Simpton Dan Cara Merawat Pesakit Buah Pinggang

Rawatan Buah Pinggang

Fungsi organ buah pinggang

Buah pinggang adalah sepasang organ yang berbentuk kacang berukuran 12cm. Ia terletak pada bahagian belakang di atas pinggang. Setiap orang mempunyai 2 buah pinggang yang terletak pada kanan dan kiri tulang belakang. Buah pinggang menghasilkan air kencing (urin). Urin mengalir keluar dari buah pinggang melalui salur ureter ke dalam pundi kencing. Pundi kencing menyalurkan urin melalui salur air kencing (urethra).

Buah pinggang mempunyai 3 fungsi penting:

  1. Ia menapis sisa berbahaya daripada darah dan mengeluarkannya melalui air kencing.
  2. Ia seimbangkan kadar air dan garam.
  3. Ia menghasilkan hormon.

Kerosakan buah pinggang

Penyakit buah pinggang kronik berlaku apabila berlaku perubahan pada stuktur atau fungsi pada buah pinggang. Jangkitan, kerosakan, ketumbuhan atau kesan sampingan daripada ubatan lain juga boleh merosakan buah pinggang.

Masalah buah pinggang mempunyai kesan buruk keatas kesihatan dan fungsi keseluruhan. Jika seseorang mengalami masalah buah pinggang, kegagalan sepenuhnya buah pinggang boleh juga berlaku. Dalam kes itu, buah pinggang anda tidak dapat menapis sisa kumuh dan kadar air secukupnya dalam darah serta membuangnya.

Simptom kegagalan buah pinggang

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, simptom berikut mungkin berlaku :

  • Keletihan
  • Rasa loya dan hilang selera makan
  • Gatal kulit
  • Masalah tekanan darah
  • Sukar untuk fokus
  • Sukar tidur atau tidur berlebihan
  • Sukar bernafas

Apakah kaedah rawatan kepada pesakit buah pinggang?

Rawatan Hemodialisis

Jika fungsi buah pinggang tidak dapat dikembalikan dan kedua buah pinggang telah gagal berfungsi, maka dialisis perlu dilakukan. Ia perlu dilakukan apabila fungsi buah pinggang jatuh kurang daripada 10%. Tugas buah pinggang akan dilakukan secara luaran dengan bantuan mesin.

Terdapat 2 jenis rawatan dialisis, iaitu hemodialisis dan dialisis peritoneal. Dalam sesi hemodialisis, darah akan dibersihkan menggunakan mesin dialisis. Manakalam melalui dialisis peritoneal, cecair dialisis akan dilalukan ke dalam rongga abdomen dan ia akan membawa sisa kumuh keluar dari darah.

Rawatan Altenatif

Alternatif kepada dialisis adalah pemindahan organ buah pinggang. Pesakit perlu mendapat buah pinggang sihat dari penderma yang memenuhi kretaria pesakit.
Rawatan-Peritoneal-Dialysis-e1511472810904 Simpton Dan Cara Merawat Pesakit Buah Pinggang

Rawatan peritoneal dialysis.

Peritoneal-Dialysis-e1511472828567 Simpton Dan Cara Merawat Pesakit Buah Pinggang

Kaedah Peritoneal Dialysis pada pesakit.

Loading...

Tags: #Apakah kaedah rawatan kepada pesakit buah pinggang? #buah pinggang rosak #Fungsi organ buah pinggang #kerosakan buah pinggang #masalah buah pinggang #penyakit buah pinggang #rawat sakit buah pinggang #rawatan dialisis peritoneal #rawatan hemodialisis #sakit buah pinggang #simptom penyakit buah pinggang

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Simpton Dan Cara Merawat Pesakit Buah Pinggang"