Tips Memikat Hati Jejaka Pilihan

Loving Couple

Bagaimana hendak memikat hati jejaka yang anda minati? Di sini disenaraikan beberapa tips untuk panduan anda. Semoga ia bermanfaat.

  • Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  • Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  • Berpewatakan menarik bukan seksi semata-mata.
  • Jujur dan sentiasa merendah diri.
  • Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  • Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  • Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  • Jangan terlalu mengongkong.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  • Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  • Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  • Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  • Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  • Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  • Jangan bandingkan si dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  • Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  • Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  • Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  • Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  • Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  • Bersikap matang dalam berkata-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  • Manja sangat penting. Tapi jangan terlebih.
  • Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu sempurna.
  • Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  • Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  • Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  • Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  • Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  • Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  • Jangan bersikap terlalu kuno.
  • Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja.
  • Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  • Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  • Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  • Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  • Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  • Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu.
Loading...

Tags: #Bagaimana hendak memikat hati jejaka #cara memikat hati lelaki melalui sms #cara memikat lelaki dalam diam #cara memikat lelaki di sekolah menengah #cara memikat lelaki ego #cara memikat lelaki idaman #cara memikat lelaki melalui chat #cara menarik perhatian lelaki #cara pikat lelaki melalui mesej #cari lelaki #hati jejaka yang anda minati #Tips Memikat Hati Jejaka Pilihan #tips pikat lelaki

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Tips Memikat Hati Jejaka Pilihan"