5 Variety Show Korea Paling Popular Di Dunia

Top Best Korean Tv Show

Selain K-Drama dan muzik K-Pop, Korea Selatan turut terkenal dengan variety shownya yang kreatif dan sukses dalam menghiburkan kita semua.

Bukan sahaja mencipta fenomena tersendiri dipersada seni hiburan Korea, program-program ini turut meledak di seluruh dunia termasuklah di Malaysia sendiri.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda tentang 5 variety show Korea paling popular di dunia. Take a look!

1. Running Man

RunningMan 5 Variety Show Korea Paling Popular Di Dunia

Buat peminat setia program dari Korea Selatan, pastinya meminati rancangan Running Man ini. Pertama kali ditayangkan pada 11 Julai 2010 menerusi saluran televisyen SBS, kini games show ini sudah mencecah lebih daripada 300 episod.

Antara selebriti terkenal Korea yang menyertai program ini adalah Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, Ji Suk Jin, Soo Ji Hyo, HaHa, Kim Jong Kook, Jeon So Min dan Yan Se Chan. Acara yang selalu mengundang gelak ketawa para penonton ini seringkali menyaksikan pelbagai aksi-aksi yang lucu dan menghiburkan.

Dalam menyerikan lagi Running Man, program ini turut menjemput artis undangan seperti kumpulan 2PM, BigBang, Sistar, Kim Jun Hyun, Kim Je Dong, Park Ji Sung dan ramai lagi.

Malah, program ini pernah dinobatkan sebagai Viewer’s Choice: Best Variety Show di 9th SBS Entertainment Awards 2015, Best Entertainment Program di 51st Baeksang Arts Awards 2015 dan Most Outstanding Program Award di 5th SBS Entertainment Awards 2011.

2. Infinite Challenge

Infinity-Challenge 5 Variety Show Korea Paling Popular Di Dunia

Untuk pengetahuan pembaca, Infinite Challenge bukan sahaja program paling banyak ditonton bahkan merupakan variety show Korea pertama yang sukses bertahan lebih daripada 10 tahun. Debut mulai 23 April 2005, Infinite Challenge atau dalam bahasa Koreanya disebut sebagai Muhan Dojeon yang bermaksud tentangan (cabaran) yang tidak terbatas.

Selain Yoo Jae Suk dan HaHa, program lawak ini turut dijayakan oleh Park Myeong Su, Jeong Jun Ha dan Yang Se Hyung. Sedar atau tidak, rancangan komedi yang ditayang menerusi saluran televisyen MBC ini memasuki episod ke 542 pada 12 Ogos 2017 lalu.

Paling menarik, program ini juga mempunyai beberapa segmen tahunan seperti Infinite Challenge Music Festival yang diadakan dua tahun sekali. Para peserta akan berkolaborasi bersama artis dan pemuzik undangan bagi menghasilkan lagu baharu untuk dipersembahkan di festival ini.

Untuk rekod, Infinite Challenge pernah menerima pelbagai anugerah termasuklah People’s Choice: Entertainment Program of The Year di 16th MBC Entertainment Awards 2016 dan Best Male Variety Perfomer di 52nd Baeksang Arts Awards 2016.

3. 2 Days 1 Night

2Days-1Night 5 Variety Show Korea Paling Popular Di Dunia

Sejak disiarkan pada 2007, games show ini semakin diminati ramai sehingga ke seantero dunia. Menariknya, konsep program tidak pernah berubah meskipun mengalami beberapa pertukaran para selebriti (peserta).

Menerusi program ini, para peserta perlu menjalani perjalanan ke seluruh daerah di Korea selama dua hari satu malam dimana mereka mesti menyelesaikan beberapa misi dan cabaran untuk mendapat ganjaran seperti makanan atau kemudahan yang selesa.

Malah, peserta yang kalah turut dikenakan hukuman. Terkini, program ini disertai oleh Kim Jong Min, Cha Tae Hyun, Kim Joon Ho, Yoon Shi Yoon, Jung Joon Young dan Defconn. Para peserta turut diuji menghasilkan lagu runut bunyi (OST) sempena sambutan ulang tahun ke-10 program berkenaan pada tahun ini.

Sebanyak tiga lagu dihasilkan iaitu Remember Each Member, Day Off dan Kkanaricano.

4. Three Meals A Day

Three-Meals-A-Day 5 Variety Show Korea Paling Popular Di Dunia

Three Meals A Day adalah program variety show yang menyatukan aktor-aktor popular Korea untuk tinggal di sebuah perkampungan yang terpencil. Para peserta akan menguruskan segala urusan di tempat tinggal termasuklah memasak makanan sendiri sebanyak tiga kali sehari.

Paling penting, bahan masakan mereka adalah hasil daripada berkebun atau haiwan ternakan seperti ayam atau kambing yang diusahakan sendiri oleh para peserta. Dengan kemudahan yang sedikit dan terbatas, para peserta perlu kreatif dan berusaha untuk manghasilkan makanan yang lazat.

Di samping membuat anda tidak kering gusi, program ini juga mengajar kita untuk berfikiran kreatif dalam meneruskan kehidupan tanpa sebarang peralatan atau kemudahan terutamanya untuk memasak sesuatu makanan. Memasuki musim ketiga, rancangan ini dibintangi oleh Cha Seung Won, Sihn Ho Joon, Yoo Hae Jin dan Nam Joo Hyunk.

5. Please Take Care of My Refrigerator

Please-Take-Care-of-My-Refrigerator 5 Variety Show Korea Paling Popular Di Dunia

Lain dari yang lain! Itulah yang boleh penulis gambarkan mengenai variety show ini kepada para pembaca. Kebanyakan variety show yang lain lebih mengerjakan pelbagai jenis tugasan atau cabaran, Please Take Care of My Refrigerator pula berfokus kepada aktiviti memasak.

Jika rancangan lain dibintangi artis-artis popular Korea, rancangan ini pula disertai para chef terkenal dan handal di negara tersebut. Seramai lapan orang chef akan bertanding pada setiap episod dimana mereka akan mengolah bahan-bahan yang terdapat dalam peti sejuk artis undangan untuk dijadikan hidangan yang sedap dan sesuai dengan tema yang ditetapkan selama 15 minit bagi satu masakan.

Anda bukan sahaja boleh melihat cara-cara para peserta memasak di dapur malah dihiburkan dengan gelagat kedua-dua pengacara program iaitu Kim Sung Joo dan Ahn Jung Hwan.

azlan-150x150 5 Variety Show Korea Paling Popular Di Dunia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #2 Days 1 Night #Infinite Challenge #Please Take Care of My Refrigerator #Running Man #Three Meals A Day #Variety Show Korea Paling Popular Di Dunia #Variety Show Korea Selatan #Variety Show Popular di Korea

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.