Biodata Zera Hariz, Aktres Cantik Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Profil Zera Hariz

Sejak membintangi drama bersiri popular iaitu Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin di TV3, rezeki pendatang baharu bernama Zera Hariz semakin melimpah ruah di persada seni hiburan tanah air.

Malah, drama lakonannya berjudul Miss Kapten Cikgu Waiz turut disiarkan di stesen televisyen yang sama.

Bukan sahaja bijak dalam menghayati sesuatu watak, lakonan figura berbintang Capricorn ini turut mendapat pujian dan respon positif para peminat drama tempatan.

Untuk pengetahuan pembaca, Zera adalah pelajar tahun tiga jurusan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Aktress cantik ini juga bakal menjayakan sebuah teater bertajuk Takhta Cinta Hati bertempat di BlackBox, ASWARA, Kuala Lumpur pada 27 hingga 28 Oktober 2017 nanti.

Berikut, penulis kongsikan ringkasan biodata dan trivia menarik Zera Hariz buat tatapan pembaca.

Biodata Ringkas Zera Hariz

Nama Penuh: Nurnazira Harizan
Nama Komersil: Zera Hariz
Tarikh Lahir: 1 Januari 1995
Umur: 22 Tahun (2017)
Zodiak: Capricorn
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Miss Kapten Cikgu Waiz dan Lelaki Macam Dia.

Teater: Upin Ipin The Musical, Diari Wanita…Episod YB & Nyonya, Teater Takhta Cinta Hati, Alladin, Ombak Rindu…Tiada Penghujung, Hamlet Machine, Teater Tragedi Salmah, Tun Teja, Nyonya & The Gang dan banyak lagi.

Laman Sosial Zera Hariz

Trivia Menarik Zera Hariz

  1. Merupakan juara program The Band yang dikelolakan oleh Astro Ria beberapa tahun dahulu.
  2. Top 24 finalis Akademi Fantasia (AF) 2013.
  3. Zera Hariz Crew adalah nama kelab peminat rasmi Zera Hariz.
  4. Menjadi salah seorang model untuk video muzik Nabila Razali berjudul Cemburu.
  5. Aprena Manrose merupakan salah seorang senior sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Keramat, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
  6. Memuatnaik pelbagai lagu cover popular tempatan dan luar negara di instagramnya seperti Kali Terakhir Ku lihat Wajahmu (Uji Rashid), Biar Aku Jadi Penunggu (Ronnie Hussin) Dealova (Once), Kali Ini (CherpenBand), Pendam (Shahir AF) Chandelier (Sia) dan banyak lagi.
  7. Membawa watak Kak Rose dalam teater Upin Ipin The Musical.

Foto Menarik Zera Hariz

gambar-cun-Zera-Hariz-300x300 Biodata Zera Hariz, Aktres Cantik Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin pelakon-pinggan-tak-retak-nasi-tak-dingin-300x300 Biodata Zera Hariz, Aktres Cantik Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin rambut-Zera-Hariz-300x300 Biodata Zera Hariz, Aktres Cantik Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Zera-Hariz-pelakon-drama-300x300 Biodata Zera Hariz, Aktres Cantik Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

azlan-150x150 Biodata Zera Hariz, Aktres Cantik Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Zera Hariz #kakak zera hariz #Kenali Zera Hariz #Pelakon Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin #Trivia Menarik Zera Hariz #Zera Hariz #zera hariz adik beradik #zera hariz af 2013 #Zera Hariz Aktres Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin #zera hariz dalam dendam aurora #zera hariz instagram #zera hariz lelaki macam dia #zera hariz the band #zera hariz wikipedia

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.