Biodata Sarah Adiba, Pengacara Baharu 999 (TV3)

Biodata Sarah Adiba Mohammed Yussof

Mesti ada tertanya-tanya siapakah wanita bernama Sarah Adiba ini? Kalau anda nak tahu, figura cantik ini merupakan pengacara baharu kepada program kepolisan di TV3 iaitu 999 sejak Mei lalu.

Terdahulu, program yang disiarkan setiap hari Selasa bermula 9.00 malam ini pernah diterajui oleh Hazlin Hussain dan Zakiah Anas.

Bukan sahaja berkredibiliti tinggi dan petah berbicara, anak jati Kota Kinabalu ini matang apabila beraksi di depan lensa kamera.

Selain 999, wanita berusia 27 tahun ini juga menjadi pengacara dan wartawan penyiaran kepada program bual bicara wanita, Wanita Hari Ini (WHI).

Jom kita berkenalan lebih rapat dengan wanita berketurunan Melayu-Brunei ini.

Biodata Ringkas Sarah Adiba

Nama Penuh: Sarah Adiba Mohammed Yussof
Nama Komersil: Sarah Adiba
Tarikh Lahir: 4 Oktober 1990
Umur: 27 Tahun (2017)
Zodiak: Libra
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Adik Beradik: Anak keempat dari enam beradik
Status: Berkahwin
Kerjaya: Pengacara TV & Wartawan Penyiaran
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

TV Host: 999 & Wanita Hari Ini (WHI)

Laman Sosial Sarah Adiba

Trivia Menarik Sarah Adiba

  1. Finalis program Clever Girl 2016 (musim pertama).
  2. Sebelum menyertai program Clever Girl 2016, Sarah pernah bekerja sebagai Jurutera Operasi.
  3. Menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati bernama Iskandar Mohd Nasir pada 2015 lalu.
  4. Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Major Penggerudian) dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).
  5. Mendapat 10 A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Pernah bekerja sebagai guru tuisyen sambilan dan mengajar mata pelajaran seperti Biologi, Kimia, Matematik dan bahasa Inggeris.
  7. Bercita-cita untuk mengemudikan rancangan seperti Jalan-Jalan Cari Makan, Majalah 3 dan Jejak Rasul jika diberikan peluang di masa depan.
  8. Memiliki suara yang merdu dan mempunyai kumpulan nyanyia R&B ketika di menara gading.

Foto Menarik Sarah Adiba

gambar-selfie-Sarah-Adiba-Mohammed-Yussof-e1503398590768-300x300 Biodata Sarah Adiba, Pengacara Baharu 999 (TV3) pengacara-999-Sarah-Adiba-Mohammed-Yussof-300x300 Biodata Sarah Adiba, Pengacara Baharu 999 (TV3) Sarah-Adiba-999-300x300 Biodata Sarah Adiba, Pengacara Baharu 999 (TV3) Sarah-Adiba-Mohammed-Yussof-clever-girl-2016-300x300 Biodata Sarah Adiba, Pengacara Baharu 999 (TV3) Sarah-Adiba-Mohammed-Yussof-tv3-e1503398572151-300x300 Biodata Sarah Adiba, Pengacara Baharu 999 (TV3) Sarah-Adiba-Mohammed-Yussof-300x300 Biodata Sarah Adiba, Pengacara Baharu 999 (TV3)

azlan-150x150 Biodata Sarah Adiba, Pengacara Baharu 999 (TV3)

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #@sarahadiba_clevergirlmy #999 tv3 #Biodata Sarah Adiba #Kenali Sarah Adiba #Pengacara Baharu 999 TV3 #Sarah Adiba #Sarah Adiba Clever Girl 2016 #Sarah Adiba Host Baharu 999 #sarah adiba instagram #Sarah Adiba Pengacara 999 #sarah adibah

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.