Biodata Nik Adam Mikael, Si Cilik Berbakat Besar

Nik Adam Mikael Pelakon Budak Yang Cute

Drama bersiri Suamiku Paling Sweet yang ditayang di TV3 tidak lama dahulu sedikit sebanyak melonjakkan nama bintang cilik popular iaitu Nik Adam Mikael di persada seni hiburan negara.

Meskipun berusia 7 tahun, bakat lakonan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini sangat luar biasa dan tidak boleh dipandang enteng.

Bukan sahaja semakin dikenali para peminat tempatan, si cilik ini turut menjadi rebutan pengarah dan penerbit tanah air dalam menjayakan beberapa projek seni seperti drama, telefilem dan iklan komersil.

Ternyata, negara kita tidak ketandusan bakat-bakat baharu bagi mewarnai industri seni hiburan Malaysia.

Jom kita berkenalan lebih rapat dengan pelakon drama Budak Ijat dan Biar Aku Jadi Penunggu ini.

Biodata Ringkas Nik Adam Mikael

Nik Muhammad Adam Mikael Nik Mohd. Adzi
Nama Komersil: Nik Adam Mikael (Adam)
Umur: 7 Tahun (2017)
Adik Beradik: Anak sulung daripada dua adik-beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon & Model Kanak-Kanak

Drama/Telemovie: Kad Raya Dalam Kolong, Budat Ijat, Suamiku Paling Sweet, Isteri Tuan Ihsan Raya, Detak Cinta Stetoskop, Ketika Masa Terhenti, Tentang Hati 2, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurga Tak Sempurna, Dia Semanis Honey, Jasmine, Mimi Amah Diva, Ayah Untuk Disewa, Dengan Beetle Kami Beraya Lagi, Wanita Terindah dan banyak lagi.

Laman Sosial Nik Adam Mikael

Trivia Menarik Nik Adam Mikael

  1. Memperdagangkan bakat sebagai model kanak-kanak sejak berusia 4 tahun sebelum bergelar seorang pelakon cilik popular.
  2. Selain stailo dan bijak berfesyen, Nik Adam Mikael turut mendapat gelaran ikon fesyen kanak-kanak.
  3. Figura cilik ini pernah membintangi beberapa iklan komersil tempatan seperti Dutch Lady, Maxis Hotlink, Maxis One Plan dan SSPN (PTPTN).
  4. Menjadi salah seorang pelakon untuk video klip lagu berjudul Pejamkan Mata nyanyian Dayang Nurfaizah dan MaliQue.
  5. Kerjaya seni Nik Adam Mikael diurus sepenuhnya oleh bapanya bernama Nik Mohd Adli Nik Azlan yang merupakan seorang pensyarah undang-undang.
  6. Antara hobi yang dilakukan oleh si cilik ini apabila tidak terlibat dengan aktiviti seni ialah menonton rancangan kartun atau bermain di taman permainan bersama adik dan kawan-kawannya.
  7. Mempunyai lebih 200,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Nik Adam Mikael

Biodata-Ringkas-Nik-Adam-Mikael-300x300 Biodata Nik Adam Mikael, Si Cilik Berbakat Besar fesyen-Nik-Adam-Mikael-300x300 Biodata Nik Adam Mikael, Si Cilik Berbakat Besar nik-adam-mikael-cute-300x300 Biodata Nik Adam Mikael, Si Cilik Berbakat Besar nik-adam-mikael-senyum-300x300 Biodata Nik Adam Mikael, Si Cilik Berbakat Besar nik-adam-mikael-300x300 Biodata Nik Adam Mikael, Si Cilik Berbakat Besar pelakon-cilik-nik-adam-mikael-300x300 Biodata Nik Adam Mikael, Si Cilik Berbakat Besar

azlan-150x150 Biodata Nik Adam Mikael, Si Cilik Berbakat Besar

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #ayah nik adam mika #Bintang Cilik Nik Adam Mikael #biodata nik adam mika 2017 #Biodata Nik Adam Mikael #ibu nik adam mika #Kenali Nik Adam Mikael #nik adam mika age #nik adam mika dan keluarga #nik adam mika keluarga #Nik Adam Mikael #Pelakon Cilik Nik Adam Mikael #profile nik adam mika #Suamiku Paling Sweet #umur nik adam mika

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.