Profil Khairul Hafiz, Raja Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Profil Khairul Hafiz Jantan

Tahniah diucapkan kepada pelari pecut negara, Khairul Hafiz kerana telah dinobatkan sebagai Raja Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas berjaya menamatkan saingan akhir 100 meter di tempat pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Ogos lalu.

Bukan sahaja meraih pingat emas dengan hasil catatan 10.38 saat, jejaka berusia 19 tahun ini menamatkan kemarau 14 tahun negara dalam acara berkenaan dimana kali terakhir dimenangi pada 2003.

Hasil kejayaan tersebut, anak kelahiran Jasin, Melaka ini dimahkotakan sebagai manusia terpantas di Asia Tenggara. Untuk pengetahuan pembaca, Khairul Hafiz juga adalah pelari remaja terpantas di Asia dan merupakan manusia terpantas di Malaysia.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan jaguh pecut Malaysia ini.

Biodata Ringkas Khairul Hafiz

Nama Penuh: Khairul Hafiz Jantan
Nama Komersil: Khairul Hafiz
Tarikh Lahir: 22 Julai 1998
Umur: 19 Tahun (2017)
Asal: Jasin, Melaka
Adik Beradik: Anak kedua daripada tiga beradik
Nama Bapa: Jantan Ramli
Nama Ibu: Norliza Muhamat
Kerjaya: Atlet Olahraga Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Pencapaian:

  • Pingat Emas acara 200 meter di Kejohanan Olahraga Pra-Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
  • Pingat Emas acara 100 meter di Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand 2017.
  • Pingat Emas acara 100 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Remaja Asia Ke-17 (2016) di Ho Chi Minh City, Vietnam.
  • Pingat Emas acara 200 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina 2016.
  • Pingat Emas acara 100 meter dan 200 meter di Sukan Malaysia (SUKMA) ke 18 (2016) di Sarawak.
  • Pingat Emas acara 100 meter lelaki di Kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Laman Sosial Khairul Hafiz

Trivia Menarik Khairul Hafiz

  1. Merupakan Olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 (2016).
  2. Di SUKMA Ke-18, Khairul Hafiz berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter lelaki dan memadamkan rekod Watson Nyambek sewaktu di Sukan Pra Komanwel 1998.
  3. Terdahulu, Khairul Hafiz turut memecahkan rekod kebangsaan di acara 200 meter yang dipegang oleh Tan Sri Dr. M Jegathesan selama 49 tahun.
  4. Mempunyai nama jolokan iaitu The Speedy Jantan dan The Flying Youth.
  5. Khairul Hafiz mula berjinak-jinak dengan sukan olahraga sejak berusia 10 tahun lagi.
  6. Sebelum terjun ke dunia larian, Khairul Hafiz aktif bermain bola sepak.
  7. Menjadikan Usain Bolt sebagai idolanya dalam bidang sukan dan memasang impian untuk bersaing dengan Bolt di masa hadapan.
  8. Khairul Hafiz dilatih oleh jurulatih atlet lumba lari negara, Mohd Poah Md Kassim.
  9. Sentiasa memegang prinsip ‘untuk berjaya tidak kenal erti putus asa. Walaupun kegagalan sentiasa mengetuk, ia bukan penamat untuk mengenggam impian. Yang penting teruskan usaha agar impian tercapai’.
  10. Jika tidak terlibat dalam bidang sukan, Khairul Hafiz bercita-cita untuk menjadi seorang polis.
  11. Memiliki lebih 20,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Khairul Hafiz

the-speedy-jantan-300x300 Profil Khairul Hafiz, Raja Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pelari-terpantas-asia-tenggara-300x300 Profil Khairul Hafiz, Raja Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Khairul-Hafiz-Jantan-malaysia-300x300 Profil Khairul Hafiz, Raja Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 khairul-hafiz-jantan-300x300 Profil Khairul Hafiz, Raja Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 khairul-hafiz-jantan-pelari-terpantas-asia-tenggara-300x300 Profil Khairul Hafiz, Raja Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 biodata-khairul-hafiz-jantan-300x300 Profil Khairul Hafiz, Raja Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

azlan-150x150 Profil Khairul Hafiz, Raja Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Khairul Hafiz #Kenali Khairul Hafiz #Khairul Hafiz #Khairul Hafiz Atlet Olahraga Malaysia #Khairul Hafiz Atlet Pecut Malaysia #Khairul Hafiz Jantan #raja pecut asia tenggara 2017 #Raja Pecut Sukan SEA 2017 #speedy jantan #The Flying Youth #The Speedy Jantan #Trivia Menarik Khairul Hafiz

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.