Biodata Datin Furyna Azmeer, Pengasas Produk Kecantikan AuraWhite Beauty

Pengasas Aurawhite Beauty

Rugi Kalau Tak Cuba! Itulah tagline yang selalu diungkap oleh Ayda Jebat, Amyra Rosli dan Izzue Islam selaku duta kepada produk kecantikan dan kesihatan berjenama AuraWhite yang semakin mendapat perhatian oleh masyarakat kita hari ini.

Selain di dada-dada surat khabar dan majalah tempatan, iklan-iklan produk AuraWhite turut dimainkan di stesen-stesen radio dan televisyen tanah air.

Jika anda pengguna setia produk ini, pastinya mengenali wanita bernama Datin Furyna Azmeer ini. Kalau nak tahu, Datin Furyna adalah pengasas dan pemilik kepada produk AuraWhite yang dikeluarkan dibawah syarikat AuraWhite Global Sdn Bhd.

Bukan sahaja cantik bergaya, anak kelahiran Ipoh, Perak ini bijak dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga dan perniagaannya. Malah, kejayaannya turut memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.

Sedar atau tidak, AuraWhite sudah memasuki tahun kelima di pasaran dimana jenama ini telah mengeluarkan lebih 20 produk kecantikan dan kesihatan. Paling menarik, AuraWhite bukan hanya sukses di Malaysia bahkan sudah menembusi pasaran Thailand, Indonesia, Arab dan Dubai.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.

Biodata Ringkas Datin Furyna Azmeer

Nama Penuh: Nurfuryna Mohd Azmeer
Nama Komersil: Datin Furyna/Furyna/Feena
Tarikh Lahir: 1985
Umur: 32 Tahun (2017)
Asal: Ipoh, Perak
Adik Beradik: Anak kedua daripada tiga beradik
Status: Berkahwin
Nama Suami: Datuk Saiful Safwan
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pengasas & Pemilik Syarikat AuraWhite Global Sdn Bhd

Produk Aura White

AuraWhite Collagen Berry, AuraWhite Stemcell, AuraWhite Chocolate Shake AuraWhite SkinSpa, AuraWhite SkinBeau Whitening Capsule, AuraWhite Gold Skincare, AuraWhite Bubbly, AuraWhite Sparkle Diamond, AuraWhite Juicy Fiber, AuraMen Turbo Collagen, AuraWhite Matte Lipstick dan banyak lagi.

Laman Sosial Datin Furyna Azmeer

Trivia Menarik Datin Furyna Azmeer

  1. Sebelum mengeluarkan produk sendiri, Datin Furyna pernah bekerjasama dengan sahabatnya membuka sebuah spa bernama Spa Que di Ipoh, Perak pada 2009. Kini, spa tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh sahabatnya.
  2. Ketika di usia remaja, Datin Furyna banyak menghabiskan masa membantu ibunya yang memiliki salon kecantikan dan butik pengantin Allya Touch di Greentown Mall, Ipoh, Perak. Bisnes ini diusahakan sekitar 1998 hingga 2008 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur.
  3. Memulakan bisnes AuraWhite secara atas talian menerusi laman blog iaitu aurawhitebeauty.blogspot.com dan produk pertama yang dijual adalah AuraWhite Collagen.
  4. Fokus, usaha, tawakkal dan tidak mudah putus asa merupakan rahsia kejayaan perniagaan Datin Furyna.
  5. Produk AuraWhite turut mendapat pengiktirafan Health Ambassador Asia Pasific dan Super Health Brand Asia Pacific.
  6. Jika ada masa terluang, Datin Furyna suka memasak untuk keluarganya. Beliau juga suka mencuba resepi-resepi masakan yang baharu.
  7. Ketika di bangku sekolah, usahawanita cantik ini bercita-cita untuk menjadi pereka grafik.
  8. Sangat menggagumi Datuk Wira Dr Maznah Hamid dan Datuk Siti Nurhaliza.

Foto Menarik Datin Furyna Azmeer

gambar-pengasas-aurawhite-e1503594454618-300x300 Biodata Datin Furyna Azmeer, Pengasas Produk Kecantikan AuraWhite Beauty Gambar-Furyna-Mohd-Azmir-pengasas-Aurawhite5-300x300 Biodata Datin Furyna Azmeer, Pengasas Produk Kecantikan AuraWhite Beauty Furyna-Azmeer-photo-300x300 Biodata Datin Furyna Azmeer, Pengasas Produk Kecantikan AuraWhite Beauty aurawhite-300x300 Biodata Datin Furyna Azmeer, Pengasas Produk Kecantikan AuraWhite Beauty

azlan-150x150 Biodata Datin Furyna Azmeer, Pengasas Produk Kecantikan AuraWhite Beauty

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #AuraWhite Beauty #Biodata Datin Furyna Azmeer #biodata furyna #biodata nur furyna #Datin Furyna Azmeer #Datin Furyna Azmeer Pengasas AuraWhite Beauty #datin furyna instagram #Furyna Azmeer #furyna azmeer biodata #furyna azmeer instagram #furyna azmeer pengasas #Images for Furyna Azmeer #Kenali Datin Furyna Azmeer #nama suami datin furyna #Pengasas Produk AuraWhite #Profil Datin Furyna Azmeer #suami datin furyna

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.