Biodata Uyaina Arshad, Host Rancangan Nona & Wanita Hari Ini TV3

Uyaina Arshad

Buat peminat setia rancangan terbitan TV3 iaitu Nona, pastinya anda mengenali wanita bernama Uyaina Arshad ini.

Sedar atau tidak, figura cun melecun ini sudah mengendalikan program kewanitaan itu selama dua tahun selepas menggantikan pengacara terdahulu, Fouziah Gous.

Di samping memiliki raut wajah yang cantik, pemilik nama sebenar Shaidatul Naseha Uyaina Arshad ini sememangnya petah berbicara dan semakin matang apabila beraksi di depan lensa kamera sehingga berjaya menawan hati para penonton.

Biarpun baru setahun jagung di dunia pengacaraan, bakat anak kelahiran Perak ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

Selain Nona, anak muda ini turut bergelar pengacara dan wartawan penyiaran bagi program bual bicara popular, Wanita Hari Ini (WHI).

Sekadar info, bakat wanita berusia 25 tahun ini dicungkit menerusi program Pencarian Nona Manis 2015 dimana beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan. Menerusi program itu, Uyaina membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000 berserta beberapa hadiah sampingan.

Sebagai seorang pengacara, pelakon, model, dan usahawan Malaysia. Uyaina bergiat aktif sebagai pelakon teater semasa menuntut di menara gading dan mula dikenali setelah memenangi Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3 dan telah dinobatkan sebagai Juara. Menjuarai Pertandingan Pencarian Nona Manis membuka lembaran baru buat gadis bernama Uyaina Arshad dalam menceburi dunia penyiaran.

Ternyata pilihannya untuk menyertai program itu membawa tuah buat anak kelahiran Perak ini bergelar personaliti TV3. Kemudian, Uyaina telah ditawarkan untuk mengendali rancangan Nona sejak dari 2016 hingga 2017 menggantikan Fauziah Gous. Uyaina telah ditawarkan pula untuk menjadi pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3 bersama Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim dan Sugeeta Chandran pada tahun 2017.

Jika tidak menceburi bidang penyiaran, Uyaina akan terlibat dengan dunia undang-undang seperti peguam. Kerjaya Uyaina mula memuncak bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia setelah dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia. Memiliki hampir 1 juta pemgikut di Instagram miliknya, sekaligus menjadi ikon wanita muda yang semakin dikenali ramai.

Pada April 2018, Uyaina telah menyertai Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang buat julung kalinya diadakan oleh stesen TV Indosiar. Uyaina telah muncul sebagai Juara dengan mengalahkan 17 peserta lain dari 6 buah negara; Indonesia, Malaysia, Singapura, Turki, Brunei dan Timor Leste.

Uyaina merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Mempunyai dua orang abang dan seorang kakak. Bapa beliau, Arshad bin Ibrahim telah meninggal dunia di New Zealand pada usia 37 tahun sewaktu menjalankan tugas sebagai pegawai tentera laut ketika Uyaina berusia 5 tahun. Ibu Uyaina tidak berkahwin lain sehingga kini.

Beliau disahkan menghidap komplikasi jantung Supraventricular tachycardia (SVT). Penyakit itu dikesan ketika mendapatkan rawatan pada 11 Mac 2019 selepas pengsan di rumah. Beliau dinasihatkan oleh doktor agar menjalani rawatan susulan secara berkala sebulan sekali. Uyaina sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Mengendalikan rancangan Nona dan Wanita Hari Ini, figura cantik ini semakin petah berbicara dan matang apabila beraksi di depan lensa kamera. Aktif berlakon teater ketika menuntut di menara gading dan ingin melebarkan kariernya sebagai seorang pelakon jika ada tawaran menarik.

Biodata Uyaina Arshad :
Nama Penuh: Shaidatul Naseha Uyaina Arshad
Nama Komersil: Uyaina Arshad
Nama Manja : Yana
Tarikh Lahir: 1992
Asal: Kuala Kangsar, Perak
Keluarga: Anak bongsu dari empat adik-beradik
Kerjaya: Pengacara dan Model Muslimah
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (UM)
Host TV : Nona dan Wanita Hari Ini
Facebook : UyainaArshad.Official
Twitter : @UyainaArshad
Instagram: @uyainaarshad

Trivia Menarik Tentang Uyaina Arshad

  • Maksud nama Uyaina adalah mata yang besar dan cantik.
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya (UM).
  • Akan terlibat dengan dunia undang-undang jika tidak terbabit di dalam bidang pengacaraan dan penyiaran.
  • Mahu mengembangkan profil seninya ke lapangan seni lakonan di masa depan.
  • Aktif di pentas teater ketika melanjutkan pengajian di UM. Salah satu teater yang pernah dibintanginya adalah Teater Natrah.
  • Turut menjalankan bisnes produk berasaskan pemanis semulajadi dari daun Stevia (pengganti gula) yang dikenali sebagai Orivia.
  • Mempunyai tabiat buruk iaitu suka mengulung-gulungkan rambut sebelum tidur.
  • Sangat mengagumi Yuna, Lisa Surihani dan Sharifah Amani.

uyaina-arshad-biodata Biodata Uyaina Arshad, Host Rancangan Nona & Wanita Hari Ini TV3

azlan-150x150 Biodata Uyaina Arshad, Host Rancangan Nona & Wanita Hari Ini TV3

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Uyaina Arshad #Kenali Uyaina Arshad #Nona Manis 2015 #Nona TV3 #Profil Uyaina Arshad #uyaina ally #Uyaina Arshad #uyaina arshad ally #uyaina arshad biodata #uyaina arshad facebook #Uyaina Arshad Host Nona #uyaina arshad instagram #Uyaina Arshad Juara Nona Manis 2015 #uyaina arshad kahwin #Uyaina Arshad Pengacara Nona #Uyaina Arshad Pengacara Wanita Hari Ini #uyaina arshad profile #uyaina arshad tinggi #uyaina arshad umur #Wanita Hari Ini

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.