Profil Azizulhasni Awang, Jaguh Lumba Basikal Malaysia

Azizulhasni Awang

Azizulhasni Awang, satu nama yang tidak asing lagi di arena sukan tanah air terutamanya bagi sukan berbasikal.

Pelbagai kejayaan telah dilakar oleh anak jati Dungun, Terengganu ini termasuklah menjuarai acara keirin di Kejohanan Trek Dunia 2017 di Hong Kong, China dan pemegang pingat gangsa acara keirin di Olimpik Rio 2016.

Terkini, atlet yang mesra disapa Jijoe ini bakal beraksi menerusi dua acara iaitu pecut dan keirin di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 di Velodrom National Nilai, Negeri Sembilan bermula 27 Ogos ini.

Terdahulu, pemuda berusia 29 tahun ini bersama dua atlet negara iaitu Mohd Al-Jufferi Jamari dan Cheong Jun Hong dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang serta mengetuai kontinjen Malaysia dalam perbarisan di majlis pembukaan kejohanan tersebut pada 19 Ogos lalu.

Mari kita berkenalan dengan pelumba berbasikal handalan Malaysia ini.

Biodata Azizulhasni Awang

Nama Penuh: Mohd Azizulhasni Awang
Nama Komersil: Azizulhasni Awang/ Jijoe
Tarikh Lahir: 5 Januari 1988
Umur: 29 (2017)
Asal: Dungun, Terengganu.
Adik Beradik: Anak kelapan dari sembilan beradik
Kerjaya: Pelumba Basikal (Atlet Malaysia)
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Athiah Ilyana Abd Samat
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Pencapaian:

  • Pingat Emas acara pecut individu elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Elit (ACC) ke-35 (2017) di New Delhi, India.
  • Pingat Gangsa acara keirin lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2016 di Lee Valley Velopark, Stratford, London.
  • Pingat Perak acara pecut di Kejohanan Dunia 2009 di Pruszkōw, Poland.
  • Pingat Emas acara keirin dan pecut 200km di Kejohanan Trek Asia 2008.

Laman Sosial Azizulhasni Awang

Trivia Menarik Azizulhasni Awang

  1. Meskipun dibesarkan keluarga angkat oleh pasangan Mustafa Ngah dan Salmiah Yong, Jijoe tetap berhubung dan menjalinkan hubungan dengan keluarga sebenarnya sehingga kini.
  2. Sebelum mewakili negara, bakat Jijoe diasah menerusi Pasukan Berbasikal Terengganu.
  3. Berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR iaitu 7A 1B, Jijoe mendapat hadiah basikal terpakai oleh ayahnya.
  4. Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil ini turut mendapat jolokan nama The Pocket Rocketman dek kerana saiz tubuhnya yang kecil.
  5. Selain Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Jijoe turut membawa Jalur Gemilang bagi pasukan tanah air di Sukan Olimpik Beijing 2008.
  6. Sepanjang karier sebagai atlet lumba basikal elit negara, Jijoe pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan di Anugerah Sukan Negara (ASN) 2010.
  7. Beliau mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati bernama Athiah Ilyana Abd Samat pada 20 Januari 2010 serta dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
  8. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di jnstagram miliknya.

Foto Menarik Azizulhasni Awang

Azizulhasni-Awang-Jaguh-Lumba-Basikal-Malaysia-300x300 Profil Azizulhasni Awang, Jaguh Lumba Basikal Malaysia biodata-Azizulhasni-Awang-Jaguh-Lumba-Basikal-Malaysia-300x300 Profil Azizulhasni Awang, Jaguh Lumba Basikal Malaysia keluarga-Azizulhasni-Awang-Jaguh-Lumba-Basikal-Malaysia-300x300 Profil Azizulhasni Awang, Jaguh Lumba Basikal Malaysia The-Pocket-Rocketman-300x300 Profil Azizulhasni Awang, Jaguh Lumba Basikal Malaysia

azlan-150x150 Profil Azizulhasni Awang, Jaguh Lumba Basikal Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Atlet Lumba Basikal Malaysia #Azizulhasni Awang #Azizulhasni Awang Atlet Lumba Basikal Malaysia #Azizulhasni Awang The Pocket Rocketman #Biodata Azizulhasni Awang #Kenali Azizulhasni Awang #The Pocket Rocketman

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.