pelakon Berdarah Melayu, Pakistan, Jerman Dan Thailand Ramona-Zamzam-suami-dan-anak-300x300 Biodata Ramona Zamzam, Pelakon Berdarah Melayu, Pakistan, Jerman Dan Thailand Ramona-Zamzam-terkini-300x300 Biodata Ramona Zamzam, Pelakon Berdarah Melayu, Pakistan, Jerman Dan Thailand

Loading...

Tags: #bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 #biodata ramona zamzam #gambar Ramona Zamzam #Instagram Ramona Zamzam #keluarga ramona zamzam #nama lengkap Ramona Zamzam #ramona zamzam #Ros Ramona Qadira Binti Mohd Zamzam #siapa ramona zamzam #suami ramona zamzam #Twitter Ramona Zamzam #umur ramona zamzam

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Ramona Zamzam, Pelakon Berdarah Melayu, Pakistan, Jerman Dan Thailand"