5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri

Kucing Popular Instagram

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang cukup diminati dan akrab pula hubungannya dengan manusia. Di samping jinak dan comel, ‘si meow’ ini turut dianggap sebahagian ahli keluarga terutamanya buat pencinta haiwan di luar sana.

Hari ini, pelbagai jenis baka kucing terdapat di pasaran seperti Siam, Persian, Maine Coon, Benggala, Siberia dan Exotic Shorthair.

Di kalangan si comel ini, terdapat beberapa ekor kucing bergelar selebriti disebabkan keunikan yang dimilikinya. Dengan keunikan ini, kucing-kucing ini popular dan sensasi di media-media sosial masa kini seperti Facebook dan Instagram.

5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial

Berikut, penulis kongsikan dengan anda tentang lima kucing yang popular di media sosial. Check it out!

1. Grumpy Cat

Grumpy-Cat-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri real-grumpy-cat-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri

Dek kerana ekspresi muka yang masam dan marah, kucing comel bernama Grumpy Cat ini membuatkan ramai yang kagum dengan keunikkannya.

Kucing selebriti ini bukan sahaja menarik perhatian masyarakat di dunia nyata malahan di alam maya. Sehingga kini, kucing ini mempunyai 2.3 juta pengikut di Instagramnya iaitu @realgrumpycat

Kalau anda nak tahu, Tardar Sauze adalah nama sebenar kucing betina yang dilahirkan pada 4 April 2012 ini.

Wajahnya pernah menghiasi beberapa surat khabar dan majalah antarabangsa seperti The Wall Street Journey, Direct Marketing News dan New York Magazine.

2. Venus Cat

 venus-cat-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri venus-two-face-cat-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri

Satu dalam sejuta! Itulah Venus, kucing selebriti yang memiliki dua warna berbeza di wajah dan terbahagi betul- betul ditengah mukanya.

Di sebelah kanan wajahnya berwarna hitam manakala sebelah kiri berona jingga coklat. Selain wajah, kedua-dua mata kucing betina ini turut memiliki warna yang berlainan iaitu biru di mata kiri dan hijau pula di mata kanan.

Dengan keunikan yang terdapat pada Venus, kucing berbaka tortoiseshell ini menjadi sensasi dan tular di media-media sosial dunia. Paling menarik, Venus memiliki 1.3 juta pengikut di Instagramnya iaitu @venustwofacecat

3. Sam Cat

sam-cat-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri sam-has-eyebrows-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri

Lain dari yang lain! Buat pencinta kucing diluar sana, pastinya mengenali kucing yang mempunyai alis tebal di bahagian dahinya. Sebenarnya, alis tebal yang terdapat pada kucing bernama Sam ini adalah sebahagian dari bulunya.

Lihatlah, kucing berbulu putih ini kelihatan comel dengan dua bulu hitam yang melengkung seperti alis di wajahnya. Segala foto dan video lucunya boleh dilihat menerusi instagramnya iaitu @samhaseyebrows

4. Lilly Cat

Lilly-Cat-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri Lilly-crazy-eyes-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri

Kucing betina yang dikenali sebagai Lilly ini pernah viral di dunia maya. Ini kerana, kucing jenis Calico (tiga warna) ini memiliki alis khas yang tebal di sekitar matanya.

Alis itu membuatnya kelihatan sedikit antagonis tetapi Lilly merupakan seekor kucing yang manja dan comel. Malah, kucing ini turut dikaitkan seakan-akan seperti model cantik dan popular antarabangsa, Cara Delevingne.

Lilly ditemui pemiliknya di jalanan New Jersey sebelum dipelihara di usia empat bulan. Kini, kucing selebriti ini berumur dua tahun. Untuk maklumat lanjut tentang Lilly, anda boleh ke instagram rasminya iaitu @lilly_crazyeyes

5. Luhu Cat

funny-cat-luhu-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri Luhu-Cat-300x300 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri

Jika Grumpy Cat berwajah masam dan pemarah, ini pula kucing selebriti yang miliki eskpresi sedih di wajahnya.

Bernama Luhu, kucing berasal dari China ini berwarna kelabu dan dilahirkan pada 2012.

Eskpresi kesedihan di wajah Luhu berlaku disebabkan si comel ini terkena jangkitan kuman di bahagian matanya ketika berusia dua minggu. Selepas menjalani pembedahan, matanya susah untuk berkedip dan menyebabkan Luhu kelihatan seolah-olah ingin menangis.

Malah, Luhu dikatakan kucing paling sedih di dunia. Realitinya, Luhur seekor kucing yang aktif, riang serta hidup bahagia bersama saudaranya iaitu Bardie dan Barher.

Aksi kecomelan Luhu dan dua saudaranya boleh dilihat di akuan instagram pemiliknya iaitu @lanlan731

azlan-150x150 5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Grumpy Cat #Images for kucing popular #Images for media sosial kucing #kucing paling comel #Kucing Popular Di Media Sosial #Kucing Sangat Comel Anda Perlu Follow di Media Sosial #Kucing Selebriti #Kucing Selebriti Popular #Kucing Terkenal Di Media Sosial #Kucing Terkenal Dunia #Lilly Cat #Luhu Cat #petlover di instagram #Profil Kucing Paling HOT #Sam Cat #Venus Cat

Tips Halau Kucing Liar Dari Kawasan Rumah Anda
Jika anda ingin mengeluarkan kucing liar dari kawasan rumah anda atau menghentikan tingkah
Kucing Anda Terlalu Gemuk : Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?
Bagi kucing yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, perubahan diet dan gaya
Petanda Kucing Peliharaan Anda Sakit
Tanda-tanda kucing sakit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor

Comments are closed.