Biodata Hani Nazrina, Pelakon Drama Red Velvet & Finalis Clever Girl Malaysia

Biodata Hani Nazrina Clever Girl

Drama bersiri popular berjudul Shhh…I Love U yang telah ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia tidak lama dahulu sedikit sebanyak membuka pintu rezeki buat wanita bernama Hani Nazrina di lapangan seni hiburan tanah air.

Bermula dari situ, figura berusia 22 tahun ini menjadi buruan para penerbit dan pengarah tempatan untuk menjayakan projek seni seperti drama dan telefilem.

Meskipun usia penglibatannya sebagai seorang pelakon masih baharu, mutu lakonan anak kelahiran Perlis ini semakin mantap dan tidak mengecewakan para penonton.

Beliau juga dikatakan antara salah satu bakat baharu yang berpotensi besar untuk menyinari industri seni negara di masa depan.

Memilih jalan seni sebagai periuk nasi, si cantik ini tidak mensia-siakan bakat terpendamnya apabila berjaya menyertai program Clever Girl Malaysia (CGM) musim kedua.

Biarpun tidak meraih gelaran juara, rancangan tersebut menjadi platform terbaik baginya untuk mencipta nama dan lebih dikenali khalayak berbanding sebelumnya.

Terkini, pemilik nama lengkap Hani Nazrina Hanizar muncul dengan buah tangan terbaharunya iaitu drama bersiri Red Velvet yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 10.00 malam menerusi slot MegaDrama di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Figura ini juga sedang sibuk menjalani sesi pengambaran drama bersiri bertajuk Nota Buat Cempaka bergandingan dengan Eyka Farhana dan Daler Yusuf yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Apa kata kita berkenalan lebih dekat dengan Hani Nazrina yang turut aktif sebagai model muslimah ini.

Biodata Ringkas Hani Nazrina

Nama Penuh: Hani Nazrina Hanizar
Nama Komersil: Hani Nazrina
Umur: 22 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 1995
Asal: Perlis
Kerjaya: Pelakon & Model Muslimah
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Red Velvet, Shhh…I Love U, Megat Extand, Memori Pajeri Nenas, Detak Cinta Stetoskop, Nota Buat Cempaka dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Hani Nazrina

Trivia Menarik Tentang Hani Nazrina

  • Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Figura cantik ini juga salah seorang pelajar Permata Pintar dan Asasi Pintar UKM sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di menara gading berkenaan.
  • Pernah menghadiri ujibakat CGM pada musim pertama dimana menjadi finalis Top 28 program berkenaan.
  • Wajahnya juga menghiasi drama atas talian (drama web) terbitan produk penjagaan wajah Garnier berjudul Putih Biarlah Real yang mengangkat kisah perjalanan dan pengkongsian hidup dua orang sahabat baik.
  • Kelab peminatnya dikenali sebagai Haninazriners.
  • Mempunyai lebih 50, 000 pengikut di Instagram.

Gambar Menarik Hani Nazrina
Biodata-Hani-Nazrina-photo-e1511535858302-300x300 Biodata Hani Nazrina, Pelakon Drama Red Velvet & Finalis Clever Girl MalaysiaBiodata-Hani-Nazrina-300x300 Biodata Hani Nazrina, Pelakon Drama Red Velvet & Finalis Clever Girl Malaysia

azlan-150x150 Biodata Hani Nazrina, Pelakon Drama Red Velvet & Finalis Clever Girl Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Hani Nazrina #Drama Red Velvet Astro Ria #Finalis Clever Girl Malaysia musim 2 #Hani Nazrina #hani nazrina biodata #Hani Nazrina Clever Girl Malaysia #hani nazrina hanizar #hani nazrina hanizar biodata #hani nazrina instagram #Hani Nazrina Red Velvet #hani nazrina shh i love you #hani nazrina wikipedia #hani shh i love you #Kenali Hani Nazrina #nasz sally #Pelakon Drama Red Velvet #Profil Hani Nazrina

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.